Sejahteralah ke atas kamu.... Mak aku bukan seorang yang pandai. Dia belajar hanya sehingga darjah 4, jadi aku buat kesimpulan yang mak memang bukan seorang yang pandai. Puncanya semenjak aku kecil dulu, setiap kali mak ingin mengira sesuatu, sama ada duit atau kuih atau buah-buahan atau hampir apa sahaja, mak akan suruh aku kira. Katanya begini, "Da, cuba tolong kira ni kejap. Mak tak pandai.". Begitulah setiap kali. Kadang-kadang aku berperasaan macam, "Kenapa la mak ni tak pandai. Asyik suruh aku kira je.". Tapi selalunya aku suka bila mak aku suruh aku kira. Aku suka bila mak aku kata aku pandai. Dan dia akan senyum setiap kali aku selesai mengira. Kadang-kadang, mak ada juga suruh aku tolong bacakan untuk dia. Bacakan surat khabar atau surat yang kakak hantar. Ternyata. Memang mak tak pandai. Itu yang aku percaya sehinggalah aku dewasa. Sekarang, bila aku dah ada anak..... Aku selalu buat-buat bodoh depan anak seperti tak pandai buang sampah, tak...