Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

JK

Apakah itu JK? Dulu masa tgh bercinta dgn org2 yg sebelum Mr Stormpong, saya selalu JK. Banyak benda yang bleh buat saya JK. Dan besfren saya jugak sama-sama berkolaborasi dgn saya untuk JK. Hahah.. JK itu ringkasan bagi term 'Jiwa Kacau'. Masa mula-mula jumpa Mr Storm dulu, saya masih juga selalu JK. tapi bukan JK dgn beliau. Saya JK tentang perkara lain. Dan bila saya mengadu kepad beliau tentang JK itu, beliau selalu buat-buat tak faham. Then beliau akan tanya JK tu apa. Eeii... Padahal beliau tau. Tapi sejak dgn Mr Stormpong, saya dah tak JK lagi. Hihi... Sukaaa....

Dendam Terbalas....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Hari ni baru je masuk keja lepas cuti balik kampung 5 hari. Perghh.. Syiok wooo balik kampung. Sebab utama ialah sebab ada mak dan abah dan family. Jadi, hidup ni tak la sunyi sangat macam dok kat KL ni. Dok sorang2 kat umah kat KL, rasa mcm nak giler. Haiih... lambatnya bulan 6[nak ditemankan oleh en stormpong plak]. Tapi kalo part nak jahit manik kat baju pengantin dan buat bunga telur plak... saya doakan agar bulan 6 dtg lambat lagi.. huhu.... Dendam yg tersimpan selama ni ialah nak makan keropok lekor. Akhirnya... Dapat jugak. 2 hari berturut-turut saya pergi Tanjung Lumpur untuk makan keropok ikan. Tanjung Lumpur tu kiranya macam 'little Terengganu' la kalo kat Kuantan. Port untuk makan kepok lekor. Fuh... Memang syiok habis. Ye la... kat KL ni, mana la nak jumpa keropok lekor yg full of fish. Dah tu, harganya masih lagi murah. Pastu air kelapa plak RM2 jem kalo nak bandingkan dgn KL, RM4.50 segelas. Huhu... Pengsan toke

Petua Untuk Kulit Wajah Yang Licin Dan Halus

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Untuk makluman : Kulit muka orang yang menaip entry pun bukannya halus dan mulus mana pun. Berkerak juga. Mungkin sebab dia tu pemalas. Jadi, jangan jadikan dia sebagai benchmark untuk kecantikan. Tip Pertama : Bomoh resdung kata, kalo nak hilangkan jerawat, kena kawal pemakanan kita. Ada banyak punca terjadinya jerawat. Salah satunya dan yang paling tipikal adalah disebabkan oleh resdung. So, menurut beliau lagi ,makanan yang perlu kita berpantang ialah AYAM. [Pantang makan tau, bukan pantang jumpa]. Diulang, AYAM. Tak kira la ayam tu masak macamana. Rebus ke, goreng ke, kukus ke atau bakar. Asalkan nama dia ayam, cuba la elakkan makan ayam [kalo dia tipu, maka tipu la saya ye. So, jgn salahkan saya. Saya hanya kongsi fakta yang saya tau saje.]. Tapi Ayam Brand Sardin masih boleh makan. Jgn risau. Kehkeh... Kenapa ayam? Tak lembu atau kambeng gurun atau arnab? Menurut bomoh resdung yang lokasinya di Melaka, hama resdung tu berasa

Saya Pemalas......

Sejahteralah ke atas kamu.. Saya ni pemalas. Banyak benda yang saya malas nak buat. Malas makan, malas menyapu, malas pergi keja, malas nak layan orang, malas berkenalan dan mcm-mcm lagi la yg saya malas nak buat. Makan. Makanan kegemaran saya ialah bubur sebab saya malas nak kunyah. Senang makan bubur, bleh telan je. Kalo saya makan biskut atau roti plak, saya lebih suka kalo dpt celup dgn air wp hanya air kosong. Sebab bila rendam dlm air, biskut tu akan jadi lembut, so bleh telan je. Semalam bila En Stormpong sms saya, masa tu saya tgh berkubang kat depan TV sambil buat bunge telur. Beliau sms mcm ni, "Awak, saya tgh meeting ni. Awk buat apa tu?". So, saya jawab le "Saya tgh buat bunge telor sambil tgk TV. Awk, saya lapar la... tapi malas nak kunyah." Beliau balas "Perghhh.. memang pemalas betul la awk ni... habis la saya nanti kekekeh". Saya hanya mampu gelak je la. Sebab mmg saya malas pun. Menyapu Dulu masa tgh sembang-sembang dgn beliau, saya

Nostalgia Zaman Dolu....

Sejahteralah ke atas kamu.. Masa saya muda dulu, saya penah jadi penari kabaret. Kehkeh.. Kelakar je bila ingat. Takde la... Bukan kabaret pun. Hanya buat persembahan sekali je masa dinner SSM tahun 2008. Saya jadi penari latar. Masa tu kawan saya jadi penyanyi. Then saya dgn sukarela nak jadi penari latar bersama 2 org lagi kawan saya yang lain. Masa tu, saya hanya berniat nak cuba je. Dan nak tau apa perasaannya bila berada di atas pentas membuat persembahan. Lagipun masa tu kurus lagi. Hehehe.. So, skrg saya dah tau le apa perasaan bila duk atas pentas. Iaitu... saya tak rasa apa2 pun. Rasa kosong je. Kehkeh.. Poyo je. Kalau org lain mesti nerves kan? Tapi saya biasa je. Waktu ni, kawan saya nyanyi lagu Cinta by Amy Mastura. Kami berlatih kat ofis, masa tu kat The Mall tingkat 16. Memang agak tergedik-gedik jugak ler... Tapi enjoy beb!!!! [Ayat jahiliyah. Hahaha]. Takde la .... Tak le enjoy pun. Cuma dpt pengalaman. Padahalnya tarian kiterang tak la best mana pun. Merapu + terki

Takde Motif

Bila saya tgk balik gambar-gambar saya masa muda dulu, huhu... terluka plak hati. Huhu.. Sebab sekarang muka nampak tua + gemok. Yang penting, dari dulu sampai skrg, telinga tetap cegeng... Dah macam org bunian. [Oppsss... Bunian tu jin kan? kan? Euww... Takott...] Nampak tu? Saya dan Org Kg Baru semasa zaman remaja. Eceh... Alamak.... lupa nak letak watermark kat gmbr2 ni. Karang kalo org curi then bawak pegi jumpa bomoh mcmn? Semoga tidak la kan.... Saya tau pembaca-pembaca blog saya ni hanyalah kawan2 saya dan kalo bukan kawan pun, pasti takkan buat keja2 stupidity begitew betul tak.... kalo ikutkan nak letak lagi byk gmbr. Tp kang boring plak korang tengok kejelitaan wajah ku itu... Lalalalala... Tak tau la apa motif saya letak gambar-gambar ni... Tapi suka gambar2 ni. Seronok saat-saat ni... Time semua org masih dalam mode bergalok. Hehehe...

My Wedding Theme...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Dengan gewdiks nye saya nak mengumumkan bahawa tema majlis perkahwinan saya nanti adalah.... errkk... Bunga Poppy. Serius ni. Tak tipu. Bunga poppy ni adalah bunga tema untuk perfume 'Flower by Kenzo'. Kaler merah. Dah lama saya suka dgn bunga ni selain bunga tulip. Sebab saya suka bunga yang simple tapi elegant. [Elegant kewww??? Wuuhuuhuuu...tak kuasa nak layan.] Cool kan mereka? Tak menahan tu.. Pilih bunga poppy. Seolah-olah macam saya dgn Mr Storm adalah penagih dadah tegar sampaikan nak jadikan bunga poppy sebagai tema majlis perkahwinan. Giler lah! Tapi dah suka, apa nak buat. Yang penting, saya baru je bitau En Stormpong pagi tadi. Itu pun by email. Hehehe... Tapi kalo beliau tak setuju pun, saya buat jgk. Sebab ini utk kenduri kt umah saya... Kalo beliau nak tema lain, tunggu masa kenduri umah beliau la kan?

Untuk Awak,...

Awak... Saya tujukan kata-kata ini khas untuk awak... May you never steal, lie or cheat. But if you must steal, steal away my sorrow... If you must lie, lie with me all the nights of my life.. And if you must cheat, Please cheat your death... Because..... I couldn't live a day without you.... I love you, my love. Mesti korang menyampah nak baca jiwang karat-kerot aku nih. Ngeh2. Sila la muntah jika mahu. Ada aku kesah. Lagi satu, hahahah... jgn nak berangan tunang aku hensem + macho + tough mcm model D & G tu. Kehkeh.

I Wonder Why...

..kenapa ye.. kebanyakan org, apabila sedang berdoa, dia suka goyang-goyangkan badan mereka? Adakah dgn bergoyang itu menambahkan kusyuk? Atau doa akan lebih cepat dimakbulkan? Hehehe... Cuma tak faham je. Kadang-kadang nampak mcm comel pun ada. Terutamanya kalo berdoa ramai2. Mcm termasuk dalam rukun berdoa plak. ..kenapa ye.. kebanyakan org, apabila mereka di dalam lif ramai-ramai, kemudian apabila mereka ingin keluar dan terhalang oleh orang yang berdiri di depan mereka, akan bercakap 'excuse me' yang kadang-kadang bunyinya hanya tinggal 'excuse' je. Ckp le penuh-penuh. Pemalas betul. ..kenapa ye.. benda-benda ni pun saya nak complaint. Hahahah... Memang suka cari salah org kot? Owh.. takde la.. Saje je.. Sebab takde point nak cerita. Kehkeh.. Mesti ramai yg sakit hati kang. Sorry dude... i just wonder why je. Bukan nak cari salah pun. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..

Siapa Itu Azlin Tahir?

Sejahteralah ke atas kamu... Saya selalu sakit kepala. Mungkin migrain. Bleh dikatakan tiap-tiap hari. En Stormpong cadangkan pada saya jumpa Azlin Tahir. Siapa Azlin Tahir tu? Awek mana plak yg En Stormpong maksudkan ni??? Haihhhh... Marah ni!!! Azlin tu nick name dia 'Lin'. Nick name Tahir tu plak 'Tah'. Lin Tah. Tapi i takot youuu... Sebenarnya lebih tepat, i geliii you.... Huuuu... Cuba la kamu bayangkan lintah-lintah gemok tu merayap kat atas muka kamu... dah la hitam, licin-licin skit, gemuk2. Euwwww.... Tapi hati macam nak cuba. Haihh... Tengok dulu la mcmn.

Cara Untuk Mendapatkan Duit Melalui Internet

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sengaja je buat entry yang saya tau ramai orang Google untuk dapatkan maklumat tentang nak dapatkan duit lebih melalui internet ni kerana saya tahu salah satu caranya... [Heheheh... Gelak dgn nada berlagak...] Kamu boleh menambahkan pendapatan dengan membuat survey secara online atau dalam Bahasa Melayunya, kaji selidik di atas talian or... what ever. Caranya mudah saja... masukkan 4 cawan air ke dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan... Ok...ok.. Serius. Kamu taipkan keyword 'Online Survey' di search engine [Google atau Yahoo atau Yabeda Bedu.. mana2 je yg kamu suka]. Atau kalau nak lagi specific lagi, taipkan 'Online Survey Malaysia'. Then nnt akan keluar la beratus-ratus senarai syarikat yang menawarkan kaji selidik berbayar secara online [surveyhub] seperti Survey Head, Global Test Market dan lain-lain... Bagaimana kaji selidik ini berjalan? Konsepnya macam ni.... Syarikat-syarikat besar atau kecil yan

Wanita Sempurna Untuk Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Menjadi wanita yang sempurna untuk lelaki kedengarannya seperti agak mustahil... Kerana mungkin kita merasakan bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah. Tapi percayalah.. perkara ini bukanlah mustahil. Menjadi sempurna untuk seseorang, bukan bermakna kita perlu jadi yang tercantik, yang terbijak, terkaya, terpandai masak, terajin, tersuka mengemas rumah, terhangat di pasaran dan ter'bla-bla'. Tak semestinya semua tu diambil kira. Kalau tidak, kenapa kita masih lihat wanita yang cantik, baik hati, alim, dan terbla-bla masih ada yang ditinggalkan oleh lelaki? Sedangkan semuanya tentang dia sudah cukup baik berbanding ramai pompuan yang 'ntah hapa-hapa' di luar sana tetapi dapat memikat ramai lelaki. Kenapa ye? Yang paling utama, ialah perangai. Akhlak itu memang satu hal., penting dan tiada kompromi. Tapi yang lebih penting bagi lelaki, ialah mereka perlukan wanita yang sentiasa suka dengan

Perasaan Saya Semasa Makan Sandwich Subway

Rasanya sungguh.... menyeronokkan dan full of surprise... Sebab dalam tu ada byk bahan, sayur, pickle, olive, onion dan mcm2 sos. Pastu kedudukan semua bahan2 tu plak tak sama. Ada yg tepi skit. Ada yg tgh2. Jadi, every bites of the sandwich akan terasa berbeza. Tu yang buat saya jatuh hati tu. Jadi, tak la rasa boring bila melantak sandwiches tu [heheh... nampaknya sandwich dah jadi plural. Ada harapan nak beli 2 plak lepas ni. Ataupun beli 1 foot... Gemuk la ko Lyd...]. Sejahteralah ke atas kamu...

Saya Gembira Nak Dapat Adik Baru...

Sejahteralah ke atas kamu... Mak saya dah tak mungkin nak beranak lagi... Jadi, jgn fikir adik baru tu datangnya daripada mak saya. Tapi mesti dah boleh agak kan... Mesti la adik ipar. 2 orang plak tu. Pompuan plak tu 2-2 org. Wahh.. Cooooolll.... Saya ni tak ada adik. Dulu masa kecik atau lebih tepat dikatakan masa skolah rendah, saya memang selalu bersyukur sebab saya tak ada adik. Sebab saya rasa kalo ader adik menyusahkan. Ni semua sebab ada sorang kwn saya yg ada adik, dan adik beliau selalu merengek mintak itu ini masa kiterang tgh lepak sesama kwn2. Ishh.. Kacau daun betul budak tu. Masa tu geng2 kami semuanya anak bongsu dan tak ada adik. Saya, Wati, Eda, Nani, Tina dan Marina. Semua takde adik. Hanya Wan dgn Nita yg ada adik. Tp adik Nita independant, selalunya dia tak amik port dgn kakak dia. Cuma adik Wan je yg selalu mintak kakak dia layan dia. Tapi aku mmg kagum dgn Wan. Sebab dia memang seorang kakak yang baik dan boleh diharap. Takde plak dia nak marah adik dia. Pendek

Hidup Saya Takde Kemajuan....

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Saya rasa hidup saya dari dulu sampai sekarang, mcm takde improvement pun. Dalam byk segi, saya rasa saya sama je. Cuma mungkin skrg saya dah tak baran + hangin satu badan. Tu pun agaknya sebab dah makin berusia. Huhu.. Sedor la skit yg diri ko tu dah tua. Adehhh... Macamana ni?

Hantaran Berapa Dulang?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Boleh tak kalo saya nak mintak sebelah pihak lelaki bagi jumlah dulang yang sama banyak dgn yang saya bagi mereka? Kalo saya bagi 9 dulang, then saya nak 9 dulang jugak daripada mereka, bukannya 7 dulang seperti biasa... boleh tak? Nnt dulang hantaran tu akan diletakkan di atas alas dulang kan? Jadi, bila bertukar-tukar hantaran nanti, akan ada 2 dulang dari pihak saya yang tak ada alas dulang. Tak ke akan jadi tak balance?[Chey... teori ni diberikan oleh Pn Atul. Sebab beliau telah melakukan praktik yang sama bagi majlis bertunang dan bernikah beliau dulu. So, kalo beliau bleh buat begitu, why not me? Haaa.. itu kena tanya mak dgn ibu. Kang tak pasal-pasal kena pelangkung kepala aku sebab memandai-mandai.] Dan untuk hantaran pihak lelaki kepada saya pula [7 dulang].... Bakal contents nya ialah : Rantai tangan Perfume Kasut Sirih junjung [eii..menyibuk je sirih junjung ni. Biar je la sirih tu duduk kat pokok.] Kek atau coklat [sebab

Preparation Progress...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Lagi 2 bulan, 2 minggu dan 4 hari. Uihh... Dah makin dekat. Preparation pun ntah apa2 je yg saya dah buat. Kad kawen pun blum tempah. Saya dgn Mr Stormpong baru je decide kad mana yang menjadi pilihan kami. Nasib baik taste kami tak jauh berbeza. So, tak la susah sangat nak buat keputusan. Salah satu tips untuk menempah kad kawen yang kawan saya bgtau ialah.... Kalo kad tu nanti nak diposkan, jgn ada cetakan pada sampul surat. Sebab nnt cas untuk setem lebih mahal berbanding sampul surat yang tak bercetak. Dan sekarang ni, saya dalam proses untuk membuat bunga telur sendiri. Bunga telur yang gempak, elegant dan va-va vroom... [nasib baik tak vavivroom.. kehkeh]. Cekonon je tu. Ntah2 cakap je besar. Korang plak, beriya tak sabar nak tengok. Last-last saya beli je bunga telur yang berharga 0.60 sen sebatang. Tengok la... Kalau diizinkan Allah, kalo sempat saya siapkan bunga telur sendiri, bleh la kamu tgk hasilnya nnt. Tapi kalo saya

Macam Biasa... Saya Pun Nak Jugak....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya tau teori tentang tsunami dah lama. Sewaktu saya di sekolah rendah dulu, dalam darjah 4, 5 dan 6 ada subject 'Alam Dan Manusia'. Sape2 yang seangkatan dgn saya, mesti belajar subject yang sama kot. Matapelajaran ni adalah gabungan tentang ilmu Sains dan Geografi skali. Tapi takde banyak sangat ilmu pun. Semua yang basic je. Sebab tu la kot, bila masuk skolah menengah, subject Sains dan Geografi lemah semacam je. [Cobaan untuk menyalahkan matapelajaran yg tak berdosa tu instead of kesalahan sendiri yang malas belajar. Kalo tak, apsal org lain ok je. Pdhal mereka pun belajar Alam dan Manusia gak. Ngeeee...]. Alam dan Manusia masa saya skolah rendah dulu diajarkan oleh Cikgu Nawi, nama sebenar beliau ialah Nawawi bin Sarupin. Cara beliau mengajar, beliau akan baca nota, kami ramai-ramai tulis apa yang cikgu cakap. Masa tu Cikgu Nawi bacakan definisi 'Tsunami'. Beliau kata 'Tsunami adalah gelombang-gelombang

Cinta Sejati vs Cinta Palsu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Eleh... Ye ke cinta sejati? Atau pun semuanya palsu? Haaa... Jawab! Jawab! Uihh... Tapi mcmn nak tau cinta kamu itu cinta sejati atau tidak? Agak mencabar juga kalo kita sendiri nak menilai cinta yang kita rasa terhadap pasangan kita itu sama ada cinta sejati atau cinta palsu. Tapi biasanya mesti la kita rasa cinta kita tu sejati, ye tak?Ok... Sila jangan syok sendiri dahulu. Baca ni, kemudian baru buat penilaian sendiri tentang hubungan kamu bersama si dia yang tercinta... :) Jika cinta itu palsu, kamu akan..... menganggap pasangan kamu itu hebat, paling sempurna padahal dia sebenarnya biasa je. Bahkan di mata orang lain pasangan kamu tu agak 'hancho'. hanya fikirkan tentang keperluan diri kamu , apa yang kamu mahu, dan segalanya perlu mengikut kehendak kamu sahaja. Ooohh.. itu sungguh tidak sihat. sentiasa mahu bersama si dia sewaktu lapang kamu . Asal ada masa free skit, kamu nak dia ada di seblah kamu utk layan peran

Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju.. Kenapa?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Entry ini adalah tentang perasaan emosi saya sebagai seorang pelanggan dan tiada kena mengena dengan fakta. Orang Melayu ni... kalo dia berbisnes, biasanya cepat je lingkup. Sebab tak maju. Kenapa tak maju? Memang dia boleh cakap sebab dah nasib... atau sebab takdir. Tapi kadang-kadang kena check juga salah sendiri. Tengok layanan yang ko bagi kat pelanggan tu macamana. Penah tak kalo kamu pergi ke kedai milik bumiputera, atau paling tidak pun, kedai tu kedai cina tapi pekerjanya melayu dan dapat layanan mcm kambing? Sombong kan budak2 melayu yang jaga kedai ni? Saya tak kata semua. Tapi boleh dikatakan banyak yang macam tu. Pelanggan masuk, dia layan acuh tak acuh je. Pastu bila org tanya, jawab dengan tak pandang muka pelanggan pun. Kalo 4 org yang jaga kedai tu, 4-4 org skali boleh ada perangai biadap macam tu. Tu belum lagi jadi tokey Harrods kat London. Berbeza kalau pegi kedai milik cina. Lebih2 lagi kalau tokey dia sendiri y

Tiada Berperenggan

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini... Semalam Ken buat perangai lagi. Ken = Kenari saya. Saya turunkan tingkap, pastu takleh naikkan balik. Sabar je. Dah tu, mcmn saya nak pegi beli makanan? Kang singgah, pastu lock keta, tapi tingkap ternganga. Tidak ke sia-sia je usaha tu? Dah la tu, mcmn plak bila dah sampai umah kang, nak park keta kat kawasan flat tu dgn tingkap terlopong. Seolah-olah mcm memanggil-manggil perompak utk rompak keta saya je. [Wei, wp keta saya buruk, tapi saya sayang dia tau??] Bila berdepan dengan kecemasan... Kita harus berfikir dengan pantas. Dan untuk berfikir dengan pantas pula, kita haruslah... Bertenang... Jadi, saya bertenang dulu, pastu baru la dtg idea. Saya rasa, saya perlu betulkan tingkap tu sebelum saya sampai umah. Sebab, wp diandaikan bahawa; semua penduduk Malaysia ni dah takde perompak sekalipun, kalo tingkap keta tak bertutup, masih juga akan menimbulkan masalah. Kot2 kucing atau munyit dtg tumpang tido dlm keta ke. Nak lagi haru kalo

Sungai Lui

Tahu tak lagu ni? Lagu yg sedang saya gunakan untuk muzik latar blog saya ini.... Lirik lagu Sungai Lui - Aizat Amdan. Pejamkan mata mu untuk ku Dengarlah dunia berkata-kata Usah kau ragu di sini tempatmu Walau berubah di mata kita Tetap indah selagi kau masih percaya Tertawa, kecewa, terpisah, Jalan yang lurus kian berhala Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap kau masih percaya Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap ku masih percaya Bukalah matamu Biar aku memelukmu Kita bersama masih muda masih mentah Ku harap kau masih percaya Selama ini ( 7x )

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi.

Melaka Part Siri Ke-Tiga

Sejahteralah ke atas kamu. Sambung lagi... Lepas tayar dah 'mak nkau meletop!' tu, apa lagi, purple la muka masing-masing. Dah tu, peralatan nak tukar tayar plak takde. Tepi highway tu plak, bahu jalan dia kecik je. Keta-keta yang lalu semua laju-laju. Belum kira bas-bas dgn lori-lori yang semuanya rakus nak cepat sampai. Saya tau, mereka semua nak cepat sampai sebab sakit perut nak berak kan? Heheh. Mula-mula kami call AAM cawangan Melaka. Pastu AAM suh call no tol free kat belakang kad AAM tu. So, kami call la. Pihak PLUS. Waktu itu sudah jam 5.10ptg. Tunggu pihak peronda PLUS dtg, sampai jam 5.40ptg. [Boring dan takut giler tunggu kat tepi highway tu. Huhu...] Cerh.... Kata takut. Tapi bleh plak posing sambil tersenyum-senyum simpul kat tepi highway tu. Nampak sangat menipu..hihi Bila nampak keta peronda kaler kuning tu sampai... lega rasanya. Lebih-lebih lagi bila nampak abang polis yang macho lagi tough tu dgn peralatan menukar tayar mereka. [Kena la puji skit sebab m

3 Months To Go......

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini... Lagi 3 bulan... Saya sgt nervous. Sebab saya tahu, perkahwinan itu bukan mudah dan perlu pandai manage banyak perkara. Terutama bila ada anak. Lagi la pengsan. Skrg ni, hidup sorang-sorang pun mcm tak dpt handle diri sendiri. Kalo dah ader anak kembar 3 nnt mcmn? Huhu.. Nervous...Nervous. [Ader hati nak anak kembar 3. Sebab cepat skit bleh lintas Ayu. Kehkeh.] Persiapan untuk majlis perkahwinan pun ntah mende-mende je yang saya dah prepare. Macam tak ada apa-apa sgt lagi. Event kad kawen pon belum tempah. Esok la saya pegi tempah. [Ceh, dan-dan je nak pegi esok.]. Baju untuk majlis akad nikah dan kenduri di sebelah pihak lelaki pun belum tempah lagi. Masalah saya yg paling kronik, ialah sebab saya ni pemalas nak pegi Jalan TAR. Rasa mcm bercinta je nak pegi kt tempat2 serabut yg ramai org mcm kat Jalan TAR tu. Huhu... Baju utk majlis kenduri kat umah saya je yg saya dah tempah. Itu pun pegi beli kat KAMDAR. Hehehehe.. KAMDAR MidValley

Melaka Part Siri Ke-tama

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kecoh satu Malaysia yg saya pegi Melaka. Beriya cerita kat blog ye tak? Saya tak kisah kalo org nak kata saya ni 'semua benda nak citer kat blog', sebab ni cerita saya. Saya cerita untuk saya sendiri baca kenangan-kenangan saya di masa akan datang. Sebab kita ni kan manusia. Pelupa. Kadang2 kisah2 kita ni, kalo tak ditulis, kita sendiri akan lupa. Contohnya kenangan zaman skolah. Kita hanya ingat kenangan yang betul2 besar je. Yang kecik2, yg simple, kita tak ingat. Pastu bila member skolah yg berdaya ingatan kuat, ungkit balik kisah masa skolah, kita tak ingat. Cis. Macam cipan. Hari Sabtu, sepatutnya meeting tu habis jam 6.30ptg. Tapi di atas usaha gigih semua pihak utk pegi bersantai dan bersiar2, meeting tu dapat dihabiskan jam 5.00ptg. Saya dan urusetia yang lain, suka la jugak, sebab kami pun dapat berjalan2 cari pasal kat Bandar Melaka. Kadang2, wp dah biasa pegi, tapi kalo dah namanya suka bergalok, kat mana-mana pu

Melaka Part Siri Ke-Dua

Sejahteralah ke atas kamooooo yang membaca blog ku itoooo. Lepas dah tergedik2 lagi skali kat tgh-tgh bandar Melaka tu, kami bergerak balik ke KL. Dalam jam 3.00 ptg. Lepas tol Air Keroh... Saya dapat rasa kereta bergegar-gegar. Mcm lalu kat line kuning tempat kanak-kanak melintas kat skolah. Padahal takde pun line kuning tu kat situ. Saya tanya driver, [Abg Lin], apsal gegar semacam je? Saya ni agak sensitif bab-bab kereta ni, sebab maklum le, KenariLyd tu kan selalu buat pasal. Dan perasaan gegar mcm lalu kat line kuning tu saya penah alami dulu. Punca gegar tu ialah sebab tayar nak pecah. Bila saya dah perasan yg keta tu ader sumthing wrong, Abg Lin masih lagi drive dengan selamba wa-wa. Saya plak, selamba ya-ya je sound Abg Lin suh dia bawak slow skit. Huhu.. Nyawa kan... Takut gak melayang. Lagipun saya macam fobia skit lepas accident 2 thn lepas. [Org beriman sepatutnya tak takut mati kan? Huhu.. Ye la.. mmg betul, tapi kalo mati accident tu mcm teruk je. Kalo bleh mintak dijau

Logo Sukan Olimpik 2012 - London

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kontroversi tentang Logo Sukan Olimpik London 2012 yang dikatakan mempunyai unsur-unsur perkauman. Isu ini ditimbulkan oleh Ahli Jawatankuasa Olimpik Iran, Bahram Afsharzadeh [maik aihh.. canggihnya nama dia]. Logo ni, haaa.. ce tgk betul2. Encik Bahram ni mendakwa, kalo digabungkan angka-angka 2-0-1-2 di dalam logo tu, boleh membentuk perkataan 'ZION'. [Kalau dibaca ikut turutan 2-1-0-2]. Bila baca dari arah berlawanan pon akan membentuk perkataan Zion tu jugak. Di dalam kitab Injil, Zion tu adalah merujuk kepada Jerusalem iaitu tempat orang2 Israel. Dengar cite nya, Iran nak tarik diri daripada bertanding di Sukan Olimpik tersebut. Komen saya : Tak tau la nak cakap apa. Kalo nak diikutkan betul2, orang2 I5R43L ni memang dah lama menyebarkan syiar Yahudi kepada semua manusia di seluruh dunia. Sama ada kamu perasan atau tidak je. Ini hanya secebis je yang kita nampak. Padahal agenda tersembunyi dalam perang psikologi mer

Tertinggal Keretapi - Hantu Kak Limah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mesti ramai yg dah tgk kan? Saya baru je tgk last weekend. Tu pun bila semua org dok kata citer tu best dan kelakar giler. Yelah.. Sampai tahap pecah panggung. Collection sampai 6 juta. Kira hebat la tu kan? Saya ni pantang skit, kalo semua org kata best, takleh jadi ni. Saya mesti rasa tersisih daripada masyarakat kalo saya tak tgk. Tertinggal keretapi betul la saya ni kan? Org lain dah tgk byk2 kali, saya baru je nak tgk movie tu. Masa mula-mula dpt movie tu dari GamGam, saya mmg excited giler nak tgk filem tu. Sebab dah lama tak tgk citer kelakar. Kot2 bleh la gelak2 sampai kuar air mata. Errm... TAPI..... Memang mengecewakan. Tak kelakar pun. Mcm biasa je. Bagus lagi telefilem2 yg ditayangkan kat slot Cerekarama. Tu yang saya tak faham tu. Adakah saya sorang je kat Malaysia ni yg rasa citer tu tak kelakar? Berhaluan kiri kah saya? Atau adakah sense of humor saya tak tinggi? Atau mungkin juga sens

Kenapa Saya....?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sejak akhir-akhir ini, saya dah semakin tak menjaga penampilan diri. Tak ada la apa sangat. Cuma saya dah semakin tak bermekap. Kalo ader pun hanya pakai lipstick je, takde bedak, takde celak, dan blusher jauh sekali. Sampai ada yang menegur [yg tegur ni plak lelaki-lelaki kat ofis saya] "Apsal ko dah tak pakai bedak?", atau "Kenapa Lyd nampak comot?". Haihh.. Suka-suka hati dia je cakap aku comot. Sorry skit yer. Saya tak bermekap, bukannya sebab saya bongok sangat dalam hal ehwal mekap-bermekap ni. Dan bukan juga sebab tak ada mekap. Masih ada banyak lagi mekap saya yg belum habis. Compact powder, make-up stick, foundation, mascara, bla..bla..bla.. Tapi kenapa saya tidak bermekap? Ada banyak sebab sebenarnya. Diantaranya ialah, sudah tentulah sebab saya pemalas. Heheheh... Nak kunyah nasik pun saya malas, inikan plak nak bermekap beriya-iya setiap pagi. Uoohhh... Tak kuasa nak layan. Remeh. Lagi, sebab saya na