Sejahteralah ke atas kamu...
Plan sebenarnya macam ni:
Khamis [20 September 2012] : Mak abah datang KL pergi rumah Teh [kakak saya]. Abg Dee hantar.
Jumaat [21 September 2012] : Teh bawa mak pergi buat rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Alaa.. yg Ashraf Muslim tu. Sebagai rawatan alternatif kepada sakit jantung mak.
Sabtu, Ahad, Isnin : Mak abah bermalam di rumah Teh.
Selasa [25 September 2012] : Saya ambil mak abah datang bermalam di rumah saya.
Rabu [26 September 2012] : Saya dah ambil cuti untuk temankan mak abah duduk di rumah saya.
Khamis, Jumaat : Mak abah akan berada di rumah saya.
Sabtu [29 September 2012] : Saya dan suami akan pulang ke kampung bersama-sama emak dan abah.
Yang terjadi :
Khamis [20 September 2012] : Mak abah datang KL pergi rumah Teh [kakak saya]. Abg Dee hantar.
Jumaat [21 September 2012] : Teh bawa mak pergi buat
rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Malam itu saya call emak dan tanya bila dia nak saya ambil dia ke rumah saya. Dia jawab, kalau boleh esok [maksudnya Sabtu]. Tapi oleh sebab saya belum kemas bilik tetamu dan rumah memang 'berkapor-hannya' [bersepah] so saya kata nak ambil mak hari Selasa. Mak kata takpe la, dia ikut je. Cuti yang saya apply untuk Rabu tu pun dah approved.
Isnin [24 September 2012] : Mak tepon saya. Bagitau yang dia tak dapat nak datang rumah saya. Sebab dia nak balik kampung petang tu jugak. Mak kata dia tak sihat. Dan dia nak balik jugak hari tu. Lepas tu mak kata, saya jangan kecil hati pulak sebab dia tak sempat bermalam kat umah saya. [Mak dan abah tak pernah lagi bermalam di rumah saya.]. Jadi, tengahari itu pada waktu lunch, saya keluar sekejap pergi ke rumah Teh. Saya hanya duduk kat umah Teh dalam sejam je. Sebab waktu ofis kan. Sempat bersalam-salam dan peluk cium mak abah.
So, petang itu mak abah balik ke kampung. Abg ipar saya, Abg Hamdan yang jemput mereka. Bila sampai tu saya ada berbual kosong dengan mak melalui telefon. Dia bertanya tentang alahan saya. Tentang suami saya. Cerita tentang perjalanan dia dari KL ke kampung.
Selasa [25 September 2012] : Petang itu mak telefon Kak Long saya yang tinggal di Kuantan. Mak tanya Kak Long, taknak balik kampung ke? Sedangkan hari itu adalah hari bekerja. Kak Long saya bekerja pada hari itu. Tapi menurut Kak Long, oleh sebab mak dah tanya, jadi Kak Long kata kepada mak, dia akan balik malam nanti.
Bila Kak Long sampai, mak seperti biasa. Selepas solat maghrib, mak makan nasi ayam yang abah beli untuk mak. Kemudian mak berbual dengan Kak Long. Mak kata dia terkilan sebab dia tak sempat jumpa Lida [saya le tu]. Pastu mak bercerita macam-macam. Seperti biasa-biasa sahaja. Selepas makan, mak solat Isyak. Kak Long hanya melihat emak solat. Kak Long kata, mak solat Isyak 6 rakaat. Mungkin mak dah terlupa. Lepas tu, mak suruh Kak Long tidur. Sebab mak kata mak dah nak tidur. Waktu itu lebih kurang jam 11 malam.
Jam 11.30mlm, Kak Long berada di ruang tamu dan ternampak abah saya seperti kelam kabut, keluar masuk bilik seperti tercari-cari sesuatu. Kak Long pun tanya kenapa? Apa yang abah cari? Rupa-rupanya abah mencari ubat lelah mak. Abah kata mak lelah. Kak Long segera ke bilik mak. Kak Long tengok lelah mak lain macam. Bunyi cungapannya begitu kuat. Kak Long pun panik. Kak Long cari inhaler tapi mak dah susah nak sedut inhaler tu. Jadi, Kak Long potong botol dan spray guna corong botol yang dia potong tu. Tapi keadaan mak masih tidak bertambah pulih.
Mak minta Kak Long bacakan Yasin untuk dia. Kemudian mak suruh Kak Long minta Abg Salleh [suami Kak Long] untuk membuat air penawar untuk mak. [Suami Kak Long boleh la sikit2 ilmu doa-doa ni]. Tapi dalam keadaan yang kelam kabut tu Kak Long tak dapat nak fokus baca Yasin. Kak Long kata, mak seperti melepet di dada abah. Kemudian abah suruh mak baring atas riba abah. Mak patuh je. Kak Long mula menyuruh mak mengucap 2kalimah shahadah, mak angguk dan mengucap. Selepas mengucap, Kak Long kata, mak cuba berkata sesuatu tetapi sudah tidak jelas kerana seperti tersekat di kerongkong. Tangan mak pun Kak Long rasa sudah sejuk. Akhirnya nafas mak berakhir di atas riba abah. Begitu mudah sahaja.
Abah seperti tidak percaya bila Kak Long katakan yang mak sudah tiada. Abah kata, mak pengsan sebab dada mak masih panas. Tapi Kak Long dan Abg Salleh dah rasa tangan mak dah kaku dan sejuk. Nadi juga tiada. Nafas juga tiada. Abah masih tergamam. Waktu itu lebih kurang jam 11.45mlm.
Emak pergi pada hari yang sepatutnya saya ambil beliau dan bermalam di rumah saya. Tapi saya rasa lega dan bersyukur kerana saya sempat jumpa emak pada hari Isnin tu walaupun hanya sekejap. Kalau tidak pasti menyesal tak sudah la saya. Mana tidaknya, paling akhir saya jumpa mak ialah semasa cuti hari raya sebulan dulu. Syukur kepada Allah kerana menggerakkan hati saya untuk pergi berjumpa mak walaupun waktu itu saya kurang sihat, mabuk-mabuk.
Rabu [26 September 2012] : Saya sampai di kampung di saat azan Subuh sedang berkumandang. Sayalah yang terakhir sampai selepas Teh. Sepanjang perjalanan, saya hanya tidur dan tidak langsung menangis. Sampai saja di pagar rumah, rumah kelihatan terang-benderang tetapi hening. Waktu itu saya mulai merasa sunyi sangat. Airmata saya baru saja mulai bergenang. Tidak tahu apa reaksi saya nanti apabila naik ke rumah.
Naik ke rumah, ruang tamu semuanya kosong. Di suatu sudut di hujung ruang tamu, ada sekujur tubuh terbaring yang ditutupi dengan kain batik lepas menghadap kiblat. Itu jenazah emak. Di sisi mak pada masa itu ada Kak Long yang sedang membaca Surah Yaasiin. Saya mendekati Kak Long. Sisa air mata masih ada pada wajah dan mata Kak Long. Saya bersalam dan memeluk Kak Long dan saya tidak dapat menahan sebak lagi lalu menangis sedikit. Kak Long memberi isyarat supaya saya lihat jenazah mak. Saya tergumam. Saya seperti belum bersedia. Saya takut. Saya risau. Tak dapat berfikir apa reaksi saya. Tapi saya kuatkan hati dan menyelak kain batik lepas yang menutupi wajah mak. Apabila melihat sahaja wajah mak yang tenang, airmukanya sangat tenang seperti sedang tidur lena, hati saya menjadi semakin redha. Wajah emak lebih tenang daripada wajahnya sewaktu tidur. Saya mencium dahi emak. Sejuk. Maka airmata saya sudah tidak dapat dibendung lagi. Saya menangis kerana terlalu rindukan mak. Rindu untuk memeluk mak. Rindu untuk bercerita tentang alahan saya. Tentang masakan asam pedas saya. Saya betul-betul rasa sunyi bila saya membayangkan bahawa semua itu tidak akan dapat saya lakukan lagi selepas ini.
Saya tinggalkan mak untuk bersolat Subuh. Selesai solat Subuh, saya lihat Kak Ngah pula yang berada di sisi mak. Abah juga berada di situ. Saya perhatikan abah sedang melihat wajah emak. Kemudian memanggil nama mak saya.... Ma... Maaa... dengan nada tersekat-sekat. [Mak saya bernama Aklima]. Abah seperti tidak dapat menahan perasaan dan laju-laju menutup wajah mak dan berlalu pergi. Sebaknya saya lihat abah saya. Saya biarkan abah berlalu untuk bersendirian. Saya pula mula duduk di sisi emak dan membacakan Surah Yaasiin. Semakin ramai orang yang berkunjung untuk menziarahi emak. Ustaz datang untuk mengimamkan tahlil pada jam 7.30 pagi.Sewaktu bacaan tahlil, abah duduk bersendirian sambil membaca dalam tangisan. Sedihnya saya lihat abah. Saya menghampiri abah dan pegang tangan abah. Selesai bacaan tahlil, saya peluk bahu abah. Abah cuba bercerita saat-saat mak meninggal. Namun abah hanya mampu membuat isyarat dengan menepuk dadanya untuk memberitahu yang emak mati di dada abah. Abah kata dia tak dapat lupa. :(
Urusan pengkebumian mak berjalan dengan sangat smooth. Semuanya pantas. Bermula daripada menguruskan jenazah, persediaan kain kapan, wangi-wangian, tanah kubur, keranda semuanya lancar. Sehinggakan orang yang menggali kubur berkata ini rekod ni, sebab selesai sangat cepat. Jam 11 pagi, semuanya sudah selesai. Selesai bacaan talkin. Orang yang datang mengunjungi jenazah mak tidak putus-putus. Ramai daripadanya saya tak kenal pun. Heheh. Org kampung sendiri pun tak kenal kan? Melampau.
Saya redha mak pergi. Saya tahu ini adalah yang terbaik telah Allah tentukan untuk mak, untuk abah dan untuk semua orang-orang di sekeliling mak. Apa yang saya rasa bila kehilangan mak ialah.... rasa rindu. Jika menangis pun kerana rindu. Teringat-ingat mak yang sangat tenang orangnya. Mak yang langsung tidak suka berleter. Mak yang selalu faham keperluan saya. Yang akan ingat banyak perkara tentang saya. Mak... orang rindu kat mak..... Sekarang saya hanya ada ibu mertua. Dapatlah menumpang kasih ibu. Syukur juga kerana ibu mertua sangat baik. Alhamdulillah.
Alhamdulillah Lyd. Bukan semua manusia perginya cepat dan senang begitu. Hanya golongan yang TERPILIH saja yang menikmatinya. Kite pun kalau tengok camtu insyaallah redha.
ReplyDeleteMy latest Entry :)
Saya dah jumpa beliau!!! Hoyeh!
panjang nye cite awak... >_<
ReplyDeleteawak..saya nangis :(
ReplyDeletesemoga mak tenang disana ya,al-fatihah ~
assalamualaikum lyd....sedihnya hati mama bila baca n3 ni moga arwah ibu tenang di sana yer al-fatihah...:)
ReplyDeleteLyd tau bagaimana keadaan saya sekarang sejurus lepas membaca entri ni?? Air mata memenuhi kelopak, bagai embun pagi menitik atas laptop ini..Ia mengingatkan saya kpd ibu saya yg meninggal 2 tahun lepas. Mujur juga dia meninggal di depan saya, ketika saya sdg membaca Yasin, jadi kuranglah rasa sesal kerana tidak berada di sisinya di hujung hayatnya. Tak spt kematian ayah yg meninggal ketika saya sdg berada di KL...
ReplyDeleteFarah Deeb : :) memang saya redha pun bila tengok dia begitu tenang.
ReplyDeleteAfazs : Erm... kenangan terakhir tentang arwah mak saya. Mesti la nak cerita panjang2.
Mrs Eady : Saya pun nangis jugak masa taip entry ni. :((
Maszull : Terima kasih mama. Mudah-mudahn begitu.
JR : Beruntunglah. Sempat juga melihat ibu awk di saat2 akhir nafasnya. Terima kaish di atas nasihat2 yang awk berikan. InsyaAllah saya akn sentiasa doakan arwah mak saya dan 3 lagi org tua saya yang masih hidup.
itu bahagian arwah bonda Lyd, bahagian kita nanti harap2 begitu jugalah, KA baca dgn titisan airmata! Lega bila LyD redha!
ReplyDeletesedeynya... tak tau mcm mana nak cakap lagi.. saya sendiri pun tak teringat nak tulis semua kronologi2 cam gini.. entah2 tak de nanti.. sabar ye...
ReplyDeleteAllahuakbar..semoga roh ibu lyd tenang di sana..sejak kila baca cite tentang pemergian ibu lyd, kila jadi rindu pada umi kila..kila jarang sangat telefon dia.telefon pun bila ada benda penting je..huhu..dan sekarang kila cuba untuk selalu telefon dia,agar kila tak menyesal satu hari nnti.
ReplyDeleteal-fatihah untuk ibu ibu kita.... *lemah*
ReplyDeletetakde kata yg boleh pujuk hati.... takde kata yang boleh hilangkan rasa sunyi...
takde kata yang boleh ubat rasa rindu...
Takziah awk.
ReplyDeleteSaya pernah mengalami nasib yg hampir sama dgn awk. Ayah saya meninggal pada 25.Mac.2012. Meninggal pada tarikh lahirnya. Saya pula berada di ipoh, kereta pula kat worskshop sbb xcident.
Sama2lh kita doakan arwah org tua kita damai di sana.
http://www.bicaradariaku.com/2012/03/al-fatihah-untuk-ayah.html
Lyd...
ReplyDeleteTak mampu nak tahan airmata saya membaca entry ini...
hmmm.. begitu mudah dia pergi.
ReplyDeletebersyukurlah untuknya.
mungkin bersyukur itu nampak janggal di sini tetapi maksud aku ialah bersyukur dengan nikmat kematian yang tenang sebegitu. Itu nikmat.
tiba2 pasir masuk mata. haishh...
ReplyDeletesedih tp saya redha. ini bacaan pertama di blog anda dan saya dapat melihat kasih sayangnya.
ReplyDeleteanda tabah...dan insyaAllah ada ganjarannya:)
saya terharu tapi tak nangis sebab cerita kita hampir sama maksud saya ada rasa terkilan dan rasa lega.. memang terkilan bila orang yang kita sayang tu pergi tinggalkan kita tapi lega bila dia pergi dengan mudah dan tenang malah lebih tenang sewaktu hayatnya.
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah..
takziah kak.. moga dia tenang di sana... yg pergi biarlah pergi..
ReplyDeletemoga akak kuat yer.. jga diri elok2...
Ahlam thn nagis ni...huhu bca entry kt opis..ramai org...huhuhu
Faham dan tahu rasa kerinduan itu...kerinduan yang tidak akan pernah padam....Al fatihah buat arwah ibu tersayang.....
ReplyDeletemenitis airmata saya kala membacanya. terbayang apa yg lyd cuba sampaikan.
ReplyDeleteSungguh..Allah jua sebaik pengatur.
*mmg byk kebetulan yg terjadi kalo difikir2kan. spt yg jadi masa arwah bapak saya meninggal dulu.
sayunya..semua yg kita rancang..tp Allah yg menentukan segalanya..
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga Lyd, semoga tabah dengan ujian ini ye.
ReplyDeletetabahkan hati...rindu memang tidak tertanggung...maaf saya skip bacaan sikit2..sebab air mata sudah bergenang di kelopak mata...saya tahan agar ianya tidak gugur...(peliklah nanti suami saya perasan nanti)..
ReplyDeleteSalam takziah dari akak. Berat & sayu akak baca entry ni, berat lagi yg menanggung. Sabar & hadiahkan doa banyak-banyak utk arwah.
ReplyDeleteAlFatihah. Alhamdulillah mudah bagiNya. Doakan kita semua mudah menghadapNya nanti. Amin.
ReplyDeleteSemoga mak akak di tempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin~
ReplyDeletebersyukur sebab sempat jugak jumpa mak kan? sudah sampai masa mak kembali ke pangkuanNYA.
ReplyDeletesaya touching bila baca sampai sudah...
ReplyDeletemak ada anak2 mak yang baik, mcm awak. pasti mak tenang kt sana...
Al-fatihah utk mak awak.. =)
tersentuhnya...moga dia tenang di sana..
ReplyDeleteal-fatihah buat ibu awak...
tersentuhnya...moga dia tenang di sana..
ReplyDeleteal-fatihah buat ibu awak...
al fatihah buat mak lyd...
ReplyDeletesedih baca kisah nie.. tk sedar jatuh jua airmata nie..
sedih lid bace, teringat arwah ayahku..meninggal atas riba mak aku. comel je muka arwah ayah aku masa tu wajah dia muda2 dulu mak aku kata
ReplyDeleteSemoga ibu bahagian di alamnya... tugas kita yg belum habis untuk ibu sebagai anak adalah... kita doakan kebahagiaan dan hadiahkan bacaan yasin sepanjang hidup kita....
ReplyDeletejasa ibu memang tiada tandingan...
semoga arwah tenang disana Al-fatihah
ReplyDeleteMasa arwah mak aku meninggal, adik lelaki aku yg no. 1 tak sempat nak tengok jenazah..sebab beberapa bulan sebelum tu masa mak aku sakit, ada sedikit krisis keluarga dan aku halau adik aku tu daripada rumah..but then masa arwah mak aku kat hospital, ada la adik aku tu jenguk2 dia..cuma tak dapat tengok jenazah..after that day yang arwah mak aku meninggal, hubungan aku dan adik aku tu kembali okey..
ReplyDeleteMasa arwah adik lelaki aku yg no. 2 meninggal, aku dgn adik perempuan yg no. 1 tak sempat jenguk jenazah..time tu aku kat tg. malim and kereta aku ada kat adik aku no. 3, so aku balik naik bas..adik perempuan aku terpaksa tunggu aku kat terminal and kitorang lewat sampai..
Baru2 ni masa arwah nenek aku meninggal, aku tak sempat jenguk jugak..aku dapat berita around 6.30pagi..terus bertolak dari kuantan ke jb..then sampai kat kulai around 12.00tghri..
Kadang2 kita memang tertakdir utk tak dapat jumpa orang yg pergi meninggalkan dunia..ada sebab dia, dan yang tahu sebab tu pun cuma Dia..
Al-Fatihah..
moga lyd tabah yek...alhamdulillah mak lyd pergi dengan senang dan aman....moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...aminnn...
ReplyDeleteal-fatihah untuk mak lyd...
sedih sy baca
ReplyDeleteAllah. tenangnya mak akak pergi. Alhamdulillah. akak, saya rindu pulak arwah abah saya. :(
ReplyDeleteTabah dan sabar ye..memang lepas ni jiwa kita akan sarat dega rasa rindu...rindu yang teramat sangat..akak dah pun melaluinya.... hingga kini rindu tak pernah berkurang... ada masa2 air mata tetap jg mengalir bila teringat..
ReplyDeleteal-fatihah..
ReplyDeleteciksu baca n3 ibarat ciksu sendiri disitu..
apa yg lyd alami sama mcm ciksu..spjng perjalanan dari JB ke kedah ciksu..hanya diamkan diri.
cuma bezanya ciksu sampai lagi 10minit jenazah adik nk disembahyangkan.saat tngok skujur tubuh kaku didepan mata seolah tak percaya itu adik..
wajahnya tenang sekali..seolah sedang tidur lena dibuai mimpi..
ciksu pon rindu arwah..
al-fatihah
salam.
ReplyDeleteAl-fatihah..
Salam kenal dari tirana aduka
al-fatihah..
ReplyDeletelya doakan smoga arwah mak awk tenang disana..amin...
lya mmbacanya..mmg terasa sgt sebak... sesungguhnya tuhan amat sygkannya.. dan arwah pergi dlm keadaan y sgt tenang & senang..alhamdulillah