Skip to main content

Niatnya Nak Bergurau... Tapi....

Sejahteralah Ke Atas Kamu....


Aku selalu mengalami situasi begini; aku berniat nak buat lawak tetiba suasana jadi hening dan awkward sebab penggunaan perkataan atau ayat aku salah. Pffttt....

Contoh 1 : 

Situasi :  Pergi beraya kat rumah orang biasa-biasa. Orang tu dukung anak aku pastu anak aku okay je tak nangis dukung dengan dia sedangkan sebelum tu tadi gi beraya kat rumah sorang yang ada rumah besar, tuan rumah besar tu dukung anak aku, anak aku nangis. 


Orang Biasa-biasa : Baiknya Luth ni nak dengan orang..
Aku Mulut Longkang : Ha ah, Baik plak... tadi dukung dengan orang kaya dia nangis.

!@##$$%%^&&*(%^&& motiffffffff??!! Kenapa aku terkeluar ayat macam tu? So, adakah aku bermaksud orang biasa-biasa tu 'miskin' sebab tadi orang kaya dukung anak aku, anak aku nangis? Aku terus je rasa awkward tahap otomen mebius lepas aku cakap gitu. Chiss.. Ngok.



Contoh 2 :

Situasi : Kat umah aku, ada kawan anak sedara aku datang. Pastu dia nampak Luth. Dia main-main dengan Luth. 

Kawan anak sedara aku :  Hensemnya Luth... Comel..  
 Aku plak berniat nak merendah diri plus bergurau

Aku : Biasa je... Hitam Luth ni....

Kawan anak sedara aku : Eh, tak hitam la dia....

Pastu terus semua terdiam termasuk Luth dan anak sedara aku. Memang sangat awkward bila aku tersedar yang kawan anak sedara aku tu berkulit gelap. Aku memang tak fokus sgt pon pada dia sebab tu aku tak perasan akan perkara tu. Memang bengong betul aku rasa sebab aku cakap gitu. 

.........................................

Itu hanya 2 contoh. Ada banyak lagi perkara awkward yang aku dah create cuma aku pon dah lupa. Tak mustahil aku kehilangan ramai kawan disebabkan niat murni aku yang disalah executekan oleh aku sendiri. Jadi, kalau ada sesape pernah terasa hati dengan aku sebab dia rasa aku bergurau kasar, aku mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya aku memang tak sengaja. Takkannnnnnnn la aku saje2 nak buat sakit hati orang. Mana mungkin.
 
Pelajarannya, lain kali tak payah la ko nak berlawak jenaka sangat kalo sense of humor ko rendah. Sesungguhnya diam itu jauh lebih baik daripada bercakap perkara yang sia-sia.

Comments

  1. itu maksudnyer kita jenis yang terlebih jujur tu hehehe.. serius KA pun kdg2 ter... juga !

    ReplyDelete
  2. kadang2x kita pun sendiri tanpa sedar terlepas cakap..walhal mmg tak sengaja. nak buat macam mana terlepas...

    Jom terjah sini Etika Penulisan Di Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak praktis think before u speak tu agak mencabar kalo dah terbiasa bercakap tanpa berfikir.

      Delete
  3. selalu terjadi pada saya... konon nak ramah buat lawak tapi..
    lagi satu bab nak nasihat orang, tujuan dah baik dah tapi disalah erti..
    betullah kata pepatah diam itu pintar, kang diam kang orang kata sombong.. guane ??

    setuju ngan ayat awak yang baris bawah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nita. niat kita nak jadi ramah dan mesra, tapi last skali spoil the mood.

      Delete
  4. susah juga ni,kalau saya bergurau gitu okay je..tapi tu lah lain orang lain reaksinya..

    p/s:Lyd saya share tentang magik bullet hari ni,takpe ye saya link entry awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo saya plak mungkin akan sentap gak kalo org gurau part yg sensitif. Tapi tak tau le. Heheh.

      ps : boleh, silakan share. saya berbesar hati.

      Delete
  5. Kerana pulut :p tu la niat nak berlawak tapi mulut sometimes tak sempat bertapis. Tu I jarang nak ramah sangat ngan strangers, unless ngan gang yg mmg dah tau mulut kita camner boleh la nak berlawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya memang mcm tu la Nas. Selalunya kita kontrol, tp ada time sekali sekala yg terrrrr tu tak dpt nak buat apa. Ish. mulut ni.

      Delete
  6. bila berlawak nak spontan kan..bila spontan tk pkir sgt, kdg salah cakap..kena lawak skemalah lah tuh..hehe

    ReplyDelete
  7. hehehehe...x sengaja nak buat mcm mana....kite penah ade staff baru kat opis...budak ni putih,lawa, stylo tp gigi die jongang...ade satu hari tu kite lupe letak hp kat mana...mintak tlg die callkan gune tel opis kat meja saya, dh jd kebiasaan kat opis tu kalo tel tekan speaker bg sumeorg dengar...skali budak tu diam je terus balik tempat die....rupenye kite lupe caller ringtone kite lagu 'jongang2..jongang..halimah jongang...' padahal sebelum nak gi opis dh ingat dah nak tukar caller ringtone tu sejak budak tu masuk....hadoi....jahat kan kite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi... memang terasa gila kalo saya jadi budak tu. Hahahah.. rasa dipermainkan plak.

      Delete
  8. salah-salah kata bisa buat orang lain sakit hati biarpun tak sengaja ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo buat org lain terasa kita berdosa kan millati.

      Delete
  9. Sesungguhnya diam adalah lebih baik... Hehehe..rasanya lebih baik org ckp kita pendiam drpd org cop kita byk mulut... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg diam lebih baik, cuma kadang kita nak buat lawak, tapi tak menjadi. :)

      Delete
  10. A'ah.. Kadang-kadang pernah terjadi jugak benda macam ni. Lepas tu bila tersedar kenapalah pergi cakap macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah tersedar tersalah ckp tu, rasa mcm nak undur balik masa kan?

      Delete
  11. Aku pun kadang2jadi macam tu, especially kalau orang tu jarang2 aku jumpa atau orang baru kenal...

    Srkg ni, kalau aku jumpa orang2 macam tu, aku lebih banyak mendengar daripada bercakap... kalau perlu respon pun aku gunakan respon yang standard dan biasa2 je... tak de nak lawak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... ko bagus. pilih jalan selamat. Mendengar lagi baik. Kalo buat lawak nanti tersalah cakap kan susah.

      Delete
  12. kita hanya manusia biasa ... akakpun gitu dah cakap baru perasan...

    ReplyDelete
  13. sebab tu aku jarang gurau ngan org yg aku x kenal atau x rapat. cuma yg aku kenal rapat dan tau peel dia mcm mana je, yg aku rajin gurau gini. and kebanyakan mmbr aku pun lebih kurang mcm aku gak. so xde hal gurau ngan diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pon skrg ni dah makin insaf tapi kadang terlepas jgk. Huhu.

      Delete
  14. hahaha... mana ada la.. ni pasal dunia realiti ni, bukan [pasal alam maya. Heheh.

    ReplyDelete
  15. Koi bercakap mmg kasar, tapi tak la mencarut

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...