Sejahteralah atas mu...
Anak aku Luth, muka dia sebijik seputat macam muka aku. Sampai aku bila tengok Luth, aku terasa macam tengok diri sendiri versi kenit. Bukan setakat muka je, karektor pun hampir nak sama. kenkadang rasa cam seram pun ada bila tengok ada mahluk halus yang menyerupai diri sendiri. Sungguh epic huhu.
Papa Luth plak memang kuat menganjeng. kadang2 tu dia siap gelak terbahak kalau tengok aku dengan Luth duduk sebelah menyebelah. Muka sama dia kata. Ciskek punye suami.
Ada banyak karektor Luth yang sama dengan aku. Diantaranya penakut. Huhu. Dia tu kan, sampai sekarang belum berjalan sebab dia takut nak lepas tangan. Selalunya dia bertatih kena pegang tangan papa dan dia akan ajak papa pusing dalam rumah sampai biru jari papa. Punye kuat dia pegang tgn papa. Bila papa cuba lepaskan tangan nak suruh dia menapak sendiri, terus sappppp dia duduk. Takmo usaha langsung. Apa laaa Luth ni.
Lagi, Luth sensitif sangat macam aku. kalau aku tinggikan suara sikit pada dia mulalah tercebik-cebik muka dia menahan sebak. kadang-kadang tu, papa dia cakap sikit je itu pun dengan intonasi cemas bila dia buat perkara2 yang bahaya, dia terus sedeyyy. Inikan pula bila aku cakap 'Ya Allah' kuat2. Manje sangat hokey anak haku tu.
Ada banyak lagi karektor dia yang mirip aku, tapi yang paling aku takleh terima ialah dia pun ada habit macam aku ; suka goyang kaki. Saje nak bitau korang, aku ni takleh duduk statik je kejung, aku kena ada tenaga kinetik sepanjang masa kecuali waktu tidur. Sebab tu aku suka goyangkan kaki aku setiap kali aku baring atau duduk. Habit ni mak aku selalu tegur dulu semasa dia hidup. kata mak, nanti dah kawen suami tak suka kalo asyik goyang kaki tu. Tapi aku macam takleh nak control sbb habit tu secara tak sedar je aku buat.
Nak tgk budok Luth goyang kaki? Tgk video ni. [Jangan risau video ni takde bunyi suara annoying atau suara petir dan seumpamanya.].
**bobok tu maksudnya suka buat2 perangai comel yang aksi lucu nak bagi orang lain ketawa.
Sekarang Luth dah 16 bulan. Setahun 4 bulan dah dia. Makin besar makin banyak perkara2 kelakar yang dia buat. Aku dengan papa dia tiap-tiap hari dok ketawakan dia je. Ada time dia buat mata separuh pejam bila pandang orang. Ada time dia buat perut gemuk ulang-ulang kali depan mama dengan papa. Pastu bila mama dengan papa ketawakan dia, makin la dia buat aksi sambil dia pun ketawa. Ada time tengah-tengah mama suap makan kat dia, dia baring meniarap sambil buat kaki snow angel. Macam tibe-tibe je. Mama dengan papa bapok le confuse tapi ketawa juga le.
Pastukan Luth ni dia nakal diam-diam. Ada sekali tu aku tengah prepare makanan untuk berbuka puasa tetibe aku rase dia macam senyap je. aku cari dia tgk2 dia dalam bilik air tengah susun botol syampu dan botol shower cream nak buat tower macam selalu dia buat tower guna wooden blocks. Yang penting setiap kali dia susun satu block, dia akan tepuk tangan sambil pandang mama atau papa dengan wajah kudus paling berharap, dengan harapan mama dengan papa pun tepuk tangan di atas kejayaan kecik dia menyusun block tu. Haddoi. Memang menghibur hati.
![]() |
main peeK-a-boo dengan mama. |
![]() |
semua dia na susun buat tower |
![]() |
lepas conteng lantai mama suruh lap semula guna wet tissue. |
![]() |
dia keluarkan semua wet tissue sampai habis dalam plastic wet tissue tuh. aku tinggal dia jap je gi solat. abis solat tengok2 dah setambun wet tissue ni. huhu. |