Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Yafith

Anak Hitam Anak Putih

Sejahteralah Ke Atas Kamu..... Pernah sekali, aku terbaca post kawan aku di FB. Katanya, semasa dia baru sampai di rumahnya, terdengar anak sulung perempuannya menangis dari dapur. Bila diselidiki, anaknya itu mencuci muka menggunakan pencuci muka mamanya (kawan aku la mama dia) sehingga pedih mata dan menangis. Punca anak kecil itu mencuci muka bersungguh-sungguh, kerana katanya "Nak jadi putih macam mama dan adik beradik yang lain)....... Anak itu usianya masih muda (Aku tidak ingat umurnya berapa, tapi masih sekolah rendah rasanya.). Orang sekeliling selalu bertanya kenapa dia hitam, tak macam adik-adik? Kalian rasa, apa perasaan anak itu bila dibanding-bandingkan kekurangan dia dengan adik beradik yang lain. Aku yang baca status kawan aku tu pulak yang menyirap. Orang-orang ni kan..... Bila nak komen pasal orang lain, meluncur je perkataan hinaan keluar daripada mulut. Tak fikir dah perasaan orang yang dihina tu. Kalau orang dewasa yang terima kecaman pun dah rasa sed...

Cheeky-dis Boys

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah lama aku tak share pasal anak-anak. Jadi, biarlah aku share sikit (ke banyak?) pasal anak-anak.  Seperti yang pernah aku ceritakan di dalam post terdahulu, di antara Luth dan Yafith ni karektor mereka sangat berbeza. Muka pun berbeza juga aku rasa. Aku sedar, aku jarang sangat cerita pasal Yafith, kalau nak berbanding masa Luth dulu, boleh katakan setiap hari nak cerita pasal beliau (owh sopan.). Bukan apa, mungkin masa Luth dulu, aku macam ter excited lebih, maklum la, anak pertama. Time Yafith ni, aku dah macam semakin matang dalam mengawal emosi menggelupur aku ni. Lagipun kehidupan aku sangat sibuk untuk berkongsi kisah di alam maya. Hidup aku sekarang lebih banyak menjurus ke alam realiti. Kerja, problem log, masalah IDAMAN, masalah email, masalah AD, rumah takber tangga, suami, anak-anak, dapur berasap, menjahit dan begitulah. Faham-faham je la, orang yang spesis buat kerja lembab macam aku, perlukan banyak masa untuk se...

Yafith Yang Seminit Tak Diam

Sejahteralah ke atas kamu....... Semalam,seperti kebiasaan hari Jumaat aku tak pam susu sebab hari Sabtu kan cuti. Nanti susu tu terbuang sia-sia je. So, semalam aku balik rumah, susu memang full. Yafith, punya la hebat, dia boleh sedut susu sampai kempis. Dua-dua belah. (Geleng kepala). Kacau mama lipat baju. Eh, ye ke mama yang lipat. Hehehe. Rasa macam papa je yang lipat. Malam semalam, hasben aku training takraw. Pemain harapan katanya. Keke. Aku tunggu dia balik kat depan TV. Aku baring sampai ketiduran, tanpa sedar Yafith merayap. Sedar tak sedar, terdengar Yafith menangis. Aku mencari Yafith dengan mata je. Tak jumpa. Tiada dalam lingkungan pandangan mata aku. Aku terpaksa bangun dan cari. Jumpa dia di dapur, ntah apa yang dia buat sampai dia nangis tu. Aku kutip Yafith dan bawa dia masuk bilik untuk tidur. Luth tak mau masuk bilik lagi sebab dia nak tunggu papa balik katanya. So okay la. Tidurlah aku dengan Yafith. Punyalah penat agaknya aku, sehingga aku ...

All About Yafith

Sejahteralah ke atas kamu..... Aku kononnya dah serik nak mengandung lagi selepas kelahiran anak pertama, Luth. Lelahnya, sakitnya tak reti nak explain. Sehinggakan, aku pernah mentioned di dalam salah satu post aku di blog ni, yang aku rasa anak aku cukup sorang je lepas aku bersalinkan Luth. Syukurlah Allah menegur aku melalui komen seorang pembaca blog aku, en nizam namanya. Dan aku menarik semula kata-kata aku tu dan mohon ampun. Sebelum aku mengandung kali kedua, suami aku kata kalau dapat seorang lagi anak lelaki dia nak namakan dengan nama Jarfit. Aku dalam hati, "kejadah mende nama Jarfit tu. Pelik je.". Aku buat tak tau je mula-mula. Tapi bila sebut pasal anak kedua je, mesti dia dok sebut nama Jarfit, Jarfit, Jarfit. Dia kata nama anak Nabi Nuh. Aku memang tak berkenan lalu dengan nama tu. Pertama sebab tak sedap. Kwang2. Kedua takut kena kecam dengan family dan org sekeliling . Huhuhu. Pastu aku pregnant. Dapat tau anak lelaki lagi. Aku pulak memang dah...

Memperkenalkan.... My 2nd Son

Sejahteralah ke atas kamu.... Ada yang dah tgk gmbr anak kedua aku di FB. Bagi yang belum tgk, mari aku perkenalkan,  ini ialah Yafith bin Mohd Azrul. Pelik ke nama 'Yafith'? Mungkin tak biasa dengar kan? Nama Yafith ni suami aku yang pilih. Tiada maksud. Sama macam nama abang dia, Luth yang tiada maksud. Cuma diambil sempena nama nabi. Yafith pula diambil sempena nama anak nabi Nuh. Salah seorang anak nabi Nuh yang turut serta menaiki bahtera bersama nabi Nuh.