Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Jangan Monyet..

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini... Weekend lepas saya ke Melaka. Ada urusan kerja. Aih... bile dah dok kat hotel, makan dia takyah citer la. Mesti la banyak dan macam2 jenis. Kena plak time hati tengah bahagia ni... Kehkeh.. Apa lagi, makan sampai tahap mentekedarah la. Titik kelemahan saya, memang la deserts. Coklat, ice-cream, cake dan cheese. Perghh.. Complete set utk dpt migrain dan segala penyakit berkolestrol dan kalori tinggi. Tp, nafsu serakah punya pasal, saya belasah jugak la. Sampai satu tahap kronik, coklat cair yg org guna utk celup marshmallow tu saya letak dlm mangkuk dan makan guna sudu... Wowwww... Heaven giler. Kebahagiaan yang berlipat ganda. Pastu, lepas makan byk2 tu, semput... hehehe. Tapi cover depan org, kang org ckp mcm ni 'haaa.. tu la... time makan tak beringat...'. hehe.. Ingat lagi adegan yang paling sakai penah saya lalui dalam hidup ni. Masa bulan pose tahun 2008. Buka puasa kat Hotel Shangri-La. Yang tu, memang dasat la makanan-maka...

Ketiak Hitam.. Uewww.... Geli Woi!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ketiak tu tak bersalah kalau dia hitam. Yang mungkin bersalah adalah tuan punya ketiak sebab tak pandai jaga. Sorry la kan, sebab saya memperkatakan sesuatu yg agak tak senonoh. Tak ramai la yg ader ketiak hitam. Tapi ramai yg ader, kan? Kan? Eleh.. malu plak nak ngaku. Pertama sekali, jangan pakai deodorant. Maksud saya. ... Deodorant yg tak jernih. Yang macam putih-putih susu tu ke. Jangan. Kedua, jangan pakai bedak kat ketiak. Tak kira la brand apa. Semua tu nanti akan jadi daki di kulit anda. Ketiga, semasa mandi, sental ketiak dengan sepenuh hati wp pun rasa geli-geli. Lagi bagus kalo guna berus dawai. [Rabak la ketiak. Hahaha.] Keempat, kalo nak pakai deodorant, sila pilih yang jernih. Jenis cecair [roll-on]. Mungkin jenis yg begitu kurang berkesan dalam menyembunyikan bau peluh kamu, tetapi lebih selamat mengelakkan ketiak hitam berbanding jenis2 lain.[spray atau stick]. Kelima belas, pastikan takde bulu ketiak. Kalo ada, sila c...

Lagi Produk Untuk Kulit Kering

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Saya ingat saya patut tukar nama blog saya ni kepada 'Blog Untuk Kulit Kering' la. Hahahah... Dha tu nak buat macamana kan? Nak promote barang, kenalah promote barang yang saya penah pakai dan terbukti berkesan.... Sejauh mana berkesannya kepada orang lain tak perlu la kita fikirkan. Asalkan berkesan dgn baik kepada diri sendiri pun dah cukup baik. Kali ni, saya nak cadangkan cream/krim khas untuk orang-orang yang mempunyai masalah kulit kering. Cream ini keluaran Stiefel, sama juga seperti sabun Oilatum. [Aku rasa, pengasas Stiefel ni mesti ader masalah kulit kering kot. Sebab tu dia asyik buat produk utk kulit kering je.. hehe]. Kalo kulit kering ni tak selesa. Lebih-lebih lagi kalo dok dalam tempat berhawa dingin. Bila bersalam dengan orang pon rasa mcm nak termalu sendiri. Sebab tangan kita keras je. Nanti orang akan kata tangan kita kasar. Tapi takpe. Bleh naikkan saham sbb org ingat kita rajin buat keja rumah. Kehkeh. P...

Dah Cuba Tapi Tidak Berjaya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Penah tak korang cuba nak berbaik dgn org yg korang tak berapa berkenan dgn perangai derang, tapi korang mcm tak berjaya je. Sebab setiap kali korang cuba bertegur sapa atau berbuat baik dgn org tu, dia mesti akan mematikan hasrat murni ko tu dgn jawapan-jawapan yg poyo. Eii.. Ntah la.. [padahal korang pon poyo gak...:D]. Tapi, jangan terus salahkan orang tu. Mungkin jugak cara kita menegur atau berbaik dgn dia tu pun poyo dan menyakitkan hati mereka. Jadi, jika begitu.... kita cuba lagi la lain kali yer? Kalo tak berjaya jugak, maka anggap saje yg dia mmg dilahirkan begitu, dan kita juga dilahirkan begini. Satu je yg kita kena ingat, kadang2 apa yg kita terima tu mungkin berpunca daripada kesilapan kita sendiri yg kita tak sedar, betul tak? Maka.... Bersabarlah. Dan mengalah la. Hasilnya kalau tak dapat sekarang, insyaAllah akan dibayar kemudian. Hidup ini indah sangat. Penuh warna-warni. Jadi, hargailah hidup kita dgn berbuat baik k...

Rasa Macam Best Plak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Rasa mcm best plak bila saya schedule kan post publishing saya. 3 entry yang sebelum ni, saya dah taip pada 22hb. Waktu saya tengah sibuk, otak tgh serabut. [Eleh..memanjangnya otak serabut ko tuh.. muehehe]. Sengaja je taip banyak-banyak entry, padahal takde apa-apa citer pun nak diceritakan. Lagipun, bulan ni, entry post dah menurun. Dah masuk 22hb, tp saya baru je post 9 entry. Uihh.. Sikitnyer la. Dah tu canner nak berkembang majunya blog aku ni? Takde iltizam sungguh! Sekarang ni saya dah nak mula sibuk dengan kerja. Errm... macam susah je. Nak review policy dan remake. Huhuhu... Terpaksa la gunakan skill mengarang blog utk draft policy ICT nnt. Tetiba orang tgk dalam Policy ICT, ader gelak-gelak mcm 'hihi', 'lalalala', 'heheheh' atau 'huhu'. Dan juga 'ngeh-ngeh' serta 'kehkeh'. Mesti pengsan Pengarah ICT biler baca Policy baru tu nanti. Ish..ish.. Lagi, saya perlu update 250 manual...

Yang Baik, Yang Buruk.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Biasa dengar kan ayat ni; "Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri".... Biasanya setiap kali habis ceramah, penceramah akan cakap ayat ni. Ayat ni adalah ayat di dalam Al Quran. Tapi maaf lah.. Saya dah lupa ayat berapa dan surah mana. Memang kelemahan saya sendiri... Sekarang ni tgh struggle buat persiapan, ala kadar, buat yang mana mampu je. Sekarang ni baru le rasanya perlu untuk berjimat cermat. Dan mula la nak sedar bahawa, dulu kalo tak kuat belanja yg bukan-bukan, enjoy, joli katak.... takde la sekarang ni saya nak struggle macam ni. Jadi betul la... kesusahan saya waktu sekarang ni, datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. :). Tapi saya yakin! Yeah...Saya yakinnnnnnn... Akan mampu menempuhi segalanya dengan penuh ketaqwaan. Saya boleh! [Sambil lompat dan tumbuk ke udara!!].

Bilik Tidur Idaman

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saje je nak share. Gambar bilik tidur yang unik... Bleh la dapat ilham bagi sesape yang nak decorate bilik tidur. Eceh...

Kamu Ni Seperti Artis . . . .

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Abg saya pernah kata begini kepada saya "Eh, rambut ko ni mcm rambut maikel jeksen". *Rambut Michael Jackson dalam video clip 'You're Not Alone'. Grr.. Makan dalam.. berdarah hidung. Pernah tak orang kata kamu mirip seperti mana-mana artis atau disamakan dengan orang lain? Sama ada dari segi rupa atau perangai? Mesti ada kan? Kadang-kadang, kita sendiri yang dengar, rasa mcm nak tersembur, inikan plak kalo orang lain dengar. Kalau saya sendiri, selalu dikatakan mirip orang-orang tertentu tapi kalo saya sebut nama orang yg mirip saya tu, tentulah kamu tak kenal kan? Jadi, saya hanya sebut beberapa contoh yg popular je. Baru-baru ni, masa kat kampung... Abang saya cakap saya gemuk, dah macam Abby Abadi sebab dagu berlapis. Huhu... Merana Abby Abadi kalo dengar. Sorry ye Kak Abby. Abang saya tu mmg camtu skit perangai dia. Hahahaha. Pastu, Kak Alia [hopismate saya] selalu cakap perangai saya mcm perangai Scha Alyahya...

Hape Hitu Kematangan?

Tajuk yang bosan, yang konon-konon nak buat macam perbincangan serius tapi bosan. Kehkeh. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Apa pendapatan kamu tentang 'matang'? Apa definisi matang itu bagi diri kamu? Pendapat saya [ada ko kesah?], kematangan itu adalah seperti memandang bumi[tanah] dari tempat tinggi. Lagi tinggi ketinggian kita semasa melihat tanah, lagi luaslah permandangan yang kita nampak. Contohnya seperti anak-anak kecil. Pandangan mereka hanya nampak apa yang berada di depan lurus sahaja sedangkan jarak pandangan tersebut terhad. Contohnya jika ada longkang 10 meter di hadapan mereka, tentu mereka tidak dapat melihatnya. Dan orang dewasa yang lebih tinggi pula, tentu akan dapat melihat jarak penglihatan yang lebih jauh..... dan nampak longkang tersebut kan? Paham tak? Jadi, kehidupan kita ni dengan kematangan... saya gambarkan begitulah. Seseorang yang matang, akan melihat sesuatu perkara daripada ketinggian yang berbeza dengan seseorang yang tidak m...

Mode : Jiwang

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Teringat saya kepada perjanjian saya dengan Mr Storm semasa kami mula-mula berkawan satu masa dulu. Kami berjanji untuk; 1)berkawan sampai bila-bila, 2)takkan jatuh cinta kepada satu sama lain, 3)tidak boleh ada perasaaan yang lebih daripada seorang kawan dan tidak boleh mendambakan diantara satu sama lain. Saya pun tak pasti siapa punya idea perjanjian tu. Rasa macam idea saya je . Hehehe... Sebab merepek. [Biasanya kalo part-part merepek tu mmg idea saya. Wakakaka.]. Yang pastinya... syarat pertama dan kedua tu memang idea saya. Tapi yang ketiga tu... erm.. rasanya tu Mr Storm menambah-nambah. Sbb perkataan mendambakan tu saya tak tau pun apa maknanya. Bila tanya Mr Storm... dia kata, maksudnya... tak boleh terbayang dan menginginkan diantara satu sama lain. Hehehehe. Saya mmg tak tau itu maksudnya, sebab nahu bahasa melayu saya memang tak berapa skit. Kenapa kami buat perjanjian tu juga saya dah lupa. Kalau tak silap, oleh kerana ...

Buat Hal Lagi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Tadi tepat jam 12.15pm, saya terus balik umah. Nak amik satu dokumen penting kat umah. [Buat-buat penting pun boleh juge. Haha.]. Masa tu saya dah plan... Haa.. sampai umah nanti jam 12.45pm. Lepak2 jap tgk tv. 1.30pm nak solat. Pastu sambung lepak sampai 2.15pm, baru gerak pegi ofis. Uih... Best2.. Time rehat bleh tido kat katil sendiri. Memang syahdu. *Dengan senyuman kerang selebar yg mungkin. Sebelum sampai umah saya singgah kat gerai pisang goreng nak beli pisang goreng dengan keropok lekor. Then sampai le kat umah..... pastuuu... huuuuwaaaaaaaaaaaaaa.... kunci umah saya tak bawak balik. Sebab kuar2 tadi, saya hanya bawak kunci keta, purse dan henfon je. Mmg alfonso de albuqueqe betullah!!!.. Menyirap sungguh darah saya. Betul2 dah lama saya tak rasa marah dan frust macam tadi. Tapi takpe... Saya berlatih... Sabar.. Urut dada..urut dada.. tarik nafas pepanjang... istigfar dengan sepenuh hati.... Memang saya takde pilihan lain se...

!@#$%^&*()

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Cuba tgk gambar ni... Nampak objek putih di dalam poket beg itu? Haa... Itu la dia broadband aku yg aku canang-canangkan kat satu dunia bahawa beliau dah hilang. Memang chisssssssssssssss. Sbb aku dah call Celcom utk terminate. Dan org Celcom tu dah tanya betul-betul, confirm ke nak terminate. Sebab kalo nak sambung balik, perlu ada bayaran lain plak. Grrr.... Malas betul nak fikir. Tapi buat masa ni, biar la aku belajar hidup tanpa broadband kat umah. Bleh la buat byk benda lain. Seperti baca buku yg dah berlambak giler tgh tunggu turn utk aku baca. Dan kemas umah dgn lebih bertatasusilawati mat nor. Disamping dpt jimat drpd kena bayar bil, duit tu bleh buat beli aiskrim Wall's banyak2, tiap2 hari. Kehkeh. Moralnya : Lainkali cari lagi guna bulu hidung.

Nak Jugak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kali ni tak perlu baca panjang-panjang. Sebenarnya saya nak jugak post a new entry, tapi takde idea nak citer apa. So, saya tepet la gmbr2 ni. Sila ketawa kalau kelakar. Kehkeh. Malaria? Ceh... ader ke patut dia panggil negara kita malaria. Hahaha...

Cara-cara Untuk Dapat Jodoh

Sejahteralah ke atas kamu...yg membaca blog ini... Entry ini khas untuk orang bujang yang masih menunggu jodoh. Stress kan bila sendirian? Bukannya pasal sunyi jugak.. Tapi sebab orang lain asyik tanya 'bila nak kawen?', 'bila nak makan nasik minyak', bla..bla..bla... Lain kali kalo orang tanya kamu mcm tu, kamu tanya dia balik "kalo aku tanya ko, bila ko nak mati, ko tau???".. heheh.. ok..ganas sangat. So, tukar soklan. Tanya orang tu, "bila ko nak naik haji?". Haa.. Mesti dia pun tak tau kan? Sama la situasinya. Ok... Straight to the point. Kalau nak cepat dpt jodoh.... Setiap hari, perlu banyak beristigfar... kepada Allah. Setiap pagi, bangun solat Subuh, perlu beristigfar. Tapi ada caranya... Bukan sebarangan. Tau? Tau ke tak? Hehehe.. Saje je kerek. Syarat-syarat supaya istigfar ini berkesan ialah : 1) Istigfar mestilah dalam keadaan sedar dan berniat untuk menyucikan diri. ~Maksudnya kena la istigfar dalam keadaan fokus dan kusyuk. Takyah le n...

Teluk Cempedak!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sape tak tau Teluk Cempedak* tu kat mana, angkat tangan. Ni nak flashback memory lagi ni. Faham-faham je la... Time ada benda nak diceritakan, time tu la ada connection problem. Ntah bile la saya nak pegi Kedai Celcom untuk terminate broadband yg hilang tu. Haihhh... Sabtu lepas yang masa saya balik kampung tu, sebelum sampai umah, saya melencong pegi jumpa kawan-kawan baik saya masa skolah dulu. Sekarang pun masih kawan baik cuma jarang jumpa. Kawan-kawan saya tu namanya Waki dan Duyuh [dua-dua bukan nama sebenar, ahakss...]. Tapi 2-2 tu pompuan yer. Bukan transexual. Ngeh2. Kami berjanji utk berkumpul di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah, sbb mcm center bagi kami 3-3 org. Baik kan? Buat perjumpaan kat masjid. Lepas dah datang 3-3 org ahli-ahli Geng Kapak tu, kami bergerak ke Teluk Cempedak. Weehuuu!! Teluk Cempedak [TC]! Tempat nostalgia larian marathon masa skolah menengah dulu. Pastu, dah sampai tu, kami pilih KFC utk melepak. S...

Ibu Mertuaku

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Saya dah hampir terlupa yang saya ada blog. Ni broadband la punyer pasal. Sape suruh dia hilang?? Tu la, lain kali.... jgn bergossip tentang transexual terutamanya semasa di Teluk Cempedak. Hahah... Kalo tak faham angkat tangan. Cerita ni flashback je. Sbb dah takde peluang nak online mcm dulu. Jadi, 'cerita-cerita hot Kak Lita' terpaksa la disimpan di dalam peti. Ni la baru nak kuarkan. Minggu lepas, saya amik cuti rehat 2 hari[Isnin dan Rabu].. Tapi yang syiok habisnya... Dpt bercuti 9 hari.. Wee hooo.... Memang melangut sakan le kat kampung. Hari Sabtu lepas saya balik kampung... Malam tu saya call ibu, untuk bagitau beliau yang saya nak singgah umah beliau, nak amik baju melayu Mr Storm. Tp ibu takde masa tu. Bakal adik ipar [Ninee, bukan nama sebenar.] je yang jawab. So, no problem la kan... Asalkan maklumat dapat dipindahkan ke lokasi yang betul tu dah kira ong la... Lepas tu, saya sembang2 jap dgn mak, then krohhh...kroh...