Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penyejuk Jiwa

I Know From The Start, It's Not Easy

Sejahteralah ke atas kamu.... Paling utama, ini semua adalah kuasa dan ketentuan Allah. Selain itu, punca yang menyebabkan selepas setahun berkahwin baru kami berusaha untuk mendapatkan zuriat adalah kerana saya dan suami yang belum bersedia. Kata 'bersedia' itu ramai yang salah faham kononnya kami ini risaukan rezeki tak cukup untuk anak itu. No! Bukan itu kesediaan yang kami maksudkan. Sebab kami sangat yakin kepada Allah. Kami yakin rezeki setiap anak itu ada. Dari mana dan bila, semuanya Allah yang lebih mengetahui. Saya faham ada ramai, malah terlalu ramai orang di sekeliling saya yang tak setuju kalau saya katakan ingin tunggu setahun baru dapat anak. Alasannya sebab saya ni dah tua bangka. Dah 30-an pun. Paling last boleh dapatkan anak pun sebelum umur 40. Paling baik 38thn ke bawah. So, kalau saya nak tunggu lagi, mereka 'bimbang' saya tak dapat melahirkan ramai anak. Tapi takpe la. Yang saya kejarkan bukan kuantiti anak, sebaliknya kualiti. Jika ...

Ada Sesuatu Ingin Ku Katakan

Sejahteralah ke atas kamu.... Kali ini saya benar-benar mengandung. Bukan lagi mengandungi lemak seperti selalu. Well, lemak pun still ada la. Tapi kali ni mengandung yang betul-betul mengandung. Yang ada segumpal darah di dalam rahim saya ni. So, apa lagi? Cepat ucapkan tahniah. Berpuasa di bulan Ramadhan semasa hamil ada faedah tetapi ada juga musibahnya. Musibah kewww? Takde la musibah pun. Ayat tu jaga-jaga skit ye Lydi. Nanti anak dengar. Maksud saya, cabaran la. Walaupun alahan saya tidak teruk mana, tapi loya dan mual serta rasa berangin satu badan, nak sendawa tak lepas dan pedih ulu hati tu mesti la ada. Rasa yang sangat familiar dengan kehamilan. Pagi tadi masa makan nasik waktu sahur pun boleh jeluak* 2 kali. [*Jeluak tu macam nak muntah tapi hanya tak keluar apa-apa]. Faedahnya pula tentulah banyak. Dah tentu bulan Ramadhan kan? Waktu ini la sifat-sifat baik manusia terserlah. Baca blog pun, bahan-bahan bacaan semuanya yang elok-elok. Amal ibadat pula tentulah ...