Sejahteralah ke atas kamu.....
Korang mesti la perasan yang aku memang dah once in a rainbow moon mengupdate blog. Aku rasa macam masa aku tak cukup je. Ntah apa benda yang aku sibukkan sangat ni aku pon tak pasti. Biasanya aku update blog time office hour[kalo pegawai integriti ofis aku baca ni abih arr aku kena buang padang]. Sekarang office hour aku dah tak sempat nak hapdet. Apatah lagi nak belokwoking. Haiya. Kacau.
Bulan Syawal masih bersisa. Aku dah berhenti beraya sejak aku balik ke KL minggu lepas. Semua keseronokan raya telah aku tinggalkan di kampung. Biar kampung sahaja yang mencetus kebahagiaan raya tu. Tahun ini, raya paling sedih buat aku, dalam masa yang sama raya yang paling hepi jugak. [Ko ni mana satu ni??!!]. Sedih sebab rasa kekurangan. Arwah mak aku dah takde. Huuwaa.. aku dah takde makk...
Paling aku teringat, setiap tahun sehari atau 2 ari sebelum raya, arwah mak akan ajak aku pergi pasar besar Kuantan untuk beli lauk berlambak gile. Semua lauk tu untuk stock selepas raya waktu pasar besar tutup, sedangkan family aku ada ramai lagi sampai raya ke3 kat umah mak abah aku. Korang tau2 je la kan. Kat pasar yang konker bisnes memang orang melayu iaitu mereka yang sambut ari raya aidilfitri. Semasa ikut mak pergi pasar tu aku akan jadi macai sejati mak aku. Aku tolong bawak barang dan hanya follow je ke mana mak aku pusing atau singgah. Mak aku hanya pilih ikan... dan ... err... dah tentu dia bayar sendiri. Kuhehkuheh.. Aku masa tu kewangan tak stabil lagi. Maklumla... org bujang gaji kecik, banyak utang plak tu. Kadang2 [sebenarnya selalu] aku buat muka terkebil-kebil puss in boots, dapat la baju raya mak aku belanja. Hahah. Lepas dapat baju raya terus aku terlompat-lompat macam Smeagol dapat cincin. Aku suka bawak mak aku pegi pasar atau pergi shopping. Sebab mak aku pemurah orangnya. Lagi satu, kalo aku bawak mak aku, aku mesti akan dapat parking keta kat tempat parking yang paling best. Depan kedai betul2. Tak tau le ilmu apa mak aku pakai. Tapi aku mesti akan senang dapat parking kalo aku bawak dia.
Kenangan lain yang mengusik jiwa aku pada raya ni ialah ketupat. Selalunya aku adalah orang yang konfirm ada kat kampung 2,3 hari sebelum raya. Sebab aku bujang lagi masa tu. Sehari sebelum raya, aku akan collaborate menganyam ketupat dengan mak aku. Yang mana, aku hanya tau anyam je. Nama nak tolong raut lidi untuk dapatkan daun kelapa yang sedia untuk dianyam tu memang takde la. Tahun ni, memang aku sangat terasa kehilangan. Aku anyam ketupat pon aku kena raut lidi sendiri. tu pon berlambak daun yang terputus kat tengah sebab aku bingai tak pandai raut daun tu. Memang tak bleh harap. Kalau tidak kakak aku nak rebus ketupat segera je. Tapi aku jugak yang beriya-iya nak anyam ketupat. Sebab.... aku saje nak feel buat persiapan raya tu. Kalo beli yang segera memang segera la siap. Tapi feel tu kureng la kan. Citer banyak pun tak guna... Ketupat tahun ni hanya dapat 28 ketul je. Maklumlah... Aku ada anak kecik. Tak sempat nak anyam banyak2. Anyam tu kejap je, nak prepare daun tu yang lama.
Di pagi raya pon aku memang rasa janggal bila tengok abah aku duduk sorang di sofa sewaktu anak-anak cucu bersalaman dengannya. Biasanya arwah mak ada di sebelah... :(. Tak baik sedih-sedih. Sekarang kita citer yang hepi-hepi plak.
Tahun ni raya aku agak bermakna. Mungkin sebab aku puasa penuh tahun ni. Mueheheheh... Kalo korang nak tau rahsia hidup aku [ader ko kata ko nak tau??], seumur hidup aku tak penah puasa penuh. Masa kecik2 mak aku tak la paksa aku puasa sgt. Kalo aku nak puasa aku puasa, kalo malas sudah mak aku kata. Sebab aku belum baligh lagi. Pastu bila dah baligh, sebagai seorang wanita, aku tiap-tiap tahun perlu tinggal puasa. Tahun lepas aku sepatutnya boleh puasa penuh sebab aku pregnant, tapi aku alahan... aku kena jgk buka puasa. Boo tak malu! Tapi tahun ni, aku mampu mengubahnya. Aku bersyukur kerana Allah memudahkan untuk aku puasa penuh walaupun aku membreastfeedingkan si Luth genius tu. Alhamdulillah.
Lagi satu, aku rasa hepi beraya mungkin sebab aku ada Luth. Aku beli baju raya Luth 4 helai. Semua romper. Baju jangok kata orang Ganu. Pastu 2 helai jubah dihadiahkan oleh kakak aku untuk Luth. Aku terlampau hepi sebab aku rasa baju raya Luth comel sgt. Mana ada orang hepi semata-mata sebab baju raya anak dia comel. Pastu gi umah ibu, kena maroh dengan ibu sebab beli baju 'rimas' kat budak kecik. Luth menangis sebab panas. Hahaha. Tapi jenis menantu kuat menjawab, aku ada je jawapan yang last2 skali aku memang kalah dalam perbahasan tu. Mati kutu nak jawab lawan pidato dgn orang berpengalaman. Ngee.. Ampun ye ibu. Gurau2 je.
Okay. Lenkali aku sambung. Aku nak balik ni. Nak kena amik budak Luth tu. Sebelum berakhir, aku sudahi dgn sekeping gmbr Luth.
 |
Tetiba seluar Tolly Joy. Hehe. |
Tak reti mengira. Hahah. Sebenarnya 4 keping. Mula2 nak bagi sekeping je. Tetiba rasa nak share bnyk2 gmbr Luth sebab aku perasan anak aku comel sangat. Muehehe. Layan je la ye.