Skip to main content

Melaka Part Siri Ke-tama


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kecoh satu Malaysia yg saya pegi Melaka. Beriya cerita kat blog ye tak? Saya tak kisah kalo org nak kata saya ni 'semua benda nak citer kat blog', sebab ni cerita saya. Saya cerita untuk saya sendiri baca kenangan-kenangan saya di masa akan datang. Sebab kita ni kan manusia. Pelupa. Kadang2 kisah2 kita ni, kalo tak ditulis, kita sendiri akan lupa. Contohnya kenangan zaman skolah. Kita hanya ingat kenangan yang betul2 besar je. Yang kecik2, yg simple, kita tak ingat. Pastu bila member skolah yg berdaya ingatan kuat, ungkit balik kisah masa skolah, kita tak ingat. Cis. Macam cipan.

Hari Sabtu, sepatutnya meeting tu habis jam 6.30ptg. Tapi di atas usaha gigih semua pihak utk pegi bersantai dan bersiar2, meeting tu dapat dihabiskan jam 5.00ptg. Saya dan urusetia yang lain, suka la jugak, sebab kami pun dapat berjalan2 cari pasal kat Bandar Melaka. Kadang2, wp dah biasa pegi, tapi kalo dah namanya suka bergalok, kat mana-mana pun jadi. Kekeke.

Memula gi beli kerepek dan makanan ringan mcm dodol, dan apa2 benda ntah kat Medan Samudera. Padahal dekat je dari Holiday Inn tu, tp saje je gedik nak naik keta gak. Takpe. Yang penting bukan saya yg drive. So, kalo susah nak parking ke, jalan jem ke.. saya tak la rasa stress sgt. Lepas beli makanan2 tu, kami dgn gediknya pegi Muzium Samudera. Iaitu kapal besar kat tgh2 bandar Melaka tu. To be honest, saya tak penah masuk Muzium itu. Kira first time la tu. Hehehe...

Semacam je gmbr ni kan? Hehehe... Dah la gemok. Eeii... Benci haku.


Konon-konon cute la tu buat muka muncung. :d

Cameraman suh kiterang posing macam nak merayu patung pahlawan tu. Tapi aksi tak menjadi.


Lagi skali lakonan, konon-kononnya gambar candid. Padahal tak candid.


Dressing aku mmg out skit, sebab lepas meeting terus pegi sini. Dalam bilik meeting sejuk giler, aku lupa nak bawak jaket, so, terpaksa la pakai t-shirt lengan panjang kat dlm. Huhu... Buat rosak gmbr je.

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...