Skip to main content

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2


Santai Bersama Ben Ashaari : Segmen : Kenali Blogku #2
<-- Click wei, click! Jangan tak click.

Dulu saya tulis blog sebab jiwa kacau. Nak luahkan kat orang, semua orang dah pengsan nak dengar cerita jiwa kacau saya tu. Jadi, buat le blog. Pastu lama-lama, semua benda rasa mcm nak cerita kat blog. Termasuk pasal jiran maki anak dia, pasal kereta kena blocked kat parking, pasal absorber keta tukar baru, pasal hari raya panjat bukit Panorama dan macam-macam la. Kadang-kadang ada juga berkongsi pasal hal-hal keagamaan Islam yang saya rasa menyentuh hati, jadi nak juga hati pembaca blog saya ni tersentuh. Ok.. Saya merepek melarat. Enaf Lyd! Enaf! Lain kali sambung.

Segmen Ben Ashaari ni saya jumpa dari blog KamiJiwaSeni. Sejak awal berblog saya dah biasa dengar nama Ben Ashaari ni. Pernah juga jenguk blog dia. Tapi tak jadi follower. Konon-konon egoistic. Blah la diri aku sendiri!! Tapi now saya dah terjebak juga utk join segmen beliau ni. So tempting la. What to do kan? [Ben, saya yakin ni].

Hari ni saya rajin terlebih + dengan tahap mencuri tulang paling professional di peringkat kampung Kuala Kenau dengan menjenguk blog-blog berikut;

1. http://orensyafiqsalam.blogspot.com/ - Dia kata dia jiwa seni. Tapi dia jual susu kambeng. Sila beli susu kambing itu.
2. http://pinxterritory.blogspot.com/ - Saya terliur tengok kerepek tempe dalam entry Wordless Wednesday #1.
3. http://landcalledparadise.blogspot.com/ - Blog dia bagus, ilmiah dan keagamaan.
4. http://www.abdulfarique.com/ - Blog dia ni macam-macam ada. Isu semasa pasti ada.
5. http://duniafantasifyna.blogspot.com/ - Dia citer pasal hal-hal yg ringkas-ringkas je. Easy-reading bak kata orang.
6. http://sukakereta.blogspot.com/ - Tengok url pun dah tau blog ni banyak cite pasal keta. Bagus ni. Berinformasi.
7. http://ceritagadisbandar.blogspot.com/ - Walaupun umur dia ni muda lagi, tapi gaya penulisan dia takla mcm bebudak sgt. Agak matang juga la...
8. http://hidayahcintaku.blogspot.com/ - Saya suka blog ni. Sangat membuka minda dan menyentuh hati. Tentang ilmu agama, hal-hal harian yg selalu dipandang remeh. Good job!
9. http://bonekeys.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html - Blog baru, tapi follower lagi ramai daripada follower aku. Entry berkenaan artis, kira ok la..tak boring..

10. http://eddydce.blogspot.com/ - Kelakar dia ni. Sempoi je. Lawak dia pun tak tipikal. Jarak bibir longkang dengan kereta = 3 ekor kuman. Serius kelakar.

11. http://bolehlasikitsikit.blogspot.com/ - seperti nama blog ni, entry dia memang betul2 sikit. Ringkas dan padat kekadang kelakar. Dia juga suka pulut panggang. Tp pulut panggang kat KL tak sedap. -tetiba.

12. http://mayalisaminamichan.blogspot.com/ - Entry yg ringkas tapi cool, banyak gambar. Psstt... Jangan bgtau orang.. ni rahsia tau, [nada berbisik mcm yusuf taiyoob]... Saya rasa dia ni peminta Selena Gomez. Tapi blog dia ni takde Shoutbox. Kot-kot saya yg buta huruf tak pandai cari ke. Huhu..

13.http://blogcunayz.blogspot.com/ - very informative!! Blog ini milik Rizky Wardiansyah. Dia banyak share tips dan tutorial tentang setting di PC. Cool! Blog ini pun takde Shoutbox. Atau lagi skali saya tak pandai cari. Kalau takde Shoutbox, canner saya nak menjerit kat blog dia?

14. http://bantalgolek.blogspot.com/ - nahhhhhh... hambik engkau... eyah! eyah!! Dush! Dush! Kebabowwww!!!!! Tuan punya blog ni suka beri tumbukan sebelum bagi tajuk entry. Kekeke. Tipu je.

15. http://dearbella-bella.blogspot.com/ - Contents ada informative, ada yg kiut-kiut sbb letak gmbr kiut-kiut.

16. http://cthaslinda.blogspot.com - Saya yakin dia ni adalah seorang yg chumel. Sbb blog dia banyak sangat gmbr katun-katun. Bleh dikatakan setiap entry ada katun. Pastu ada juga dia buat tutorial utk share cara-cara nak setting blog. Bagus dik. Kasi ajar sama itu worang!!! Itu worang tu aku la kot. Ngehngeh.

Comments

  1. singgah dari segmen abg ben. jom tukar-tukar :)

    ReplyDelete
  2. oiiit....aku jual masa BULAN RAMADAN je la..bukan full time..hahahhaha

    JUAL susu kambing kan salah satu SENI jugak..

    ReplyDelete
  3. thanks atas ulasan blog saya.. teruskn usaha awak dalam berblog ye.. :)

    ReplyDelete
  4. auww dia ulas ttg blog kite la. hehehe . thanks 4 kaitkan saya sekali :DD

    semoga berjaya :D

    ReplyDelete
  5. blog saye pn diberi komen...tengs bnyak2..sye mmg tulis bende yg ringkas je..xsuke complicated2 sngt..

    ReplyDelete
  6. MAYA DATANG ^^ DAN POLO. MAYA TUNGGU KAMU DATANG ^^

    http://mayalisaminamichan.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas ulasan awak ye..
    Klu sy balik kampung nanti, agak2 ada kerepek tempe Raya nanti, sy amik gamba bnyak2 utk awak k :)

    Salam pkenalan :)

    ReplyDelete
  8. hai kak. macih bebanyak komen blog sy ek.

    sy memang comel kak. kalau akak jumpe sy, konpem akak lari tak cukup kaki... err, salah. tak cukup tanah. hehe... :)

    ReplyDelete
  9. ehhh...no 11 tu sy la.... wahhhh
    tq2.. i rase dihargai la..
    wakkakaka
    tq sekali lagi (:

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...