Iklan! Iklan! Sila Click!

30 November 2019

Cara Pantas dan Alami Menurunkan High Blood Pressure

Sejahteralah ke atas kamu....

Dalam post sebelum ni, aku ada cerita tentang aku terpaksa bersalin awal kerana high blood pressure yang tak turun-turun. Aku masuk wad dalam 7 hari juga la.

Semasa di dalam wad, aku ni bila nampak nurse usung troli blood pressure monitor tu, aku dah panik. Bila nko dah panik, tekanan darah pun otobot la naik kan? Walaupun nurse suruh aku bertenang, jangan risaukan apa-apa, jgn runsing, tapi masalahnya aku takde runsing apa pun. Cuma aku serabut kena duduk dalam wad je. Itupun syukur la nurses di PPUM tu baik2 semuanya. Mereka sangat professional dan polite, so aku memang takde la nak bertambah stress nak mikirkan perangai nurse pulak.

Aku ni jenis yg jarang makan ubat. Nak kata aku ni jenis yang ikut cakap mak bidan kampung, makan ulam-ulam sangat pun tidak juga. Dah tu aku ni spesis mende? Makan ubat malas, makan makanan alami pun lebih kurang gak malasnya. Bila awak jenis yg tak berapa makan ubat, tiba-tiba bila masuk wad, awak kena makan ubat secara konsisten bersaksikan nurse yg memang takkan lari selagi ko tak telan ubat tu depan mata dia, 3 jam sekali, dua jenis ubat secara  berselang seli, maka ko akan terasa seolah-olah buah pinggang ko sedang terancam. Padahal perasaan ko je kan. Aku mula la google makanan yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan segera. Yang aku dapat hasil gugelan aku, makanan yang bagus untuk menurunkan high blood pressure ialah batang celery blend with apple hijau. Tapi memandangkan aku di hospital, hasben aku pulak bertungkus lumus menguruskan anak-anak dan berulang alik ke hospital melawat aku dan menyediakan keperluan-keperluan aku, takkan la aku tak consider keadaan dia. Aku kesian juga kat dia. Walaupun aku yang paling kesakitan sbb terpaksa hadap risiko-risiko kecemasan tu, tapi orang yang paling penat dah tentulah suami aku. Aku sedih je bila tengok kegigihan suami aku nak uruskan semuanya sendirian. Tapi aku tau, kalau aku request, dia akan buat demi aku. Huhu. Dia memang sejenis lilin. Macam cikgu juga. Sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Ewah.

So, tak dapatlah aku nak amalkan celery blend dgn epal hijau tu. Sebelum bersalin tu, aku minta nak minum air kelapa daripada hasben aku. Dia beli la kat aku. Tapi aku tak tau la ada kaitan ke tak, tekanan darah aku dan protein dalam urine makin naik. Deng! So, air kelapa pun out la.

Sebenarnya sebelum aku masuk wad tu, aku teringin nak minum jus delima yang fresh pressed. Bukan pati delima Gulsan yang manis dan pekat tu. Tapi malangnya, tAk sempat nak cari. Aku kirim dengan kawan2 pun, takde orang yang berjumpa dengan jus delima yang macam aku nak tu. Sampai la aku dah selesai czer, ada kawan sekolah aku nak datang melawat aku di hospital. Dia yang tanya, ada apa-apa tak yang aku teringin nak makan? So aku cakap la, jus delima yang macam aku nak tu. Tapi aku pesan juga la, tak perlu cari beriya. Kalau ada kebetulan lalu kat kedai dia boleh la beli. So, dia datang dia bawak 2 botol. Huhu. Hakak terharu. Aku minum sebotol, one shot je aku habiskan. Allahu. Sedap sungguh bila dia lalu kat tekak sis. Rasa macam terungkai sebuah misteri gua harta karun, gitulah perasaannya.

Lepas kawan aku balik, bila nurse datang check bp, eh... Ada sedikit menurun. Aku rase seperti mata bersinar sekejap. So, esoknya aku minum lagi sebotol. Dalam masa yang sama, kakak aku melawat bawak sekilo kurma Ajwa. Aku makan juga kurma ajwa. Daripada pembacaan aku, kalau nak turunkan tekanan darah, boleh makan pisang. Sebab pishang tinggi potassium. Then aku fikir, kurma pun high in potassium kan, so why not aku cuba je la. Ternyata, bp aku lepas tu makin cantik. Yelah, sebenarnya mungkin juga aku dah semakin bertenang bila dah pindah daripada wad HDU yang stressful tu ke wad antenatal. (Walaupun aku dah bersalin, aku ditempatkan di wad sebelum bersalin, sebab baby tak ada dengan aku. Baby di NICU. Penempatan macam tu maybe sebab taknak emosi aku terganggu kot, kalau aku ditempatkan di post natal (wad selepas bersalin), nnt aku emosi terganggu pulak bila tengok orang lain ada baby, tapi baby aku takde dengan aku. Aku agak je la.

So, dua hari selepas tu, aku dibenarkan keluar dengan bekalan ubat dan aku perlu pantau BP sendiri di rumah. Kat rumah aku ada blood pressure monitor tu. Sampai di rumah aku dah mula la nak shopping online. Tanduk shopping aku tertibe je tumbuh semula selepas dia terbantut masa aku masuk hospital dulu. Huhu.

Oh, sebelum tu aku ada suruh hasben aku cari di Cold Storage yg di PJ ni, jus delima yang macam kawan aku beli tu. Kawan aku beli di Cold Storage KLCC. Sekali yang ada hanya jus yang dah dibotolkan daripada kilang. Masam sikit la rasa dia. Aku mcm tak berapa tahan sangat masam tu.

Aku buka Instagram, aku order jus delima daripada pembekal delima mesir. Aku beli sekotak buah delima, then aku request untuk dia tukarkan terus jadi jus. Harga sekotak rm60. Kos utk hantar dan proses pengejusan tu total RM90. Dapat dua botol. Dalam 2 liter kot.


Memang sedap sangat untuk tekak aku. Tapi aku rase dia tak pakai juicer yang mcm slow juicer Hurom tu kot. Ni aku rasa dia macam blend guna blender. Sebab aku dapat rasa the taste of biji delima tu. Lain dgn jus yang ko dpt drpd slow juicer. Aku minum, jus delima ni, aku campur dengan air panas. Ye la, aku kan dalam pantang. Takkan nak minum air sejuk pulak. (Jus tu aku simpan dalam peti sejuk).

So, aku dah berani tak makan ubat darah tinggi yang doktor bekalkan. Dan aku monitor bp aku normal je. Alhamdulillah. Maybe jus delima yang jadi asbabnya. Ataupun mungkin faktor pemakanan hospital sebelum tu, yang tawar dan kurang manis menyumbang kepada penurunan bp aku tu. Apa-apa pun kita ikhtiar je. Mujarab atau tidak itu Allah punya kuasa la. Lagipun mungkin kebetulan jus delima tu serasi dengan aku. So, selamat mencuba ye.

27 November 2019

Bersalin Bayi Premature Kerana High Blood Pressure

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau tahun 2018, aku keguguran, pertengahan tahun 2019 ni, aku pregnant sekali lagi di waktu aku macam tak expect pun. Kira punya kira, sempat pulak tu due date aku pada penghujung tahun 2019 ni. Kira macam hampir nak tercapai la cita-cita aku untuk gap umur anak-anak aku 3 tahun setiap orang. Sulung lahir 2013, yang kedua 2016 dan ketiga 2019. Bijok sifir ngat terrr.

2 kehamilan aku yang terdahulu, aku memang tak ada masalah kesihatan sama ada GDM atau BP high. Kedua-duanya bersalin normal. Cuma aku alahan teruk. Makan pun tak menentu.

Pregnant kali ni, berkat doa aku yang mengharapkan nak rasa pregnant tanpa alahan, Allah makbulkan. Walaupun ada rasa loya, tapi still aku boleh makan tanpa muntah. Dan agak banyak benda yang aku berselera nak makan. Contohnya laksa Penang dan tomyam. Padahal laksa utara aku agak kureng kalau tak pregnant. Dan tomyam pun antara makanan yg aku takleh makan masa pregnant yg pertama dan kedua dulu. Boleh dikatakan kali ketiga ni, aku tak menjaga makan sangat. Semua aku ngap. Megi, KFC, air Pepsi, pizza, nasi dgn lauk yg minyak2 pun aku boleh makan walaupun loya.

Bila kehamilan masuk 28 minggu, aku mula pergi check di hospital, tujuannya untuk booking nak bersalin kat situ. Hospital yang aku pilih time tu ialah Hospital Andorra. Bukan kaleng-kaleng kan pilihan rakyat marhaein ni. Kononnya nak hospital yang muslim friendly. Yg nurse dia mengajak ala-ala zikir2 sebelum bersalin. Well, berzikir tu, memang la kita boleh buat sendiri, di mana sahaja kita beranaks, tapi kalau ada dorongan daripada persekitaran, kan ke lebih bersegamat nak buat. Tak gitchew?

Sepatutnya bila masuk 7 bulan je, wanita hamil kena check up setiap 2 minggu sekali kan. Tapi Doktor di Andorra kata, tak perlu check up kerap2 pun lepas ni. Sebab rekod aku cantik je. BP okay so far. Result minum air gula okay. HB ada la rendah sikit. Tapi tak teruk la. 10.7. Patutnya 11. Baby growth on track. Air ketuban cukup. Placenta kat atas. Semuanya seems perfect. Sebab tu Doktor kata jumpa lepas sebulan pun takpe.

Aku pulak, selepas first check up kat Andorra tu, tgk bil (walaupun boleh claim), tapi agak mahal la. First bil bil kena RM475. Termasuk supplement Iberet. Secara jujurnya, aku confess la kat skat sini. Aku tak mampu rasanya nak bayar bil bersalin kat situ. Tahun 2019 ni memang banyak betul aku berabis. Tak perlu aku detail up, tapi memang aku tak sempat nak kumpul duit lagi untuk bayar bil hospital. Aku ni, kad kredit memang takde la. Simpanan dah tinggal ciput. So, aku decide nak tukar hospital la. Kehkeh. Aku pilih Rampai Puteri. Sebab tengok pakej dia lebih masuk akal. Tapi jarak dia still, jauh daripada rumah aku. Gitulah nasib, kalau area rumah aku memang takde hospital yang muslim friendly.

Ahad, 3 Nov, aku ada Graduation Day anak aku yg sulung kat Cyberjaya. Graduation sekolah tadika je. Hahah. Aku memang kepenatan sebab daripada pagi keluar rumah, jam 11 mlm baru sampai rumah (singgah rumah adik, solat, mandi). Sesungguhnya, Cyberjaya dengan rumah aku sangat la jauh jenat. Isnin 4 Nov, aku gigih pergi ofis. Acah-acah pekerja cemerlang. Padahal gi kerja, tghr tido. Kul 4.15 dah balik. Aku set appointment di Rampai Puteri Medical Centre pada jam 8.30mlm 4 Nov tu juga.

Malam tu.... Aku pergi hospital, bila test urine ada protein +2. Test blood pressure, agak tinggi. Mula2 190/120. Pastu doktor test guna manual, 160/97 kot. Lebih kurang la. Doktor kata, bahaya ni. Awak ada possibility untuk kena preeclampsia bila combination diantara tekanan darah yg begitu tinggi dengan bacaan protein dalam urine tu. "Awak boleh terkena sawan bila-bila masa sahaja", begitulah kata doktor. Doktor suruh aku masuk wad juga malam tu. Aku dah panik. Nak pergi hospital ni tadi pun aku dah rasa lama gile. Pastu kang hasben aku nak hangkut anak-anak, nak hantar barang2 aku utk masuk wad tu, satu kerja pulak jauh. Aku minta doktor refer ke hospital yang paling dekat dengan rumah la, PPUM.

Sampai PPUM, terus masuk wad HDU. Terputus dengan dunia luar, semua sehelai sepinggang kena pakai baju hospital tanpa henfon, tanpa bra tanpa spender. Memang makin stress. Masuk wad tu, BP kena pantau setiap jam. Huhu. Aku dah start kena makan ubat darah tinggi. Nefidipine dan Labetalol. BP aku still tak menurun dengan begitu cantik. Pusing-pusing dalam 146/95, 138/98 dalam range tu je. Tapi sudah cukup untuk untuk aku dipindahkan ke wad pre natal, iaitu tak perlu pantauan yg rapi seperti di HDU. Wad prenatal at least boleh la guna henfon, pakai bra dgn sepentot.

Aku stay 1 malam di pre natal, thennnnn bacaan BP aku still lagi ding-dong ding dong, aku dipindahkan semula ke wad HDU. Huhu. Memang sampai ke sudah bacaan BP aku tak cantik.

Doktor consult aku untuk aku keluarkan baby dan placenta, demi nak selamatkan aku dan baby. Doktor kata, sementara bp masih terkawal dan heartbeat baby masih lagi okay, eloklah aku buat keputusan yang bijak yang boleh mengurangkan risiko kehilangan dua2. Huhu. Dan sebenarnya sebelum masuk HDu semula tu, aku ada scan baby. Result scan, baby aku kecik daripada sepatutnya, air ketuban sikit dan baby songsang kepala ke atas. Perkara-perkara tu la yang meninggikan lagi risiko aku.

Aku memang rasa sangat berdosa kepada baby. Aku rasa aku la puncanya dia tak membesar elok2. Aku tak jaga makan. Doktor kata, bila baby tak dapat cukup nutrisi, dia hantar signal kepada placenta untuk tambahkan bekalan, jadi placenta tambahkan tekanan darah untuk penuhi permintaan baby. Sebab tu darah aku tinggi tak surut-surut. In fact, betapa taragunanya aku ni sebagai mak yg tengah mengandung, masa kat ofis 4hb tu, aku pergi makan Super Ring sepeket besar. Ni sebab terpengaruh dengan Black Pink la ni. Jenis yang cepat terliur. Nampak Super Ring pun nak terliur. Haramzadey mende perangai gitu. Kan dah effect blood pressure aku. Huhu. Sedih sis tau. Sebab sis anak sis dalam bahaya.

Akhirnya, hari Khamis, 7/11/2019 jam 3.00 petang, aku masuk bilik pembedahan untuk untuk keluarkan baby aku. Waktu tu usia kandungan baru 32 minggu. Baby baru je berat 1.5 kg. Kecik je. Selesai pembedahan, aku dimasukkan semula ke wad HDU, baby pula dimasukkan ke NICU. Baby tak ditunjukkan pun kepada aku selepas dia keluar daripada perut aku. Maybe kritikal dia perlukan oksigen pada waktu tu. Aku tak dpt jumpa baby aku, lepas tu pantauan sejam sekali untuk blood pressure aku yang still borderline je manjang. Dah la tak dapat contact sesiapa. Anak-anak aku yang sulung dan yang kedua tu dah 4 hari aku tak jumpa. Stressed sangat aku waktu tu. Memang tak gembira langsung. Suami aku hanya boleh melawat pada waktu melawat je la. Setiap kali dia dtg pun aku menangis. Manje sangat la konon tu. Ceh.

Walau apapun, aku yakin Allah mengaturkan yang terbaik buat aku. Nampaknya aku dapat rasa 2 kali bersalin normal, sekali keguguran dan sekali bersalin czer. Semuanya pengalaman bernilai buat aku. Walaupun sewaktu menghadapinya tu, amatlah perit untuk dilalui. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya telah Allah permudahkan. Allah selamatkan aku dan baby.

Next, aku akan kongsikan cara untuk tuntuk turunkan tekanan darah dengan pantas secara alami.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...