Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Luth Kata, Dia Dah Tak Sayang Papa

😭 Sejahteralah ke atas kamu.....  Semalam, sewaktu kami makan malam sekeluarga, Luth kata nak makan aiskrim. (Aiskrim mangga, yang aku buat sendiri letak dalam acuan popsicle). Aku sebenarnya taknak bagi, sebab petang tu masa aku pergi kedai bawa anak-anak, mamak kedai bagi lollipop kat Luth. Luth dah makan lollipop tu. So, malam tu sepatutnya dah no-more-junk-food untuk dia. Tapi tak tau bila entah dia kawtim dengan Papa dia, elok je dia guna nama Papa, "Papa kata boleh.". Hakeiii... Aku takleh kata apa la sebab Papa dia dah janji. Kang mungkir janji pun tak elok juga. Luth sanggup ni makan nasi laju-laju sebab nak makan aiskrim punya pasal. 😬 . So, makan la dua beranak Sugus tu eskem. Yafith pun nak tumpang sekaki juga. Disuap oleh abangnya eskem tu, main tenyeh je bersepuas kat seluruh muka. Ikut dan je budak-budak ni. Tapi, muka Yafith makan eskem memang kelakar, tobat pun.  Lepas makan aiskrim, Luth ajak Papa dia main lawan-lawan. Lepas tu ajak mai

Senaman Zumba Di Rumah dan Di Pejabat

Sejahteralah ke atas kamu.......... Salah satu aktiviti aku selain menjahit ialah berZumba. Zumba ni adalah satu senaman yang dilakukan dengan iringan lagu dan menggunakan pergerakan mudah berunsurkan tarian Latin. Zumba instructor dipanggil ZIN di hadapan nama masing-masing. Contohnya kalau aku jadi Zumba Instructor, nama aku akan jadi ZIN LydSunshine. Haa, gitu. Contoh je ye. Aku bukan ZIN, mahupun jin pakai toncet. Mula-mula aku Zumba kat ofis je. Kat ofis, aku ada satu group WhatsApp yang khusus untuk bergosip pasal Drama Korea je. Kalau nak sesaje cakap suka kat Lee Dong Wook ke, minat kat Lee Min Ho ke, boleh le kami kongsi dalam group tu. Pastu kalo nak tanya pasal drama Korea terkini ke, nak request drama Korea daripada orang yang tukang download tu boleh belaka dalam group tu. Dalam group tu, aku dengan sorang lagi kawan aku Gojey memang selalu pergi gym. Biasanya kami naik beskal yang kayuh setempat tu atau berlari setempat je atas treadmill. Ada sekali tu, ada soran

Aku Hanya Akan Rajin Memasak, Bila Ada Benda Ni....

Sejahteralah ke atas kami... Eh, kamu.. Aku ni seorang isteri yang tak berapa rajin, tapi tak juga berapa malas. Yang penting, setiap hari, aku akan berusaha untuk memasak. Sebab suami aku memang jenis suka makan makanan yang dimasak di rumah, walaupun hanya sekadar telur goreng dengan kicap. Lagi satu, anak sulung aku si Luth hanya nak makan nasi je bila dia lapar. Kalau aku tanya, "Luth, malam ni nak makan apa?". Laju je jawab, "Nacik". 😋😅 Tapi, ada satu benda yang akan membuatkan aku terlebih rajin dan bersemangat untuk memasak. Apa tu??!! Apa tu??! Inilah dia...... Cili blended. Lada kering kisar.Yang aku buat sendiri. Bukan cili boh yang beli kat kedai. Aku, kalau ada cili blended ni, memang aku akan rasa berkobar-kobar semangat aku nak memasak. Dah macam tangkal nak bagi rajin memasak, sebab kadang-kadang, aku tak masak sambal pun, aku tetap rajin kalau ada cili blended ni. Rasa lengkap je dapur. Rasa mudah je kerja. Padahalnya baw

Barang Yang Aku Suka: Tuala MR DIY

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku jarang shopping. Kalau aku shopping pun, aku suka beli barang yang murah tapi best. Bila aku dapat beli barangan murah yang best, aku akan perasan genius. Dan rasa bangga sikit.👅👅 Sebagai rakyat marhaein yang terulung di ibu kota metrofolitan ni, tempat yang aku suka pergi untuk buang masa ialah Daiso, MiniSo, Kedai RM2 dan Mr DIY. Kalau Daiso dan MiniSo tu barangan Jepun yang kadang-kadang ko tak expect pun benda tu wujud di dunia ni. Orang Jepun memang kreatif. Segala benda alas untuk laci, untuk peti sejuk, untuk dapur gas, semua dia cipta. Itu kira tak pelik sangat. Ada aku jumpa, penyepit selimut untuk stroller supaya selimut baby tak tergelincir. Sedetail itu dia nak cipta. Apa je? Kalau orang Melayu, kita takyah dah nak cipta benda gitu. Kalau aku, aku ambik je paper clip kalau aku nak sepit selimut kat stroller. Lagi kreatif. Kekeke. Mr DIY  pula biasanya barangan daripada China. Kualiti mungkin kureng sikit berbanding Daiso tapi

Barang Yang Aku Suka: Telekung Solat

Sejahteralah ke atas kamu.... Telekung solat adalah salah satu daripada 'bestfriend' wanita muslim. Satu masa dulu, aku tak pernah beli telekung. Rembat mak punya je 2 pasang. Lepas tu, duduk lenjan yang itu je sampai kusam. Basuh sebulan sekali time datang haid je. Waktu itu aku tak kisah sangat telekung tu cantik ke tidak, ropol kepuk-kepuk ke tidak, sulam tangan ke tidak, sebab aku rasa macam nak tunjuk kat sape sangat. Tapi sekarang keinsafan tu dah makin meningkat. Aku dah mula beli telekung yang cantik-cantik. Sebab nak berdepan dengan Allah kot. Nak menyembah Allah yang Maha Tinggi, tertinggi dalam hidup kita, walaupun orang lain tak nampak, tapi pandangan Allah tu la yang paling penting. Perlu la cantik sentiasa lebih-lebih lagi waktu solat. Aku ada beli banyak telekung. Ada telekung untuk travel, ada yang tahap premium untuk majlis apa-apa ke. (Majlis apa yang kena pakai telekung tu? Haha.). Bukan niat nak menunjuk kepada orang. Cuma ingin kelihatan elok dan

Perkara-perkara Menjengkelkan Dalam Group WhatsApp

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku minta maaf dulu ye, kalau apa yang aku tulis ni korang rasa tak setuju. Aku cakap ni hanya sekadar pendapat personal aku.  Pasal group dalam aplikasi Whats App. Aku rasa semua orang biasa menggunakan Whats App untuk berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan, saudara mara dan rakan sekerja. Tentulah kita di'add' ke dalam group tertentu di WhatsApp. Bila sebut pasal group ni, hadoiii.. Memang macam-macam. Ada group yang aku suka, yang memang dalam kategori 'read first'. Tapi ada group yang sendu sampai tahap aku 'mute' notification dia. Huhu... Di antara perkara-perkara yang membuatkan aku rasa annoyed pada Whats App group; 1. Tak Kenal Ahli group yang aku tak berapa kenal sangat, then bersembang merepek yang memang takde kena-mengena dengan aku. Kena add dalam group pun tak tau sebab apa. Tetibe je you have been added. 2. Terlampau 'OPEN'   Group yang bercampur lelaki perempuan kemudian banyak