Skip to main content

Lelaki, Kalau Dah Mengumpat...

Sejahteralah ke atas kamu...

Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang lagi kuat mengumpat? Ehehe... 

Perempuan memang sinonim dengan hobi kuat mengumpat, tapi jangan tak tahu, lelaki... kalo dia dah start mengumpat... lagi kronik daripada perempuan. Lagi direct, lagi pedas, lagi meleret-leret. 

Lagi bahaya kalau jenis lelaki yang ko nampak macam muka ganas, depan orang pun nampak kaku dan tak pandang atau tak pedulikan orang sekeliling. Tapi dalam diam-diam mengumpat. 

"Kau tau tak Gadis A ni dulu ada scandal dengan Encik A"

"Kau nak tau, perangai Puan A ni memang teruk, ada ke patut dia buat macam tu, macam ni..."

"Kau perasan tak Puan B ni sekarang dah gemuk, memang lain terus muka dia, dah jadi buruk dah aku tengok"

Serta banyak lagi statement yang aku sendiri sebagai seorang perempuan yang aku rasa macam title kaki ngumpat tu aku pegang, tak tahan nak dengar. Sakit telinga hoiihhh.... Tapi terpaksa jugak dengar. Sebab mereka mengumpat secara open, dah takde nak bisik-bisik macam geng pompuan mengumpat. 

*tengah korek telinga yang terasa gatal.*


Aku plak mengumpat orang yang mengumpat tu kat dalam blog. hahahahahah... Genius.

Comments

  1. lelaki kalau depan dia tak tunjuk sangat
    belakang pungpang2 dia mengata..huhu

    ReplyDelete
  2. Agak2 org yang mengumpat tu baca tak blog ni...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Whoa! Rindu dengan blog ni. Heheheh...

    Aku dah lama tau yang the jejantans ni mmg kuat ngumpat cuma x dipublisitikan je. Sobs.....

    ReplyDelete
  4. Lelaki kalau diberi peluang mengumpat memang digunakan sebaik mungkin. At least kita ngumpat pun beralaskan, main bisik-bisik dalam kumpulan yang sama. Lelaki ni pulak semua orang pun dia bantai ajak berjemaah mengumpat, suka tak suka belakang cerita.

    Kalau tuan empunya bahan umpatan ni terjumpa blog ni, nak wat camna ya Lyd ....

    ReplyDelete
  5. genius2..
    tak tahu nk ckp apa..dah kau memng genius..haha

    ReplyDelete
  6. Dan..aku menjadi salah seorang yg membaca umpatan genius Lyd! :D

    ReplyDelete
  7. Aiyokkk hahaha.. tapikan kite tak penah lagi jumpe lelaki wajah kaku tapi ngumpat. Blom ade jodoh huhu... Jemput singgah: Dulu lain, sekarang lain.. Iye ke?

    ReplyDelete
  8. Hehehe...sy cukup bendi ngan lelaki ygsuka ngumpat nie ..sebab depa bila ngumpat...ngutuk habes-habesan...
    p/s - dpt tak email sy last week?

    ReplyDelete
  9. Memang seronok mengumpat orang, tapi bila orang mengumpat kita mau merah telinga....

    ReplyDelete
  10. diaorang mengumpat kalau boleh satu dunia kena tahu.... tapi sekali dia punya ayat keluar memang panas telinga lah jawabnya.

    ReplyDelete
  11. orang lelaki kalo ngumpat, memang agak dasat sket.

    ReplyDelete
  12. Rasanya, sama je lelaki dengan perempuan kalau bab mengumpat ni. Cuma, kalau perempuan mengumpat orang nampak obvious. Lelaki orang tak kata mengumpat, diorang cuma share info. Haha. Double standard betul la dunia ni.

    ReplyDelete
  13. Haha...mmg...selalu ngumpat ddengan husband pasal project manager...engineer....kerani pompuqn lembab kat opis...bos lambat bayar claim...heheh

    ReplyDelete
  14. Memang pun Lyd, kalau laki mengumpat perghhh leleh tahi telinga dengar..

    Tp yg bagus sebab diorang cakap depan2 kan

    ReplyDelete
  15. Betul, lelaki kalau mengumpat lagi teruk dari perempuan.

    ReplyDelete
  16. there is a saying "the worst bitch is the one with balls" muahahhaa

    ReplyDelete
  17. haha.. setuju..
    lelaki bila mgumpat lg teruk..

    ReplyDelete
  18. mmm, tak pernah pulak dgr secara terang terangan,so, tak x pasti. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...