Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Books Review - Ulasan Buku-buku

Niat Aku Memang Nak Menunjuk Hakhak

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku register dengan MPH Online. Padahal MPH di Nu Sentral tu macam 60 langkah je daripada ofis aku. [Eh, ke lebih? Ke kurang? Tak sure la aku]. Mula-mula dah pergi MPH Nu Sentral nak beli buku-buku ni. Tapi buku Jerry D Gray tu tak ada di MPH Nu Sentral, kena beli di Mid Valley. So, aku letak balik semua buku yang aku dah ambil tu, then aku decided untuk beli online je la semua buku-buku tu. First time beli online akan dapat diskaun 20%  bagi setiap buku tau? Lepas tu kalau beli lebih daripada RM50, akan dapat free delivery. So, lagi untung la aku beli online. Giler kentang sangat minat cerita Hobbit. Aku beli novel dia. Senang sikit aku nak tenggelam dalam dunia khayalan Middle Earth. Wah gitu.  Sekarang aku tengah baca Catatan Mat Luthfi. Bagi aku personally, buku dia tu mcm baca blog tapi dalam versi buku. Isunya random dan kebanyakannya cerita-cerita kosong je.  Tapi bagi aku, buku apa sekalipun, pasti ada sedikit ilmu...

Aku Ni Sebenarnya Ulat Buku

Sejahteralah ke atas kamu... Aku kalau dengan buku, memang dah jadi macam hobi, bukan baca buku tapi beli buku. Aku suka sangat beli buku, tapi aku tak habis-habis baca. Kalau tak habis baca tu kira bertuah lagi, paling teruk kalau tak start baca pun. Perangai ntah ikut sifat siapa taktau la.  2 minggu lepas aku beli buku-buku edukesyen untuk Luth. Nak mendidik anak menjadi sebijak Imam Syafie ni bukan senang hokey. [Imam Syafie la sangat, aku beli buku tentang fruits, tentang animals je pun. Heheh.]. Dengan flash card dan puzzle lagi. Over sangat aku ni. Sebab bila aku dah sampai rumah, baru aku perasan pada muka depan buku tu tulis buku tu sesuai untuk umur berapa. Ada yang untuk 2 tahun, ada yang untuk 4 tahun. Haahaha. Aku ajar je la awal2. Biar sel-sel otak dia berhubung tanpa meminum susu Anmum. Selamat le waktu membuat lawatan muhibbah kat MPH tu kiterang tengah nak cepat. Kalau tak aku rasa aku macam tak reti nak berjimat bila aku dah start membeli. Bajet mac...

Petanda Langit Dan Bumi ; Bagi Kaum Yang Berpemikiran

sejahteralah ke atas kamu... aku sedang menghabiskan buku ini. dah lama baca tak habis-habis. eksyelli, buku ni sangat menarik untuk dibaca. [bagi sesiapa yang suka buku tentang fakta, tentang sains, tentang keajaiban ciptaan Allah, buku ni sesuai la. takde drama-drama, takde fiksyen. semuanya kisah benar.] aku baca buku ni sebagai pengisi masa, sewaktu aku pam susu. daripada tak buat apa-apa, baik aku membaca. dapat 2 muka surat sehari pun dah okay le daripada takde langsung kan. Harun Yahya ko kenal? aku tak kenal sangat, yang aku tahu, beliau adalah seorang penulis buku sains yang bersandarkan Al-Quran. beliau berasal daripada turki. hasil karyanya diterjemah ke banyak bahasa. agak femes di situ. buku lain yang aku pernah baca tulisan harun yahya ni ialah seperti buku;  dan juga satu lagi, Kaum-kaum Yang Pupus.. sangat menarik. insyaAllah aku akan beli lagi buku-buku lain tulisan Harun Yahya ni. *ada satu gossip pernah aku baca beberapa tahun lepas ...

Ciri-ciri Dan Sifat Penduduk Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saling Mencintai.... Orang-orang yang saling mencintai , akan melihat rumah-rumahnya di syurga begitu indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat. Para sahabat bertanya: " Siapakah mereka ?" Jawab Nabi : " Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah ." Lyd berkata : Jika mencintai seseorang perlulah kerana Allah. Setakat nak mencintai Justin Timberlake kerana dia berambut keriting atau kerana dia pandai menari, lebih baik tak payah la. Tapi kalau mencintai Maher Zain kerana lagu-lagu beliau membuatkan kamu sentiasa mengingati dan mencintai Allah dan Rasul maka cintailah Maher Zain itu. [Pengaruh Chaerul la ni yg membawa pengaruh Maher Zain ke dalam EPS]. Usia Penghuni Syurga... Para penghuni syurga akan masuk ke syurga dengan muka berseri. Wajah mereka cerah dengan mata bercelak seperti pemuda berusia 33 tahun. Dengan itu, penghuni syurga tidak terlalu tua, dan tidak terla...

Buah-buahan Di Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Di syurga ada sejenis pohon yang dinamakan Tuba. Dalam pepatah melayu kan ada "Madu yang diberi, dibalas tuba". Tapi ni Tuba lain. Bukan tuba yg racun tu tau? Abu Hurairah berkata ; "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil 'tuba'. Dan apabila Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hamba-Ku apa-apa yang mereka kehendaki. Maka keluarlah kuda dengan delman dan pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan keluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian." ~Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya~ Best gila. Boleh minta apa-apa saja. Keta 'Das Auto' tu.... Anytime mintak je boleh dapat. Tapi rasanya kalau dah tinggal di syurga, kalo setakat keta tu, eleh... membazir je mintak. Mintak buraq [kuda bersayap] la baru best kan? Dan tambah skit... Pokok-pokok kat syurga..... Akarnya pun e...

Emas Dan Mutiara

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Buat entry dengan menaip lirik lagu. Lepas tu, tukar font paling besar dan warna hijau sampai entry tu jadi panjang gila. Tak ada motif sungguh.[Sila rujuk entry terdahulu dlm blog ini.] Kamu suka emas dan mutiara tak? [Bukan drama Embun Mutiara ye.].Rasanya, kalau tanya sesiapa pun akan suka dengan emas dan mutiara. Walaupun tidak suka pakai, tetapi tentu suka tengok keindahannya. Atau jika tidak suka tengok pun, paling tidak, tentu suka dengan nilai kedua-dua benda tersebut. Betul kan? Jika inginkan emas dan mutiara yang terhebat, sila berusaha.... Kerana..... Mahligai dan istana di syurga diperbuat daripada emas dan mutiara terbaik iaitu yang disediakan hanya untuk hamba Allah yang beriman. Sabda Rasulullah; [tidak dinyatakan daripada riwayat apa] "Sesungguhnya, orang beriman ditempatkan di syurga istana dari mutiara yang berongga. Panjangnya adalah 60 batu. Di dalamnya terdapat pelayan-pelayan". Bangunan Di Syurga Bangun...