Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aku Cilok Dari Blog Orang Lain

Wordless ToDay

Wanita, Perempuan Solehah Itu Bagaimana?

Sejahteralah ke atas kamu... [Saper tak baca ni maksudnya dia sombong + berlagak.. Hahahaha] Untuk artikel penuh, sila rojokkk ke web Raudhotul Jannah . Saya kelepet ayat ini daripada situ... Seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya. Perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipa...

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2

Santai Bersama Ben Ashaari : Segmen : Kenali Blogku #2 <-- Click wei, click! Jangan tak click. Dulu saya tulis blog sebab jiwa kacau. Nak luahkan kat orang, semua orang dah pengsan nak dengar cerita jiwa kacau saya tu. Jadi, buat le blog. Pastu lama-lama, semua benda rasa mcm nak cerita kat blog. Termasuk pasal jiran maki anak dia, pasal kereta kena blocked kat parking, pasal absorber keta tukar baru, pasal hari raya panjat bukit Panorama dan macam-macam la. Kadang-kadang ada juga berkongsi pasal hal-hal keagamaan Islam yang saya rasa menyentuh hati, jadi nak juga hati pembaca blog saya ni tersentuh. Ok.. Saya merepek melarat. Enaf Lyd! Enaf! Lain kali sambung. Segmen Ben Ashaari ni saya jumpa dari blog KamiJiwaSeni . Sejak awal berblog saya dah biasa dengar nama Ben Ashaari ni. Pernah juga jenguk blog dia. Tapi tak jadi follower. Konon-konon egoistic. Blah la diri aku sendiri!! Tapi now saya dah terjebak juga utk join segmen beliau ni. So tempting la. What to do kan?...

Pelawak Yang Dituduh Mencabul Tu Rupa-rupanya....

A.R Badul? Hahahaha... Tak sangka. Petikan dari akhbar; KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) sudah memanggil pelawak veteran terkenal, Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul pagi semalam untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata pelawak terbabit hadir ke IPPKKL jam 10.45 pagi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya. Media semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.

Memilih Ibu Untuk Si Anak - Khas untuk lelaki bujang

Saya hambik daripada ILuvIslam Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya. Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya. Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah. Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia. Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anakn...

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

Artikel ni saya curik daripada Bujang Susah Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda... I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la... tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -le...

Sungai Lui

Tahu tak lagu ni? Lagu yg sedang saya gunakan untuk muzik latar blog saya ini.... Lirik lagu Sungai Lui - Aizat Amdan. Pejamkan mata mu untuk ku Dengarlah dunia berkata-kata Usah kau ragu di sini tempatmu Walau berubah di mata kita Tetap indah selagi kau masih percaya Tertawa, kecewa, terpisah, Jalan yang lurus kian berhala Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap kau masih percaya Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap ku masih percaya Bukalah matamu Biar aku memelukmu Kita bersama masih muda masih mentah Ku harap kau masih percaya Selama ini ( 7x )

AQ vs HP

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone? Bagaimana agaknya jika kita menggunakan Al-Quran sama seperti kita menggunakan telefon bimbit kita? What if we carried it around wherever we went? Bagaimana jika kita membawa Al-Quran ke mana-mana kita pergi seperti kita membawa telefon bimbit ke mana-mana sahaja? What if we flipped through it several time a day? Bagaimana jika kita membuka lembaran-lembarannya dengan kerap setiap hari? What if we turned back to go get it if we forgot it? Bagaimana jika kita sanggup berpatah balik bila kita tertinggalkannya di rumah? What if we used it to receive messages from the text? Bagaimana jika kita menggunakannya untuk mendapatkan 'mesej' daripada tulisan-tulisannya? What if we treated it like we couldn't live without it? Bagaimana jika kita mengganggapnya seperti 'kita tidak boleh hidup tanpanya'? What if we gave it to Kids as gifts? Bagaimana jika kita memberinya kepada anak-anak sebagai ha...

Weirdest Creatures Ever Found

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Piglet With Monkey's Face [Anak Babee Berwajah Monyet] Description : The animal has a simian jaw, bulging forehead, small snout and eyes that are so close together that they appear almost attached. Its front legs are much shorter than its back legs, causing it top hop rather than walk on all fours like a normal piglet. The animal was one of five piglets recently born to a sow owned by a family in Fengzhang village, Xiping township. Penerangan : Makhluk ni mempunyai rahang seperti munyit, dahi tersembul, idung kecit dan mata yang rapat antara satu dengan lain dan semua organ-organ yg saya sebut tu seolah-olah mcm nak bercantum je. Kaki depannya lebih pendek daripada kaki belakangnya maka dia terpaksa la berjalan dengan 2 kaki, berbeza dengan anak babee yg biasanya jalan dgn 4 kaki. Anak babee ni dilahirkan oleh mak dia yang merupakan seekor babee dan ader lagi 4 ekor adik beradik lain yg semuanya babee yg normal je. Seven legged ...

Pandangan Yang Menarik...

...untuk dibaca. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Petikan ini adalah diambil dari tulisan Saudara Redhuan D. Onn "Hari pertama saya memeluk Islam pada tanggal 12, 1980 TM juga merupakan hari pertama saya mula mempelajari Islam secara bebas dan sah. Saya diberitahu bahawa saya sudah menjadi satu kain putih seolah baru lahir. Segala ilmu dan pengetahuan saya sebelum itu hendaklah dicuci semula sekiranya kotor. Fahaman seperti bahawa manusia itu hatta Anbiya wa Mursalin itu berkuasa, malah tiada kuasa secebis pun apa jua makhluk dalam alam luas ini yang semuanya dijadikan oleh Allah SWT. Hakikat ini merupakan cahaya murni dalam sanubari saya yang baru saya tersedar sudah ada selama ini pada saat kejadian saya olehNya. Dengan kehendakNya yang Maha terpuji saya dilahirkan sebagai seorang hambaNya yang berkulit bangsa Cina Hokkien dan dengan lidah bahasa ibunda Kantonis dan ayahanda Hokkien. Kemudiannya saya disekolahkan dalam aliran Inggeris, satu lagi lidah yang term...

Life Before The Computer. Hidup Sebelum Zaman IT.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Sekian.

Hillarious Social Media Jokes [Facebook, Twitter, etc]

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Facebook hide. Really funny. LOL. Twitter slave. Collecting friends? Blackmailing! Social media circle.

Funny Stuffs! Come And See!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Memandangkan saya tak ada idea nak citer apa malam ni, tapi gedik jugak nak post new entry... Maka, saya cuma mampu berkongsi gmbr-gmbr menarik yg saya cilok dari blog org. Wakakakaka... Gambar 1 . Ada 1 kedai bakery kat Crotia yg kedai dia asyik kena pecah dek pencuri je. Last² skali dia bengang sangat, dia letak gmbr Chuck Norris kat cermin kedai dia. Konon² mcm Chuck Norris sedang melindungi kedai dia. Yang penting, lepas dia tepet gmbr tu, selamat kedai dia. Takder org pecah masuk sampai le sekarang... Cayalah Chuck Norris! Ni mesti sbb pencuri tu rasa rendah diri sbb Chuck Norris ader bulu dada sedangkan dierang takder... Kwang2. Gambar 2 Sign ni maksud dia lebih kurang gini; "Woi...Takyah mengada-ngada nak masuk dlm ni. Kalo ko tak mati sebab jatuh tergolek dog kat dlm ni, ko mungkin akan mati jugak sbb kena baham boyer. Lu pikir la sendiri... "[setelah dialihbahasa ke bahasa Melayu Pasar{Pasaraya Kitasama, Jln Alor ...

Suspen Ni.....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Warning : Apa-apa pun yang dipaparkan pada setiap entry/post di dalam blog ini, sila jangan buat penilaian tanpa melihat kepada seluruhan entry. Enjoy! Oopppss... Apa ni??? ... owhh.... Sebuah karya seni rupa-rupanya.... Mak aiii... Ngantuk nyer haku.... I selip fers. Gutnait. :)

Creative Cutlery : Sudu Garfu Unik dan Menarik

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saja-saja nak share, rekaan menarik bagi sudu dan garfu (Cutlery)

Adakah anda menjalankan perniagaan MLM tetapi tidak berjaya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Err.... Kehkeh.... Kawan2, kat bawah ni adalah kata Jutawan Internet kita, Irfan Khairi. [huhu...nampak sgt aku takder idea nak tulis blog hari ni.. ngeeeee] Internet adalah medium yang boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis model perniagaan. Perniagaan menjual produk, menjual perkhidmatan, menjual informasi, membuat lelongan (seperti ebay), dan berbagai-bagai model perniagaan lagi. Salah satu model perniagaan yang amat popular di Malaysia, adalah MLM, ataupun perniagaan berangkai. Namun begitu, sering saya mendengar keluhan daripada mereka yang menyertai perniagaan berangkai mengatakan bahawa ianya amat sukar mendapatkan pelanggan atau downline melalui Internet. Berbagai-bagai cara telah digunakan, tetapi, amat sukar untuk mendapatkan downline. Mengapa ianya terjadi? Jawapannya adalah, kebanyakan, 99% mereka yang menjalankan perniagaan MLM melalui Internet (tidak kira menyertai syarikat jualan langsung apa pun) melakukannya de...