Skip to main content

Kamu Ni Seperti Artis . . . .

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Abg saya pernah kata begini kepada saya "Eh, rambut ko ni mcm rambut maikel jeksen".
*Rambut Michael Jackson dalam video clip 'You're Not Alone'. Grr.. Makan dalam.. berdarah hidung.

Pernah tak orang kata kamu mirip seperti mana-mana artis atau disamakan dengan orang lain? Sama ada dari segi rupa atau perangai? Mesti ada kan? Kadang-kadang, kita sendiri yang dengar, rasa mcm nak tersembur, inikan plak kalo orang lain dengar. Kalau saya sendiri, selalu dikatakan mirip orang-orang tertentu tapi kalo saya sebut nama orang yg mirip saya tu, tentulah kamu tak kenal kan? Jadi, saya hanya sebut beberapa contoh yg popular je.

Baru-baru ni, masa kat kampung... Abang saya cakap saya gemuk, dah macam Abby Abadi sebab dagu berlapis. Huhu... Merana Abby Abadi kalo dengar. Sorry ye Kak Abby. Abang saya tu mmg camtu skit perangai dia. Hahahaha.

Pastu, Kak Alia [hopismate saya] selalu cakap perangai saya mcm perangai Scha Alyahya dalam Awan Dania. Sebab jenis yang cakap selambe derk je. Kuheh..kuheh... Scha Alyahya la plak...

Lagi satu yang paling tak tahan bila Ayoh Pin [Kamarul - pon hopismate gak] kata, muka dan perangai saya sekali mirip macam Syarifah Amani. Astavasekakoikakyeyyy sungguh. Saya dah la bosan tgk Syarifah Amani. Pastu perangai dia menggelupur mcm bagus je,... Tetiba orang kata saya macam dia plak. Adeh.... tak sesuai nya. Dah tentu la Amani tu kiut + kecik coit je. Saya ni kembang setaman. Heheheh... Haihhh... Kamarul ni... Nak kena ni.

Tapi korang jangan le rasa mcm nak muntah, sebab saya sedar yang saya ni sikit pun takde rupa artis. Artis je yg macam muka saya. Hehehe.
*Haaa... Saya ader sorang kawan yang muka beliau macam Azza Elite.. Wowww... Cayalah! :D







Kesimpulannnya... aku rasa sebab idong aku kembang. Muahahahahaha.... Peaceee...

Comments

  1. ala...macam mana nak komen muka awak macam artis mana...sbb xde pun gambar besar2 awak kat sini...
    hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Lala, don't worry.. muka saya mmg langsung takde muka artis. kekekeke... Sia-sia je kalo awk tgk gmbr saya nnt.

    ReplyDelete
  3. ada org ckp muka sy macam siti nurhaliza!!!! hahahahaha
    tp betuikan cik lida kekeke

    ReplyDelete
  4. Wow...! 3 in 1.... Biar betikkkkk??? Kuheh3..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...