Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Kisah Budak-budak Sunat

  Sejahteralah ke atas kamu..... Cuti sekolah bulan 12 2022 yang lepas, aku sempat la khatankan anak-anak aku. Yang sulung umur 9, yang kedua umur 6 tahun. Actually 6 tahun tu masih kecil untuk bersunat sebenarnya. Walaupun aku tahu ada orang sunatkan anak semasa anaknya masih bayi. Dia macam ni, sama ada nak sunat semasa masih baby, atau tunggu kanak-anak dah besar sikit macam umur 9 tahun ke atas. Aku ni, layankan je la sebab yang 6 tahun tu beriya-iya nak sunat. Dia bersemangat nak bersunat sebab aku janji dengan dia, kalau sunat, sementara tunggu nak sembuh tu aku bagi main henfon tiap-tiap hari. (Biasanya Jumaat Sabtu Ahad je mereka boleh main henfon).                      Aku khatankan anak-anak aku di Melaka. Saja nak bagi mereka together-gether dengan sepupu dia. Bagi feeling-feeling berjemaah menyatu ummah sikit. Kisahnya anak kedua aku yang umur 6 tahun tu berani sangat nak sunat, sebab dia tengok kartun Upin Ipin bersunat macam kena gigit semut je. Dah Upin Ipin tu tunjuk se

Keinsafan Belanjawan

 Sejahteralah ke atas kamu...... Cerita dia macam ni. Aku ni, boleh dikatakan sangat kerap order makanan dengan delivery service. Aku sedar, harga kat Fud Penda atau Gerab lagi mahal daripada harga kalau beli kat kedai. Service Tax lagi. Delivery Fee lagi. Memang mahal. Tapi aku pejam mata je demi nak melayankan kemalasan aku ni. Sehinggalah semalam. Aku order sekali lagi daripada Fud Penda, tetibe aku tersedar..... Delivery fee mahal gila. Ini restoren yang bukan la begitu jauh daripada ofis aku. Biasa dalam RM5 gitu je. Aku dah terasa mahal sangat dah ni. Tapi aku keringkan hati, place order juga. Lapar punya pasal kan. Bila Fud Penda sampai, aku turun la ke lobi untuk ambil food aku. Masa aku dah ambil food aku, dan naik lif. Jeng...jeng... jeng... tiba-tiba ada seseorang officer higher level kat ofis aku nak naik lif yang sama dengan aku. Aku berdua je dengan dia. Pada tangan beliau (tibe2 hormat), ada sebungkus makanan macam beli tapau. Aku pun ringan mulut bertanya, beli kat mana