Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Rawatan Selepas Bersalin

Pakej Rawatan Selepas Bersalin Natalis Mothercare

Sejahteralah ke atas kamu..... Aku masih di dalam tempoh berpantang. Saat aku menaip entry ini, baru hari ke 13 aku berpantang. Sewaktu di awal kehamilan aku dulu, aku dah berbincang dengan suami untuk mengambil pakej rawatan selepas bersalin untuk aku. Aku telah merancang untuk berpantang dahulu di rumah sendiri sebelum balik berpantang di kampung. Tujuannya ialah untuk berurut dan untuk bagi badan aku lebih sihat sebelum berpantang di kampung. Di kampung agak susah untuk cari tukang urut. Kalau ada pun perlu dijemput dan dihantar. Lagipun aku memang perlukan bantuan untuk memakai bengkung, dan bertungku. Aku malasss nak buat sendiri semua tu. Aku perlukan bantuan untuk orang lain lakukan untuk aku. Pakej rawatan yang aku pilih ialah daripada Natalis Mothercare, pakej Puteri selama 7 hari. Pakej Puteri ini adalah pakej lengkap stay-in, bermaksud rawatan lengkap dengan semua barang-barang disediakan oleh pihak Natalis Mothercare. Stay-in bermaksud confinement lady daripada Natalis M...

Pengalaman Berpantang ............Dengan Ibu Mertua

Sejahteralah ke atas kamu... Selepas melahirkan anak sulung, aku balik berpantang di kampung selepas 3 hari bersalin di PPUM. Ibu dan bapa mertua datang ke rumah kami dengan menaiki bas untuk sama-sama balik ke kampung dengan kami.  Ikhlas aku katakan bahawa, ibu mertua menjaga aku dengan sangat baik. Memasakkan lauk berpantang untuk aku. Menguruskan anak aku. Membakar tungku untuk aku menungkukan pertu gendut aku ni. Sediakan air mandian herba untuk aku. Dan membasuh pakaian aku dan anak, tanpa berkira. Aku terharu sebab aku ni kan dah tak ada emak. Boleh la menumpang perhatian seorang ibu mertua. Waktu malam, ibu akan bentang tilam di tepi katil di dalam bilik aku, atau di luar bilik untuk standby kalau-kalau anak aku menangis atau meragam. Bila anak aku menangis, ibu akan terus take over dan comfort kan anak aku sampai anak aku tertidur semula. Mungkin kerana kesiankan aku yang kena berjaga malam untuk menyusukan anak.  Aku segan sebenarnya. Pertama sebab, ...