Skip to main content

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu...


Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist?

Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan jenis buah oren itu adalah jenis NAVEL.

Buah oren hanya ada 2 jenis utama iaitu; Navels


dan Valencia.Ada lagi jenis-jenis oren yang lain seperti Blood atau Moro bukan Moron


juga Cara Cara. Yang masam itu biasanya Valencia. Oren Navel ni biasanya saiz dia besar dan kulit dia tebal. Manakala Valencia plak saiz dia biasanya kecik ke sederhana, pastu kulit dia nipis. Kalu nak buat juice sesuai la kot sebab kita bleh tambahkan gula. Tapi kalo nak makan sesaje cenggitu je, agak meremangkan bulu betis. Huhu...

Jadi, itu aje la rahsia terhebat yang saya dapat kongsikan bersama kamu pada hari ini. Tapi walau apa pun, semuanya adalah di atas kekuasaan Allah. Mungkin satu hari nanti kamu membeli oren Navel dan rasanya masam, saya tak bertanggungjawab ye. Saya cuma kongsikan apa yang saya tahu dan saya buat. Peaceeeee.... Nooooo.... Warrrrrr.....

Comments

  1. aku pun suke jenis navel..masa dlm pantang mak aku duk belikan navel..tp mcm mahal sikit kan

    ReplyDelete
  2. Ntah, aku tak perasan lak harga dia. Sebiji 0.70 sen. Ye kot mahal. Kalau Valencia tu biasanya 10 biji RM3.50. Eh, ye ke ni? Tak sure la aku.

    ReplyDelete
  3. camne nak tau kulit oren 2 tebal ke nipis? kene beli & kupas dl br tau ke? huhu

    ReplyDelete
  4. Boleh tgk kat pusat oren tu. Kalo kulit beliau tebal, kat pusat dia mcm nampak dia kerepot2 skit, pastu lagipun kalo kulit tebal biasanya oren tu besar dan kulit dia ada selulit. Oren yang berkulit nipis biasanya kulit dia mcm lebih licin skit dan saiz dia kecik. Kot. Kalo tak kenal jugak, kena gunakan mata hati utk pilih oren. Ngeh2.

    ReplyDelete
  5. aku penah beli oren...masa 2 ada sorg cina kat sblh aku tgh pilih oren gak...dia bg tips pilih oren...kene tgk kat pusat oren(bhgn bawah)...kalau rompong & blh nmpk isi oren 2 so manis la... aku lak kalau beli slalu nak carik yg cantik jek...rompong2 letak tepi...tp disbbkan dah ada tips 2 aku ikut je la ckp auntie 2...mmg betul la....hmmmm...ms 2 aku beli ngan sapa ek?? ko ke??

    ReplyDelete
  6. I am sure this piece of writing has touched all the internet visitors,
    its really really good piece of writing on building up
    new website.

    Also visit my webpage - losing

    ReplyDelete
  7. Sy hari2 menghadap oren ni.sbb kerja qc.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...