Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Niat Baik DiCurigai. Why?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Entry seumpama ini telah pernah saya karangkan semasa di blog friendster dahulu. Tapi tak kira, nak citer jugak. Memandangkan kat Malaysia ni terlalu banyak jenayah sampai tak cukup tangan polis nak rekod statement, saya selalu je mudah curiga dengan orang lain yang saya tak kenal. Jangan nak kata dengan orang yg saya tak kenal, kekadang dengan orang yang saya kenal pun saya curiga juga. Macamana la tak curiga, jenayah kat Malaysia ni kreatif sangat. Sesetengah tu, modus operandi dia yang kita sendiri tak pernah terfikir. Yang tak logik pun ada. Baling telur kat cermin keta orang malam-malam buta, pastu bila orang hidupkan wiper, then cermin jadi makin kabur, pastu bila keta berenti, perompak pun datang merompak. Ada jugak yang gunakan kanak-kanak sebagai umpan untuk berlakon jadi sesat, lepas tu budak tu mintak tolong hantar ke rumah, lepas dah hantar ke rumah, rupa-rupanya rumah tu sarang perompak. Itu baru cerita pasal teknik-teknik

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Baju Pengantin Saya

Sejahteralah ke atas kamu... Memandangkan saya ada masa agak lama untuk buat persiapan perkahwinan sebelum ini... Maka saya beranikan diri untuk ambil risiko menempah baju pengantin sendiri. Tak mau sewa. Tak mau pinjam. Muktamad. Walaupun baju saya takde la cantik mana pun. Tapi seperti biasa, asalkan diri sendiri puas hati lantak ahhh orang lain nak kata tak cun pun. Yang pasti saya tak mintak duit derang pun. Baju Akad Nikah. Kain yang saya gunakan ni harganya murah je. Tak silap saya RM6 je semeter. Fabric dia macam kain towel. Tapi towel yg paling nipis dan ringan. Bulu-bulu dia tu warna silver kilat-kilat. Saya jadikan dress. Kain ni jarang, so saya gunakan kain satin utk jadikan dress labuh sampai ke kaki. Manik jahit sendiri, dgn labuci serta sulam tampal segala bagai. Haaa... tgk ni.. Aku bergambar mcm drag queen. Muka plak macam mak hayam. Tapi gmbr ni je yg bleh nampak baju tu dengan jelas. Tak kisahlah. Yang penting aku ikhlas nak kongsi dengan korang. Manala tau ada sesape

Memang Bukan Atlit

Sejahteralah ke atas kamu.... Seperti yang telah dikecohkan semalam, saya pegi jogging dgn En Stormpong. Kat Taman Permainan depan flat kiterang tu. Taman itu agak besar. Kalau berlari sekeliling taman tu lebih kurang macam 1 padang bola, tapi bukan bola sepak, bola jaring je. Kehkeh. Takde la, acah je.. Tidak la sekecit itu taman tersebut. Actually saiz taman tu macam separuh padang bola la walaupun saya sendiri tak berapa pasti padang bola sebenarnya besar mana. Kami bermula dengan berjalan kaki je kat trek jogging tu 3 pusingan sambil bersembang dan berpegangan tangan. Sungguh la mengada-ngada. Dah la mengacau orang lain nak jogging, pastu bercinta plak tu. Ish..ish.. ish... Sungguh tidak putat. Lepas berjalan 3 pusingan, baru le kami berlari-lari anak. Pastu semput. Muehehehehehe... Suami saya masih lagi demam sebenarnya pada waktu itu. So, sakit-sakit kepala lagi. Maka, kami pun berhenti berjogging, sambung berjalan lagi 2 pusingan. Pastu dok kat buaian, then main kat satu equipme

Hadiah Kahwin Yang Paling Mahal

Sejahteralah ke atas kamu... Ari tu, saya ada cerita pasal hadiah kahwin yang seperti hadiah harijadi iaitu barang yang hanya diberikan utk seorang sahaja pakai. Contoh mcm perfume, dan jersi Malaysia untuk En Stormpong. Handbag utk BFF saya. Then kain pasang untuk saya. Kali ni, saya nak hebohkan ke seluruh networking bahawa... saya dapat hadiah jam tangan daripada BFF [bestfriendforever], iaitu Buji. Oleh sebab hadiah itu adalah untuk saya, maka saya suka. Dan harganya, sengaja Buji tak mau tanggalkan supaya saya tau hadiah yang beliau bagi tu mahal. Kekekeke... Well, thanks Buji. FInally, ada juga jam tangan yang saya boleh pakai untuk pegi jalan-jalan kat MidValley pada hujung minggu. Kalau tidak, dok lenjan le jugak jam tangan besi jenama Casio hadiah daripada Pn Atul [juga BFF saya]. *Deyyy... berapa ramai daaaaa ko punye BFF?? Lalalala.. Jwpnnya ialah... BANYAK. Saya bangga sebab saya ada ramai BFF. Waqi juga BFF saya. Cik Azeela dan Sakduyuh juga BFF saya. Naimah pun BFF. Cik

Tabiat Buruk Manusia

Sejahteralah ke atas kamu... Sunnah Nabi ; Makanlah apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Tapi.... Yang biasa kita praktikkan dalam kehidupan ialah; Makan walaupun tak lapar, dan tak berhenti-henti walaupun dah kenyang. Dasatnya tabiat pemakanan kita. [Ceh, ntah-ntah aku sorang je. Hahaha.]. Biasanya kita ni walaupun perut dalam keadaan baik-baik saja, tak rasa lapar atau tak rasa sakit, bila jumpa je makanan....kita boleh je makan makanan tu dengan riang gembira. Asal ada depan mata, tak kira sedap ke tak sedap. Yang tak sedap pun kita boleh pulun sampai bersinar pinggan, inikan pulak kalau yang sedap. Silap-silap boleh berlubang pinggan. Lepas tu, bila dah kenyang plak, selagi makanan tu masih ada.... kita tetap akan sambung makan dengan alasan 'tidak mahu membazir'. Bagus jugak alasan tu. Tapi... satu hari nanti, kalau berat badan naik seperti roti terlebih yis, sila jangan salahkan coklat Beryl's kerana coklat Beryl's tidak bersalah di dalam perkara itu.

Petang Ini...

Petang ini... Saya nak pergi jogging with my hubby Sebab beliau nak exercise setelah demam Tapi saya mesti akan semput selepas berlari 10 langkah Takpe,.... Saya tergedik-gedik je la kat taman tempat jogging tu Kalo penat saya relax la tunggu kat kerusi Sambil tengok beliau berlari sorang-sorang Atau pun kalau beliau gelakkan saya sebab saya semput Saya balik umah je masak asam pedas. Weeehuuu...

Warning : Entry Yang Bosan Giler. Tak Baca Pon Takpe.

Sejahteralah ke atas kamu.. Suami saya demam... Semalam dah demam tak pergi keja. Tengahari semalam saya balik rumah waktu lunch untuk masak sup ayam untuk beliau. Malam tadi, saya lap badan beliau dengan towel lembab, pastu massage the whole body. Pastu sejuk la kejap badan beliau. Saya siap beli cool fever untuk beliau. Dalam sepeket tu ada 2 sheets. Pastu saya pun teringin nak pakai, so saya pakai le satu. Heheheh... Melampau plak rasanya. Orang yang demam tu suhunya naik balik bila tengah malam sampai ke pagi.. Huhuhu.... Rasa mcm nak nangis. Itu baru husband yang demam. Belum anak lagi yang demam. Pagi tadi sebelum saya pegi ofis, badan husband saya lebih panas daripada semalam. Semalam walaupun demam, beliau masih lagi boleh bangun pegi tepi tingkap untuk babai saya. Pagi ni beliau langsung tak larat nak bangun untuk babai saya kat tingkap. Huu..huuu... Tengahari ini... saya nak balik rumah, nak bawak suami saya pegi klinik... Yang susahnya, beliau memang takkan makan ubat hospit

Gubahan Hantaran : Tali Pinggang [Belt]

Sejahteralah ke atas kamu... Habis ah korang.. Aku dah mula nak citer pasal hantaran ni... Muntah indigo la korang. Hahahah... Ketawakan mereka.... Tapak hantaran, saya gunakan gabus bulat tebal, kain net yang ada corak-corak, reben, renda berbatu bata, bunga-bunga daripada kain organza dan daun kilat-kilat stardust. Warna tema pula adalah biru dan putih. [*taip entry baru sambil makan coklat Tiramisu Beryl's padahal semalam kata nak diet. Mcm rimau.]. Contoh tapak hantaran... Bunga organza bewarna biru ini saya beli siap. RM2.50 ada 50pcs. Di SayangYou, tingkat 5 Semua House. Saya kemudiannya, cantumkan dengan dawai halus dan selang selikan dengan bunga serta manik-manik lain juga crystal. Gabus di atas besar, dan gabus di bawah kecil untuk dijadikan kaki. Jika buat begini, tak perlukan alas dulang pun takpe. Orang sekarang ni suka gunakan bakul atau dulang untuk hantaran. Memang tak dinafikan kalau guna dulang atau bakul yang seragam dan dibeli siap, hasil gubahan hantaran akan s

Haaa... Kan Dah Terkantoi.....

Sejahteralah ke atas kamu... Bak kata orang... Bercakap siang skodeng-skodeng. Bercakap malam ushar-ushar. Kalau tidak, kan dah malu. Tak tau hujung pangkal, mengata orang pastu orang yg dikata tu rupanya di depan mata. Kan dah purple muka nak cover balik? Lagi satu, apa yang kita nampak tak kena di mata kita, tak perlu la terus je sembur keluar. Sebab taste orang lain-lain. Kalo ko rasa buruk, tapi org lain rasa lawa, ko nak cakap apa kan? Bukan badan ko pun. Bukan harta ko jugak. So, dok diam2, jaga urusan ko je lah ye apakata.

Microwave

Sejahteralah ke atas kamu... Hari Rabu lepas, saya survey harga microwave di Carrefour, MidValley. "Amboi... tak menahan... beli barang letrik kat Carrefour", kata adik iparku, Ina. "Hey Ina.. Jgn melawan.. Awak tau tak akak ni sape? Akak ni, kakak ipar awak tau tak??!!!.. ". Mesti Ina rasa mcm nak sepak je punggung aku sedas. Harga microwave yang harganya dalam lingkungan RM200 dan ke bawah ialah... Samsung, capacity 20Liter, 800watt = RM199.00. Kemudian, satu lagi microwave Elba, capacity 17Liter, 1200watt juga berharga RM199.00. Ye saya tau microwave tak bagus digunakan untuk memasak. Tapi saya bukan nak gunakan untuk memasak. Saya nak panaskan makanan saje. Kan bulan Ramadhan dah semakin hampir sehingga bleh terbau-bau air tebu dan murtabak ayam di bazar Ramadhan. Di kala bujang dulu, saya bukan makan beriya pun untuk bersahur. Hanya bangun, minum air kosong then tidur balik[uih...buruk jugak perangai aku ni rupanya.. baru ku sedar.. .. org lain, lepas sahur dah

Hadiah-hadiah Kahwin

Sejahteralah ke atas kamu... Majlis perkahwinan, hadiah dan salam kokot [ada tempat panggil salam kaup dan lain-lain], memang tak dapat disuling. Sekarang nak ceritakan tentang hadiah-hadiah yang saya dapat sempena majlis perkahwinan saya. Ada hadiah yang cool, super cool, yang bermanfaat giler arnab, yang bermanfaat suam-suam milo dan ada yang bleh dikatakan hanya seperti Wak Parjo bersiar-siar di tepi bendang. Sebelum ni, saya penah cerita dalam entry sebelum ni, hadiah blender yg sangat berguna dihadiahi oleh Cik Sakduyuh*bukan nama seperti yang didaftarkan untuk peperiksaan SPM. Dapur gas oleh Pn Zuliana, Pn Rashidah dan Puan En Suhardi. Periuk oleh Cik Azeela. Ada rice cooker diberikan oleh Pn Azimah dan keluarga, juga diberikan oleh Pn Waqi dan En Zakaria [bos saya]. Ada yang bagi tupperware yang saya suka dan sangat berguna untuk digunakan di alam rumahtangga. Ada yang berikan set gelas dan cawan which are very useful too. Ada serving dish. That's really cool. Ada comforter

Cara-cara Membuat Bunga Telur Menggunakan Kertas Crepe

Sejahteralah ke atas kamu... Kalau tak faham angkat tangan... Bahan-bahan yang diperlukan;- A. Kertas Crepe B. Pita Pelekat C. Daun Silver Stardust D. Manik-manik silver E. Pita bunga [ntah ye ke dak nama dia mcm ni. Hahah] F. Pipe mini [yang ni pun aku main bagi je nama] G. Dawai. Gambar : Dawai [G] Peralatan-peralatan yang diperlukan;- Glue gun Pliers Gunting Penyediaan Dawai [Bahan G]. Untuk kelopak bunga, sila guntingkan kertas crepe [A] untuk dijadikan kelopak. Minta maaf sangat-sangat, sebab tak sempat nak amik gambar. Kemudian kelopak-kelopak bunga itu, cantumkan dengan menggunakan glue gun atau sesiapa yang ada tangan seni yang halus, boleh cuba gunakan dawai halus untuk ikat kelopak bunga pada dawai. Saya cuba, tapi tak jadi. Tak cukup seni la tuh tangan aku ni. Lepas dah jadi macam ni, balut dgn pita bunga dan tambah daun. Pastu kalau nak tambah kain organza kat bawah kelopak bunga tu pun boleh jugak. boleh la cover skit bawah kelopak bunga yang tak kemas.

Perasaan Menjadi Seowang Istewi [Tetibe pelat KL gedik]

Sejahteralah ke atas kamu... Sementelah bos aku tak ada ni, aku rasa rindu plak sebab semalam pun seharian tak nampak bos sebab aku MC [*uihh... tapi statement ni bahaya. Kang org salah faham ingat aku ader scandal dgn bos. Atau mungkinkah ayat ni adalah ayat sarkastik dalam masa yang sama.]. Abih tu aku ingat kalo bos baca entry aku ni, beliau nak bagi aku markah lebih ke. Tidok le ada maknanya. Jap, nak gi toilet. Ada urusan jap. Ngeee.... Ok... Dah selesai. Sambung balik cerita saya yang terbest di alam fana cintamu ini. Jadi isteri, apa bezanya dengan jadi bujang? Erm.. Kawan-kawan yang dah lama berzaman mendirikan rumahtangga mesti tak berminat nak baca lagi, sebab mereka dah lama lalui benda-benda ni. Dalam hati mungkin berkata, "hek eleh.. macam ko sorang je yang kawen. Org lain pun kawen jugakkkk weii...", atau pun mungkin yang berkata dalam hati, "kesian... benda ni ko baru nak rasa... aku dah rasa lama dah.. muehehehehehehe", sambil gelak jahat seperti Mat

Warnakan Rambut Tu Halal Ke Tak Halal?

Sejahteralah ke atas kamu... Tengahari tadi saya jalan berlenggang baby kailan pegi ke KL Sentral. Tujuan asalnya nak beli coklat Beryl's. [Siap spesific lagi brand coklat tu saya bgtau. ]. Dan memang beli coklat je la. Padahal saya bukan berjalan laju pun, tapi mengahnya macam tengah mengandung 8 bulan anak kembar 4. Huhuuhu... Dah sah aku gemuk. So, ni kira 2nd last la saya beli coklat. Lepas ni kirim dgn KakakCHomel lagi skali for the last time siri ke-2[siri pertama sebelum kawen dulu, tapi itupun gagal jugek. Kakakaka], pastu baru berenti makan coklat. *Kononnya la.... Masa jalan kat koridor raya kat depan Sooka Sentral tadi, nampak banyak 'bunting' iklan-iklan hair salon yang tengah buat promotion salon mereka. Mcm-mcm le promosi yang bleh dikatakan agak melelehkan saliva [mcm nama aku je air liur ni]. Salah satu iklan yang menarik perhatian saya, promosi mewarnakan rambut harganya RM55 saje dan yang penting, kat dalam iklan tu, ada logo 'Halal'. Halal by The

Ikan Kerisi Bakorrrrr.....

Sejahteralah ke atas kamu,... Menu makan malam untuk suami saya semalam ialah Ikan Kerisi Bakar bersama Air Asam. Resepi itu saya kelepet daripada blog Resepi Rahsiaku . Takde la susah pun nak masak makhluk Allah yang sekor ni. Yang penting, buat sambal dia berasingan. Masa nak bakar tu, lumur sambal pada ikan dan sumbat je dalam oven. Bakar le sampai terbakar sirip ikan tu. Suhu dia plak, saya main pulas je... 170 darjah Fahrenheit gamaknya. Kehkeh... Ikut sedap hati je nak setkan suhu dia. Janji, ikan saya masak. Yang canggih skit tentang resepi ni, ialah sambal itu perlu ditambah sedikit santan. Tapi malangnya semalam, saya hanya guna santan serbuk untuk dimasukkan ke dalam sambal itu. Membuatkan rasa sambal tu mcm terasa sangat kelapa kering, tapi suami saya makan beriya semacam je beliau kata sedap. *terpaksa la bagi motivation kat saya kan? Kalau moral down kang, saya putus asa plak nak memasak utk beliau lagi. Kekeke.* But to be honest, the taste was not bad lah. Apsal

Comel Bukan?

Sejahteralah ke atas kamu... Selipar jepun ni adalah key-chain. Saya beli dah lama dah kat Pulau Perhentian, sewaktu zaman muda dolu-dolu kala. Selama ni, saya selit je merata-rata. Dah tak ingat dah tentang kewujudan makhluk halus 2 ketul ni. Tetiba lepas kawen, barulah saya tahu yang En Stormpong ni rupa-rupanya sejenis manusia yang sangat rajin mengemas. Hehehe.. Semua benda beliau nak kemas. Sampaikan bungkusan tepung, gula pasir dan gula kastor [yang belum dibuka], pun beliau boleh susun beratur kat atas kitchen cabinet, macam budak skolah rendah kena beratur di luar kelas sebelum dapat rehat di kantin sekolah. Ni selipar jepun sepasang ni pun sama la nasibnya kena susun.

Make Up For My Wedding

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Tajuk entry kemain lagi speaking homputih. Tetiba isi kandungan entry ni, bersepai bahasa melayu. Takpe, saya orang melayu. Untuk majlis perkahwinan saya yang dah berlaku 16 hari lepas, saya tak mengupah mana-mana mak handam untuk memekapkan diriku ini. Mula-mula macam nak menggunakan perkhidmatan kawan sekolah menengah saya yang jadi mekap artis di Bobbi Brown. Tapi last minute beliau tak dapat cuti plak. Kemudian, saya ada juga minta tolong kawan saya yang berada di Kuantan untuk carikan jurumekap. Jumpa tu jumpa. Tapi saya tak tengok hasil keja dia macamana. Hanya booking melalui kawan saya tu je. Lagipun, bila saya bagitau mak saya yang saya nak amik jurumekap dengan bayaran RM200 sekali mekap, mak saya tak setuju, then beliau suruh saya mekap sendiri jek. Erm, so saya ok je la.. Cancel booking, then saya kuatkan azam dan yakinkan diri bahawa saya memang boleh mekap diri sendiri, dihari perkahwinan saya. Tak peduli la orang nak cak

Sweet Kan?

Sejahteralah ke atas kamu.. Saya belikan selipar rumah ini untuk En Stormpong. Sebab saya ada juga selipar begini warna hitam dan ada buah strawberry pada talinya. Pastu En Stormpong kata beliau nak jugak pakai selipar dalam rumah. Jadi, semalam, saya belikan juga untuk beliau satu. Saje je beli yang ada love-love. Comel skit. Beliau layan je. Kekeke... Sebab beliau memang rajin melayan saya.

Bukan Berniat Untuk Berlagak.. Tapi Sikit La...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Saya ada dapur gas baru. Cantik... Branded plak tu. Hehehe... Memang la tak sebanding dengan dapur electric Arezzo. Tapi untuk kegunaan saya, dah memadai. Dah kira hebat dah untuk saya. Dapur gas itu adalah tajaan Pn Rashidah Ismail dan Pn Noor Zuliana Zakaria. Hambik. Nama penuh aku letak. Hahahah.. Terima kasih banyak-banyak. Aku suka dapur gas itu. Nampaknya, makin rajin le aku memasak lepas ni. Kalau dah takde benda sangat nak masak, aku sanggup masak air je banyak2 kali semata-mata nak gunakan dapur gas yang cool itu. Thanks again my dear friends. Dan satu lagi, periuk kaler maroon tu dihadiahkan oleh Cik Azeela Mohd Ali. Satu-satunya hadiah periuk yang saya terima sebagai hadiah perkahwinan saya. Sungguh berguna. And i like it so very much. Thank you Cik La. Ko memang cool. Saya tidak dikira berlagak jika saya kecoh kat blog pasal barang-barang yang saya ada, kan? Sebab bukan saya beli sendiri. Entry ini pun hanya sebagai penghar

Menu Semalam

Sejahteralah ke atas kamu... Daging Masak Lada Hitam. Itu adalah menu dinner untuk suami saya semalam. Tak lupa juga, broccoli rebus yang direbus menggunakan air rebusan daging. [Ada rasa garam dan asam keping]. Kalau nak tau, ini adalah pertama kali saya masak lauk daging black pepper ni. Sebelum masak tu, perasaan 'takut tak sedap' tu menghantui fikiran. Yelah.. Saya beli lauk yang nak masak untuk hari tu, pada hari yang sama. Kalau tak jadi, saya takde back up lauk lain dah. Di pejabat petang semalam, saya dah tanya Org Kg Baru, mcmn nak masak lauk tu. Lepas dijelaskan berjela-jela... Saya faham, tapi tak yakin lagi bleh masak ke tak. Last-last petang lepas balik ofis semalam, saya tepon mak saya jugak utk mengonfirmkan lagi teknik-teknik masak daging black pepper. [Adoii.. mak aiihh... Masak daging blek peper je pun. Tapi kecoh satu networking. Koman spanar jugak la aku ni... huhu.. tapi takpe.. tak reti, buat cara tak reti kan?]. Lepas mak saya dah cerita, baru le saya yak

Majlis Perkahwinan Saya : Aturcara

Sejahteralah ke atas kamu... Mungkin ada yang dah tgk gambar perkahwinan saya dan perasan bahawa pelamin saya langsung tak cantik. But, I don't give a damn. . Saya mengaku pelamin saya tak cantik. Dan bilik tidur juga boleh dikatakan agak hancho. Tapi saya bukan kisah pun. Itu semua, telah dipersetujui oleh saya dan suami bahawa kami hanya ingin membuat majlis yang sangat sempoi. Aturcara majlis kami ialah : 4 Jun 2011 - Jam 11.00 a.m - Akad nikah. - Jam 12.00 p.m - Makan pengantin/makan beradab - Selesai makan beradab, terus layan tetamu sampai petang. Itu sahaja. Kami tak ada acara potong-potong kek, suap2 ke mulut. Kami tak ada bersanding. Sebab malas nak bersanding. Lagipun kami dah sepakat membawa berkat untuk layan tetamu yang dtg je. Nak bersembang dgn kawan-kawan yang dah tentunya lama kami tak jumpa. Kalau kami banyak sangat acara, takut tak sempat nak berjumpa kawan-kawan dan ucapkan terima kasih kepada mereka yg hadir. Kami juga tak ada outdoor shoot. S

Sate Goreng Udang

Sejahteralah ke atas kamu.. Seperti yang telah saya rancang semalam... Saya masak udang sate untuk En Stormpong. Walaupun saya dah tahu beliau balik rumah awal pagi. [Semalam beliau sampai rumah jam 2 am, dah masuk hari baru pun.. huhu]. Saya plak memang sengaja tunggu beliau sambil memproses taik mata. Tak larat woo, kalo nak berjaga sampai jam 2am. Lagipun En Stormpong dah suruh saya tidur terlebih dahulu. Saya pun apa lagi. Memang saya suka. Kekeke. Sate goreng udang itu, saya tak amik gambar. Malu wei.. Sebab portion masakan itu kecik je. Maklumlah... masak hanya utk seorang makan. Rasanya masa beli udang tu pun saya dah kira dalam 20 ekor je. Lepas masak, saya makan 5 ekor. Selebihnya tinggalkan utk suami. Yang penting rasanya sedap. Hahaha.. perahsantan sungguh diriku ini. Sayur pula, park choy rebus.. tapi sedap tau... sebab saya perisakan sayur tu dengan air rebusan kepala udang. Simple je. Sebenarnya saya nak masak broccoli utk suami saya, tapi kedai feveret saya tutup plak se

Tulis Blog Atau.....

Sejahteralah ke atas kamu.. Macam-macam hal yang saya nak cerita di blog, tapi takde masa yang sesuai nak taip. Sebab kadang-kadang hal yang saya nak cerita tu, perlu disertakan gambar, barulah cool. Nak letak gmbr, perlu edit jugak skit. Waktu yang paling sesuai utk post entry baru ialah waktu rehat tengahari. Tapi saya selalu berada di dalam dilemma sebab time tengahari tu jugak saya rasa mengantuk dan nak cover balik tidur saya. Yang pasti, tidur lebih menang daripada tulis blog. Heheh.

Warna Tema Perkahwinan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Blog ni, takkan habis-habis nak cerita pasal wedding saya yang dah berlalu 2 minggu lepas. Banyak benda nak cerita, tapi sebelum ni bizi nak mampus. Dah tu, skrg le saatnya untuk saya qada balik semua cerita yang tertinggal tu. Warna tema yang saya pilih untuk majlis di rumah saya [pengantin perempuan] ialah silver dan merah. Silver as base and red as highlight. Maksudnya warna silver lebih banyak la. Merah tu hanya tumpang-tumpang secawan je. Pendapat peribadi saya... Untuk majlis perkahwinan, pilihlah warna yang 'orang tak pakai tiap2-tiap hari'. Warna silver mungkin ada orang pakai, tapi agak jarang. Mana tidak nyer dik non. Silver kan warnanya putih berkilat. Jadi, sape je yang sanggup nak pakai berkilat-kilat macam tu pada hari-hari biasa? Sedangkan warna-warna kebanyakan, seperti hijau, biru, kuning, merah, pink, bla..bla... bleh dipakai setiap hari. Maksud saya kat sini... Kalau pilih warna-warna kebanyakan utk dijadikan

Tak Penting, Tapi Nak Jugak Citer

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sengaja je saya buat entry pendek-pendek cenggini untuk memenuhi quota entry bagi bulan June. Dah 15hb, tapi entry bagi bulan Jun ni hanya ada 4 je. Mana cukup. Saya target, satu hari satu entry. Ini dah missed berapa belas entry dah. Huhu... Semalam saya masak telur goreng sambal je kat suami saya, En Stormpong. Dengan kacang panjang goreng moron. [Maksud dia... goreng bodo-bodo je.]. Malam sebelum tu, saya dah masak lemak cili api telur. Haihh.. Asyik bagi suami saya makan telur je. Habis le kentut bau telur kang. Huhu.. Tapi takpe, saya jugak yang kena bau. Telur goreng sambal dgn kacang panjang tu, beliau sendiri yang request. Dan beliau pesan kat saya, jangan buat pedas sangat. Erm.. Ok. Dealed. Petang semalam, sampai je kat rumah saya terus bersilat buat preparation untuk memasak. Saya sediakan semua bahan-bahan memasak itu dengan penuh cinta dan kasih sayang tau,... Semasa saya gunting cili kering untuk dikisar menggunakan blend

Bunga Telur Revealed!

Sejahteralah ke atas kamu... Ari tu beriya sangat saya cerita pasal nak buat bunga telur, nak buat bunga telur sampai tension kan diri sendiri. Last sekali saya hanya dapat siapkan dalam 70% je. Yang selebihnya guna bunga telur ready made je la. Apa yang bagus sangat pasal bunga telur saya ni? Excited nak cerita ni.... Saya ni cukup benci dgn bunga telur sebenarnya. Kalau pegi umah org kawen, kalo tak dpt bunga telur pun takpe. Saya takkan nangis berlinangan air mata punya. Telur dia tu saya suka lagi, tapi part bunga-bunga yang berjuntai2 cekonon kreatif tu yang paling tak tahan tu. Bukan sebab apa... sebab tak tau nak simpan mana. Nak letak dalam pasu bunga, mcm tak selari dgn bunga2 lain. Dah la batangnya lidi. Pastu ada plak sarung telur yg dibuat drpd kain net tetiba kat tgh-tgh batang. Tak pasal-pasal je rupa paras dia tu. To be honest, memang bahagian kain net utk sarung telur tu la yang paling saya bosan tgk. Bergantungan macam tu. Ishh... Jadi, saya fikirkan cara nak letak tel

Tudung..

Sejahteralah ke atas kamu.. Tadi, semasa bersiap pegi ofis, En Stormpong tengok je saya bersiap. Pastu beliau tanya "Syg tak mau ke pakai tudung yang macam orang-orang sekarang pakai?" [Maksud beliau tudung Syria, tudung awning, tudung selendang belit-belit dan seumpamanya]. So, saya tanya balik, "Kenapa? Baby nak suruh syg pakai tudung macam itu ke? Boleh je...". Pastu laju je beliau pangkah, "Eh.. Jangan-jangan... Tak cantik. Biar je pakai tudung macam ni."[tudung bawal yang ketinggalan zaman ni.. huahuahua.. Walaupun ketinggalan zaman, tapi takpe la... aku setia. ecehwah.] Makaaaaa.... Jangan ada lagi yang kata saya ketinggalan fesyen sebab pakai tudung bawal. Saya suka. Tapi kalau En Stormpong suh saya pakai tudung semasa tu pun saya sanggup je pakai. Takde masalahpun bagi saya. :)

Kenapa Ramai Orang Kawen Masa Cuti Skool?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sebelum tarikh perkahwinan saya ditetapkan dulu, salah seorang anak sedara saya dah pesan awal-awal... "Maksu, buat la majlis kawen maksu tu masa cuti skolah... Sue nak tolong jgk..". Otherwise, En Stormpong pun nak buat majlis tu masa cuti sekolah. Tak tau plak apa alasan beliau. Waktu itu, bulan 11, 2010. Cuti skolah yang ada pada tahun 2011 ialah pada bulan Feb dan March. Tapi kami tak pilih tarikh tu sebab terlalu singkat masa yang kami ada untuk buat persiapan. Jadi, kami pilih cuti skolah di pertengahan tahun. Sempat buat preparation, dan cuaca mungkin elok pada waktu tersebut. So, kenapa mesti cuti sekolah? Padahal yang datang kenduri tu adalah orang-orang dewasa. Kalau mereka bawa anak-anak yang bersekolah sekalipun, masih juga mak ayah dierang yang bawa mereka dan yang pasti kenduri kawen orang biasa buat hujung minggu. Masih juga hari cuti sekolah kan? Tapi menurut teori makrifat saya, kalau buat kenduri masa cuti

Banyak Cerita Peram

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Saya ada banyak benda nak cerita kat blog ni. Cuma tak berkesempatan nak cerita. Tentang apa? Well, of cos la tentang perkahwinan saya, walaupun tak la menarik mana. Tengok la.. kalau ada sumur di ladang, nnt saya update la cerita-cerita howt tu kat blog ni.. itu pun kalau ingatan saya masih kuat dan tak memakan sambal semut.