Sejahteralah ke atas kamu....
Aku jarang shopping. Kalau aku shopping pun, aku suka beli barang yang murah tapi best. Bila aku dapat beli barangan murah yang best, aku akan perasan genius. Dan rasa bangga sikit.👅👅
Sebagai rakyat marhaein yang terulung di ibu kota metrofolitan ni, tempat yang aku suka pergi untuk buang masa ialah Daiso, MiniSo, Kedai RM2 dan Mr DIY. Kalau Daiso dan MiniSo tu barangan Jepun yang kadang-kadang ko tak expect pun benda tu wujud di dunia ni. Orang Jepun memang kreatif. Segala benda alas untuk laci, untuk peti sejuk, untuk dapur gas, semua dia cipta. Itu kira tak pelik sangat. Ada aku jumpa, penyepit selimut untuk stroller supaya selimut baby tak tergelincir. Sedetail itu dia nak cipta. Apa je? Kalau orang Melayu, kita takyah dah nak cipta benda gitu. Kalau aku, aku ambik je paper clip kalau aku nak sepit selimut kat stroller. Lagi kreatif. Kekeke.
Mr DIY pula biasanya barangan daripada China. Kualiti mungkin kureng sikit berbanding Daiso tapi lagi la macam-macam benda murah ko boleh jumpa kat situ. Kedai RM2 pun best. Kena pandai cari la barang yang elok supaya berbaloi dengan wang yang kita bayar. Kalau mainan anak-anak, boleh la beli kat kedai RM2. Memang la cepat rosak. Tapi padan la dengan harga. RM2 je kot. Kalau nak compare dengan tahap lasak mainan Fisher Price memang tak adil la. Tengok la harga berapa kan? Ada orang suka beli pinggan plastik kat kedai RM2. Boleh beli banyak-banyak, dapat satu set dengan harga murah. Aku tak beli la. Sebab pinggan kat umah aku ada sikit je. Tu pun aku sempat rembat pinggan almarhumah mak aku. Semoga pahala yang berpanjangan buat almarhumah mak aku bila aku gunakan pinggan yang aku rembat tersebut.
Kali ini, aku nak kongsikan barang yang aku beli di Mr DIY. Iaitu tuala. Aku rasa aku ni suka beli tuala dan cadar. Memang mak-mak sangat sipatnya begitu. Aku fikir, kalau orang datang, senang. Boleh bagi tetamu pakai. Cadar pula, kena la tukar-tukarkan suasana bilik. Baru la riang gumbira kita sekeluarga. Tapi kalau hasben aku tak tolong tukar cadar, memang tak bertukar la cadar. Sebab aku nak buat, dia tak bagi. Dia kata tu tugas dia. Luth pun akan tolong bila hasben aku tukar cadar. Dah tu, aku nak cerita pasal towel ke bedsheet ni? Hahahah.
Tuala yang aku beli kat Mr DIY ni, memang aku suka sangat. Sebab diperbuat daripada 100% cotton. Ko tau cotton yang macam mana? Baik, aku tanya, biar aku jawab sendiri. Cotton tuala ni ialah cotton yang macam kain lampin baby. Sesuai untuk orang yang ada kulit sensitif. Takde la bulu-bulu sangat.
Yang warna biru ni towel untuk baby dan kekanak. Dia tebal sikit daripada lampin baby. |
Dua lapis |
Fabric macam ni, sangat menyerap air. Yang paling best, dia cepat kering dan tak berbau kepam bila dah lama. Aku sebagai orang perempuan, aku suka juga lepas mandi tu berbungkuih dengan kain batik sebab rasa selesa sangat. Kain batik kan kering, rasa mcm hangat-hangat je. So, tuala ni feeling dia gitu la. Cuma dia takde la boleh sarung macam kain batik.
Aku dulu, aku suka beli towel yang macam hotel. Towel tebal bulu-bulu yang kalau lap rambut basah pun, still lagi tak lencun. Cuma towel gitu berat ke tidok. Tebal plak tu. Kalau nak bawak travel, balik kampung ke, memang makan space dalam beg. Rugi space. Kalau guna tuala Mr DIY ni, boleh je ko gulung-gulung. Kecik je. Semangat ni aku promote.
Ada banyak corak, warna dan design. Aku, bila jumpa je corak yang aku belum ada, tanpa segan silu aku capai dan bayar. Hasben aku belum sempat nak larang, tetibe tadaaaa... aku dah siap bayar. Tapi tu la. Aku pernah bincang dengan mak mentua aku. Orang lelaki ni selalu je anggap tuala dan cadar ni tak perlu banyak-banyak. Mereka memang tak faham perasaan mak-mak ni. Mak mentua aku kata, pak mentua aku pun selalu bising bila mak mentua aku asyik-asyik beli tuala dengan cadar. Kekeke.
Soft dan sweet kan warna yang ni bertiga. Dia kat sebelah bercorak belang-belang ni. Kat sebelah lagi, dia ada bulu-bulu macam tuala biasa. |
Lembut. Selesa. |
Tuala ni, kalau untuk kanak-kanak 2 lapis je. Tapi kalau tuala untuk orang dewasa, lebih tebal, macam 3,4 lapis kalau tak silap.
Kanak-kanak punya, ada banyak saiz. ni diantara koleksi aku. |
Corak tuala kanak-kanak, memang Ribena Sugus sangat. Texture kain tu macam ala-ala patchwork ada kotak-kotak kecik tu, ko nampak tak? |
Corak dia memang la kelakar sikit. Tetiba gambar Eiffel Tower sepenuh-penuh towel dia print kat situ. Tapi aku tak kisah sangat. Sape nak skodeng ko pakai towel apa pun kalau kat rumah. |
Towel ni 3 lapis. Tebal daripada towel kanak-kanak. |
Towel ni yang aku suka, sebab tak sama depan belakang. So, aku boleh pakai sebelah yang sama je kat dalam. |
Takde la banyak sangat. Cukup la untuk kami 4 beranak. |
Ini dah bercampur dengan towel lain. Yang tebal, yang nipis, yang murah, yang mahal. |
Oh..... Lupa nak bagitau harga. Semuanya bawah RM30. Yang baby dan kanak-kanak dalam belasan ringgit. Kalau nak jadikan hadiah untuk baby baru lahir pun sesuai. K... Dahhh...
haha...samalah kita, suka sangat perabih masa (kadang-kadang perabih duit) gi tempat gitu. belum jadi mak, so belum kumpul towel lagi.suka kumpul boxes n compartment sebab organizing freak.tapi bagus rumah banyak towel ni.tetamu kalau datang tak payah bawak.kan tu memudahkan diorang.
ReplyDeletekedai DIY ni kedai wajib singgah kalau gi shopping mall. walaupun tak beli apa2 pun. cuci mata je.
ReplyDeletesuka juga beli tuala dapur kat sini, jenus yg dua lapis boleh sangkut siap2. kalau harga tesco dekat2 rm10, tp hrga mr.diy rm5 pun tak sampai
ReplyDelete