Sejahteralah ke atas kamu.
Rasanya dalam masa terdekat ni, kedatangan aku memang champion. 7
hari aku MC. Masa kat kampung aku demam 4 hari, balik KL sambung dgn
batuk dan selsema 3 hari, lepas baik batuk selsema, aku demam lagi 2
hari, demam plak menyebabkan aku takde selera makan. Aku dah kurus tau.
Hahahah..Bila aku tak makan, aku terus kena gastrik 4 hari. Huuuuu...
Yang lebih menge'huuuu'kan, bila Luth pon tak sihat, demam, meragam je. Susu aku plak memang betul-metul drop down menu.
Kesian sangat Luth. Sekarang dia tido dah tak perlu bergantung pada
mama dah. Dia boleh tido sendiwi. Kalau dia menetek pun, dia akan bangun
cari botol susu yang aku letak air masak. [Huhuuu... Mama rasa sungguh
tak berguna...] Oleh sebab aku kena jaga Luth, jadi aku tak dapat
nak fokus untuk pulihkan diri sendiri walaupun aku MC 4 hari minggu ni.
Baru hari ni aku masuk kerja. Keke. Ini pon lengan aku kiri kanan naik ruam, mcm alergik. Semalam aku langsung tak tidur. Sebab gatal sgt tangan aku. Aku saspek sebab aku termakan bijan hitam. Last time aku makan bijan hitam, gini le jugak jadiknya. Ok. Cukup pasal cerita MC.
Minggu lepas aku baru dapat mesin jahit baru yang aku tunggu-tunggu iaitu Brother NV950.
Mesin jahit sulam yuolls. Gambar ni aku ambik daripada gugel. Yang aku punye masih dalam kotak. Walaupun aku excited gila dgn mesin jahit baru ni, tapi oleh sebab melayankan kesihatan aku yang tak berapa semenggah sejak akhir-akhir ni, maka aku hanya mampu belek manual guide je beberapa pages. Lepas tu aku tak faham. Lepas tu aku rasa mcm letak tepi la dulu, karang makin menambahkan demam je nak study mesin jahit ni time2 tak sihat ni.
Ooo, pasal tak sihat ni... sebelum korang buat 'spekulagi', aku cakap siap-siap, aku dah buat pregnancy test dan ternyata aku tak peknen hokey. InsyaAllah tahun depan baru merancang untuk memberi adik kepada Luth. Ngeee...
Buat masa ni, aku nak siapkan tempahan tilam kekabu dgn sarung tilam fitted dan sarung bantal sekali. Bukan orang lain jugak yang tempah. Adik ipor aku jugek. Tapi aku belum sempat nak mula. Seronoknya hoiiiii ada mesin jahit baru. Boleh la aku makin gedik menjahit.
Wuihhh....penuh semangat tu....
ReplyDeleteBestnya mesin jahit tu. Cam menarik je. Akk ada mesin jahit singer yg hitam tu. Tp x terguna sgt pun. Tp suka la ada mesin ahit.
ReplyDeletesalam ramadhan;
ReplyDeleteblum ada rezeki la tuk..tak jgn putus asa..
ooo patut sunyi sepi ek..sama la kita still batuk2 lgi suara pon tengelam timbul nk kuar...nice mesin jahit tu pandai menjahit bleh buat duit...
ReplyDeletesuka lettew.dpt mesin jahit baru.smoga semangat utk.menjahit terus berkobar.aamiin
ReplyDeletela siannya.. lama tu.. patut la, ingt mmg saja xnk update sbb bln puasa kan. rupannya demam.
lyd mmg alegic dgn bijan hitam erk?
selamat berpuasa..
Hahaha....sebelum tu nak tanya, orang cam kita ni, kalau sakit mulut tak pernah penat ek? Heran kekadang tau. Sampai orang tak caya kita sakit :)
ReplyDeleteTahniah dah ada mesin jahit baru. Walaupun tak pandai jahit, keterujaan melihat gambar mesin jahit tetap di tahap maksimum. Rasa cam nak google jek berapa harga mesin jahit sekarang. Nak beli satu lepas tu buat perhiasan kat anjung rumah. Ingat-ingatan manalah tahu lepas beberapa dekad, mesin jahit dah tak wujud dan digantikan dengan ntah pape mesin gaknya. Bolehlah budak berdua ni buat duit jual barang klasik :)
Eh, melalut pulak! Minta maaf yek...tumpang lalu je nih!
assalamualaikum lyd...wah bestnya mcm teringin juga la mesin jahit yg mcm ni senang nak bersulaman...:)
ReplyDeletebesar kat mesin ni Lyd.
ReplyDeleteaku pun teringin nak beli mesin jahit..
tp laki aku kata.. bila msa nk jahitnya? nti Luth mkn jarum..huk..
cepat sembuh ye.. tak sabr nk tgok hasil jahitan kau.
seronok la ada mesin jahit baru..leh sulam gambo mickey mouse tu
ReplyDeleteassalamualaikum... lyd amik tempahan ape ye? nak tau gak...
ReplyDeletewah..bestnya mesit jait sulam! walaupun saya tak berapa reti dan tak minat menjahit, tapi bila ada sulam2 ni terus ikut excited. nanti tunjuk tau hasil sulaman Lyd.
ReplyDeletesemoga cpt sembuh sahabat!
Salam ramadhan,
ReplyDeleteseronoknya mesin jait baru..kita ni nak beli yg global murah tu pun berkira2 mendahulukan yg penting..kemut katakan.hehe..
lamanya mc..kesian bertimpa2 pulak sakitnya..cepat sembuh ya lyd.begitu juga luth...:)
Adoi! Seksanya klu skt sbb tempias anak gak. Sobs...jaga diri selalu beb....moga dikurniakan kesihatan yg baik.
ReplyDeleteSeronok jika ada mesin jahit macam ini. Boleh sulam kain sendiri.
ReplyDeleteSeronok... Tak sabar nak menyulam ni.
DeleteMC 7 hari. Memang champion...
ReplyDeletekesian ko lyd,patutla lama x hapdet..anyway,mesin jahit baru tu mmg gojes. Semoga ko cpt sembuh dan dpt hadiahkan sarung hanset bersulam kat cikgu ye..ngeh..ngeh..(^_^)
ReplyDeletehoho...makin berkembang lah bisnes. Macam mana nak bagi adik kt luth ni kak kalau makin busy? :P
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh Lyd..
ReplyDeleteMesin jahit? comey la siap ade mickey mouse bagai
Selamat menjahit ye!
Ingatke dah ngetest...
ReplyDeletemesin jahit idaman akak juga ni..
ReplyDeletesemuga cpt sembuh. sebenarnya akk pun batuk dan demam juga.
bestnya dah ada mesin jahit mcm ni...bolehla amek tempahan skrg ni..
ReplyDeleteHarap keadaan dh pulih sepenuhnya ye lyd.. waa.. bgsnya awk.. mmg wanita sejati la. Ada bkat.mnjahit ni.. Lps ni.msti byk projek kretip hasil tgn awk.
ReplyDeleteSelamat menjahit ye lyd.
ReplyDeleteSalam. Hee rajinnya menjahit ;p
ReplyDelete