Sejahteralah ke atas kamu..
Aku baru je masuk ofis hari ni. Minggu lepas aku cuti 4 hari. Haih, macam-macam jadi. Sepatutnya cuti 2 hari je untuk jaga Luth sementara pengasuh dia cuti. Tetiba Khamis tu Luth demam lagi. Aku terus bawak pergi spital, jumpa pakar kanak-kanak. Pakar kekanak tu dengar nafas Luth, terus dia suruh warded untuk bagi gas 4 jam sekali. Katanya paling minimum 3 hari kena dok ward. Lepas dia suh masuk wad, baru dia amik sample darah utk test dan bagi gas [aku tak tau cemana eja, nebulizer]. Otak aku memang serabut masa tu. Kad insurans Luth aku belum apply. So, kena bayar deposit cash 1K tetiba tetibun, tak dapat le nak bayar. Aku terus suh doktor tu refer ke PPUM. Mampu la jugak aku nak bayar. Tapi aku boleh mintak GL dengan ofis esesem. Moral dia, lenkali.... bila lahir je anak, terus kena register insurans untuk anak. Malang itu tidak berbau. Jadi, sesape yg badannya berbau tu, elok la tukar nama jadi 'malang'. Baru le tak berbau lagi badan dia.
Petang Khamis tu, selepas ambil GL dari ofis, aku pegi PPUM, membawa surat referral daripada doktor kat spital yang aku gi mula-mula tadi. Pakar kanak-kanak di PPUM check Luth, dia kata okay plak. Breathing okay walaupun ada bunyi kahak. Tekanan darah, tekak, telinga semua okay. Pastu dia tengok blood test result, walaupun dia kata ada jangkitan sikit [sebab nampak cell darah putih lebih sikit daripada biasa] tapi tak la sampai perlu masuk wad. Hanya perlu ambil antibiotik je. Aku dah lega la skit. Kalo Luth masuk ward, nanti aku mula la sedih walaupun aku boleh temankan dia. Aku tak suka anak aku sakit. Mana-mana ibu pon tak suka anak dia sakit. Huhu.
Sebelum balik, aku request dgn doktor untuk bagi nebulizer kat Luth sekali lagi. Kan doktor kat spital pertama tadi kata nak tahan Luth di wad untuk neb 4 jam sekali. Sekali doktor PPUM kata neb tu tak boleh bagi kerap sebab boleh effect pada jantung Luth. Pheww.. Selamat la tak masuk wad tadi. Kalo tidak nak bagi Luth 4 jam sekali? Takkan doktor yang pertama tadi tak tau kot? Is it about business?