Sejahteralah ke atas kamu.... Niatnya nak ambil gambar anak yang sedang fokus menulis di black board sticker ni. Lalu, tumpang la melabuhkan punggung di meja kaca ni. Alahhh... sikit je pun tumpang... Sekali, tak sempat nak ambil gambar anak, terus pecah berderai, hancur berkecai... Si anak terus tergamam, terpaku kat situ. Syukur kepada Allah kerana tiada sebarang kecederaan kepada si gemuk jugak anaknya itu... Luth elok je dengar arahan bila mama suruh duduk diam-diam kat situ sementara mama bersihkan kaca-kaca yang berat dan tajam tuh. Huhuhu... Inilah rupanya meja yang hancur tuh. Tamat la riwayat meja kaca yang berjasa ni. Bye-bye. Ohhh, kalau ada yang tertanya.... siapa si gemuk tu... eheheheh... lu pikir la sendiri.