Skip to main content

Bayi 6 Bulan Cedera Parah Didera Pengasuh

Sejahteralah ke atas kamu.

 Ini berita 3 hari lepas.
KLANG, 11 Sept (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia enam bulan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata bapa mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.
 "Mangsa yang kini sukar untuk bernafas sedang dirawat di unit rawatan rapi wad kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamad berkata sepanjang empat bulan dijaga pengasuh itu, bayi itu pernah mengalami luka melecet di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu.
Beliau berkata bapa mangsa diberitahu mengenai keadaan anaknya itu oleh pengasuh tersebut ketika beliau berada di Pulau Indah semalam atas urusan kerja.
Mohamad berkata pengasuh berkenaan telah dipanggil untuk direkodkan kenyataannya dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Sumber berita daripada Yahoo Malaysia



Kenapa la pengasuh yang sudah tentunya seorang manusia dan bukannya seorang orang utan itu tergamak buat macam tu pada bayi. Belas kasihan dah tak ada ke dalam hati tu? Ni kalo kes ni naik mahkamah tetiba kang hukumannya hanya pergi hospital sakit jiwa sebab pengasuh tu sakit jiwa. Kan menyirap? Ada yang menyalahkan mak ayah budak tu. Dah tau ada tanda2 lebam selama 4 bulan hantar kat situ, kenapa masih hantar kat pengasuh tu? Bagi aku, kita tak berhak la nak cakap banyak sebab mana la kita tau apa yg mak ayah budak tu tanggung. Desakan2 hidup mereka yg kita tak tau, mungkin jadi penyebab kenapa mereka tetap hantar anak di situ.


Apa yang pasti, orang utan sekalipun tidak akan mendera anak orang utan yang lain walaupun mereka tiada akal. See? Naluri orang utan lebih baik daripada naluri manusia yg mendera tu. Pui.


*entry ni auto publish.

Comments

  1. kalau ikut qisas kena dera ballik tak si pendera ni?

    ReplyDelete
  2. kalo jenis tak sabar tolong jangan jaga anak orang..

    ReplyDelete
  3. Mint ajauh dari berlaku kepada keluarga kita, and hopefully budak tu pun tak parah and cepat sembuh. Mmg tak terfaham akan emikiran manusia yang sanggup perlakukan perkara demikian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...