Skip to main content

Keinsafan Belanjawan

 Sejahteralah ke atas kamu......


Cerita dia macam ni. Aku ni, boleh dikatakan sangat kerap order makanan dengan delivery service. Aku sedar, harga kat Fud Penda atau Gerab lagi mahal daripada harga kalau beli kat kedai. Service Tax lagi. Delivery Fee lagi. Memang mahal. Tapi aku pejam mata je demi nak melayankan kemalasan aku ni.

Sehinggalah semalam. Aku order sekali lagi daripada Fud Penda, tetibe aku tersedar..... Delivery fee mahal gila. Ini restoren yang bukan la begitu jauh daripada ofis aku. Biasa dalam RM5 gitu je. Aku dah terasa mahal sangat dah ni. Tapi aku keringkan hati, place order juga. Lapar punya pasal kan.



Bila Fud Penda sampai, aku turun la ke lobi untuk ambil food aku. Masa aku dah ambil food aku, dan naik lif. Jeng...jeng... jeng... tiba-tiba ada seseorang officer higher level kat ofis aku nak naik lif yang sama dengan aku. Aku berdua je dengan dia. Pada tangan beliau (tibe2 hormat), ada sebungkus makanan macam beli tapau. Aku pun ringan mulut bertanya, beli kat mana tu Puan? Dia jawab la tempat dia beli makanan tu. Aku malu sendiri. Sebab dia yang gaji besar dan pangkat besar tu pun turun sendiri pergi beli makanan tapaw. Aku yang marhaein gaji siput dan pangkat rendah ni pulak membazir beli makanan ikut Fud Penda kerapkali. Malu weh. Huhu. 

Hari ni, aku keinsofan. Bila ada kawan makan aku ajak order, aku pun ceritalah kat dia peristiwa keinsafan aku tu kat dia. Yess... aku berjaya menginsafkan kawan aku juga. Aku pun buat keputusan untuk beli kat cafe ofis aku je. Aku offer utk kawan aku kirim dgn aku je, takyah la berbondong-bondong. Buat lambat je. Kita nak buat jenayah takleh ramai2, nanti kantoi. Eh tibahh.

Apa la badi pulak, hari ni hujan lebat. Seramai-ramai manusia dalam cafe tu. Nak menapak pun payah. Semua takle keluar, semua la tertumpu ke cafe je. Aku by pass la barisan, terus pergi order mihun sup seperti gambar di bawah. 



Selesai la hari pertama aku insaf daripada membeli makanan ikut Fud Penda. Esok belum tahu. Lusa pun belum tahu. Tak dapat dijangka selama mana kerajinan dan keinsafan aku akan bertahan. Harap-harap lama la aku insaf memandangkan hari-hari mendatang ni akan lebih banyak krisis yang akan terjadi, krisis makanan, krisis ekonomi, krisis minyak mentah tak lupa juga krisis pertengahan usia. 😜

Dan sekarang. Di waktu petang. Aku sedang kelaparan. Mihun sup utk portion sorang makan tu, mana cukup untuk mama. Mama ni Big Momma House. Kbai..

Comments

  1. Office aku dah lama takde cafe. Last buka ada la dalam 4-5 tahun lepas. Sebelum covid lagi dah takde cafe. Hahaha... Dalam case aku, sebelum nak keluar lunch, buka dulu apps FoodPanda. Tengok ada kedai yang buat free delivery ke tak. Kalau takde, aku filter lak by distance, kot2 ada yang delivery murah tak. Kadang2 ada je yg delivery RM1-RM2. Kalau takde juga, terpaksa keluar. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. koi pun kadang ke malasnya tu datang, order la juga. Padahal ada je kereta motor nak membeli, tapi dah kata malas, jangan kata nak masak, nak ke kedai pun malas

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...