Skip to main content

Good Luck, Bad Luck

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya MC semalam. Sebab senggugut. Muka je ganas, tapi lembik. Hehehe... So, semalam saya tidur je. Sekali-sekala, bangun utk masukkan air panas dalam tumbler utk tuam perut. Pastu kekadang sapu minyak panas pada perut. Huuu... Senggugut ni, bagi yg tak tau canner sakit tu.... saya gmbrkan macam perut yg rasa sangat penat. Kamu penah rasa penat kan? Penat yg kalo gi jungle tracking masa camping zaman muda dolu2, pastu kena berlari dlm air pakai kasut sport. Penat kat? Seluruh badan penat. Haa.. kalo senggugut ni, penat seluruh badan tu seolah2 terkumpul hanya di perut. Mcm kepenatan yg banyak, tapi pembahagian tak sama rata. Then, biler dah semua penat tu nak kumpul kat satu tempat, maka akan jadi sakit. Rasa mcm kena perah je organ dalaman kamu tu. K la... buang karan je citer pasal sakit tu.

Jadi, biler saya bangun tu, siap2 mandi dan nak pegi klinik Wu & Tang Lim di Jalan Othman. Parking dah la jauh dari klinik tu. Mcm 3 blok dr blok klinik tu. Tapi takper la. Bulan pose kan? Kenala sabar. [walaupun haku tak pose pun]. Lepas dah dpt ubat dan MC[MC tu je yg penting, keke], saya singgah Guardian jap. Beli syampu. Then balik semula ke kereta. Pastu baru le saya sedar yg saya tak beli tiket parking pon selama saya park keta kat situ. Adehh... Kang kena kompaun saje je. Tapi nasib saya baik.... kekeke... Selamat. Tak kena kompaun pon. Maybe takde petugas parking yg check kot? Dlm hati mmg rasa bangga le jugak. Sbb saya ni selalu bernasib baik. Muehehe....


Saya pun terus nak balik. Tapi sebelum balik, sempat berhentikan keta lagi skali kat 7Eleven utk cari barang yang Abg Di saya suruh cari. ~Gagal. Barang itu tiada di situ~. Then nak kuar semula ke jalan besar, saya perlu pusing ke belakang bangunan. Masa pusing tu, saya belok kiri utk ke jln utama, tapi dah separuh jalan baru saya perasan yg saya amik jalan sehala yg bertentangan dgn arah yg saya amik. Saya sedar pun lepas saya bertembung dgn keta lain yg bertentangan arah dari saya, kemudian baru saya perasan semua kereta parking dari arah lain. Tapi takper... saya buat muka selamber je la kan? Sbb bukan saya sengaja pun. Dan yang penting, sampai je kat hujung jalan tu, saya kena tahan dgn polis. Pastu saya kena saman. Huuuuwaaaaaaaa..... Kena saman sebab masuk ke jalan yg 'No Entry'.

Dan yang penting lagi skali, polis tu takder dah nak tanya reason ke hapa ke, beliau terus je saman. Saya nak marah kat beliau pon macam takleh je. Sbb mmg la saya salah. Tapi saya bukan sengaja. Mmg tak perasan pun. Errm... kompaun tu paling tidak pon kena gak RM300 kot. Adehhh... Boring... Boring.


Comments

  1. simpati plak aku kat ko lid..agak bad jgak la luck ko smlm..huhu

    ReplyDelete
  2. Sabar2, kdg2 kita tak bleh terus buat kesimpulan yg kita ni bernasib baik bila tak kena & terus seronok. Adakah disebabkan task yg aku bg menyebabkan ko disaman? Aku rela ganti balik kalau task tu berjaya mendapat sekurang2nya No. 3. Aku semalam pergi casting (mancing guna umpan tipu), tarik2 dapatlah naik satu umpan tipu (sah2 org punya) & terus seronok...rezeki bulan puasa la ni. Casting2 lg & 2 umpan tipu sangkut & hilang....amacam? Dapat 1 free (yg buruk), hilang 2 yg baru...

    ReplyDelete
  3. xpela lid...ko dah menambah hasil kerajaan..he he he..

    ReplyDelete
  4. maksimum tuh... tiga ratus tanpa diskaun...cek dok tengok kirik kanan, tak tengok depan lah tuh... takpa, sabar, len kali jangan ulangi...

    ReplyDelete
  5. Heheeeee..klu dah kata nak kena..kena jugak upenya.....dah bayo ke...?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...