Skip to main content

Ciri-ciri Dan Sifat Penduduk Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saling Mencintai....
Orang-orang yang saling mencintai , akan melihat rumah-rumahnya di syurga begitu indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat. Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka?" Jawab Nabi : "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah."

Lyd berkata : Jika mencintai seseorang perlulah kerana Allah. Setakat nak mencintai Justin Timberlake kerana dia berambut keriting atau kerana dia pandai menari, lebih baik tak payah la. Tapi kalau mencintai Maher Zain kerana lagu-lagu beliau membuatkan kamu sentiasa mengingati dan mencintai Allah dan Rasul maka cintailah Maher Zain itu. [Pengaruh Chaerul la ni yg membawa pengaruh Maher Zain ke dalam EPS].


Usia Penghuni Syurga...
Para penghuni syurga akan masuk ke syurga dengan muka berseri. Wajah mereka cerah dengan mata bercelak seperti pemuda berusia 33 tahun. Dengan itu, penghuni syurga tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.

Lyd berkata: Ahahhhhhh.... Nampak? Nampak tak? Usia 33 tahun tu di sisi Allah adalah 'tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda' ok? Jadi, kesimpulannya... saya masih di dalam kategori terlalu muda. Wakakakaka... Best lah!


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Hamid bahawa Umar bin Khattab bercerita : Beberapa org Yahudi datang kepada Nabi dan bertanya : "Wahai Muhammad, apakah di syurga ada buah-buahan?". Jawab Nabi : "Ya.. Diantaranya kurma dan delima.". Yahudi itu bertanya lagi, "Apakah mereka makan seperti mereka makan di dunia?". Jawab Nabi, "Ya... Bahkan berlipat kali ganda lagi.". Yahudi itu kembali bertanya, "Apakah mereka membuang hajat besar dan hajat kecil?". Rasulullah menjawab : "Tidak, tetapi mereka berpeluh dan Allah menghilangkan melalui peluh itu kotoran yang ada di dalam perut mereka".

Lyd berkata : Hebatnya... Takyah 'melabur' dan 'terkucil' pun di syurga. Semuanya keluar melalui peluh. Masya Allah. Oleh itu..... Jom berusaha masuk syurga. Dan mencintailah sesama manusia, semata-mata kerana Allah, bukan kerana rambut mereka keriting. :p

Semua informasi adalah diambil dari buku Malam Pertama Di Alam Syurga - Abu Zharif Zihan.

Comments

  1. pemuda berusia 33 tahun...
    pemudi pulak berapa umornya cik salida?

    ReplyDelete
  2. Umur pemudi tak dinyatakan la pula en Anonymous. Tapi yg penting semua pemudi adalah sangat cantik dan sentiasa perawan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...