Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Mengutuk Orang

Sejahteralah ke atas kamu... Saya masa sekolah menengah dulu, agak berperangai seperti puaka. Bukan dari segi perbuatan. Perbuatan tu takde apa sangat yang saya buat. Tapi saya sungguh kuat mengutuk orang. Memang ramai le yg kena kutuk dgn saya, tapi kutuk belakang. Eceh. Cakap je la mengumpat kan? Cover plak dgn perkataan 'kutuk'. Konon-kononnya brutal la tu. Bleh blah! Walaupun saya tau saya pun banyak kena kutuk belakang-belakang, tapi itu bukan point saya untuk hari ni. Itu hal mereka la kalo nak kutuk saya. Sebab saya hidup jugak dgn sihatnya sampai ke hari ini. Tapi itu lah dia... Part yang saya mengutuk orang tu.. Mcmn la nak buat. Yang lebih membuatkan muka jadi ungu, bila sejak akhir-akhir ni, ramai org yg saya penah kutuk dulu, add saya kat FB. Huuwaa.... Rasa bersalah gila viva. Tapi what should i do? Nak mintak maaf? "Err.. Excuse me.. Akak... Saya nak mintak maaf ni.. Sebab masa skolah dulu, saya panggil akak 'Kak Sam' sebab bau akak masam.". Kala

Salt Itu Bukan Garam

Sejahteralah ke atas kamu. Nah, ini satu lagi filem lakonan Angelina Jolie yang saya tonton baru-baru ini. Tajuknya Salt. Salt dalam cerita ini bukan bermaksud garam, tapi watak Angelina Jolie sebagai Avelyn Salt. Watak dia dalam filem ni, mcm biasa la... sebagai agent rahsia. Mungkin sebab watak tu memang sesuai dgn dia kot. Lagipun dia ni memang lasak. Kalau tak silap, kebanyakan aksi dalam filem ni dia lakukan sendiri, bukan menggunakan stuntman. Hebat jugak la kalo melompat dari lori kontena ke lori kontena lain kat lebuhraya, yang mcm kat Karak lepas terowong tu. Huhu... Filem-filem aksi, yang membuatkan dia best ke tidak adalah ketulenan aksi-aksi tu. Maksudnya aksi dalam filem tu, kita belum pernah tengok dalam filem lain. Atau kalo dah pernah tengok pun, sangat jarang. Juga aksi yang nampak susah nak dilakukan. Itu baru le best. Setakat tembak2 dan berlawan bertumbuk hiyahhh hiyahh wachaaa tu dah bosanlah kan? Contohnya filem The Matrix. Aksi Neo [Keanu Reeves] mengelak peluru

Bulu Mata Gugur Apa Maknanya.....

Sejahteralah ke atas kamu... Betul ke kalau bulu mata kita gugur, maknanya ada orang sedang rindukan kita? Kamu percaya tak? Saya selalu rasa mcm nak percaya. Sebab saje je nak bagi rasa syok sendiri, konon-konon ada orang rindu. Tapi hakikatnya saya rasa memang tahyul bercampur bidaah yang amat. Mana tidaknya... Saya tengok bulu mata mak dgn abah saya elok je lagi, masih banyak. En Stormpong pun sama. Byk je lagi bulu mata beliau. Kalau betul-betul bulu mata gugur kalau ada orang rindu, mesti dah habis botaklah bulu mata mereka. Sebab setiap hari saya rindu mereka. Jadi kesimpulannya, bulu mata tu sama juga konsep seperti rambut. Bila dah sampai masanya, gugur la dia. Cuma gugur rambut lebih pesat daripada gugur bulu mata kan? Kalau nak sangat kaitkan bulu-bulu gugur ni dgn rindu, lebih baik anggap bila rambut gugur itulah orang sedang rindukan kita, bukan bulu mata. Yang pasti bulu mata saya selalu gugur. Paling saya hangin, bila bulu mata gugur, masuk dalam mata. Aduhhh... Seksa nak

Lagenda Budak Syaiton.

Sejahteralah ke atas kamu. Ini kali ke-2 saya menangis bila tengok filem cinta selepas filem P.S. I Love You. Huuhuhuhu... Sebelum ni, kalo saya nangis tgk filem pun hanya filem yang berkenaan kekeluargaan, tentang hubungan anak dgn mak ayah, atau adik kakak dan abang. Walaupun sejak dulu saya rasa saya mencintai seseorang, tapi kalo tgk filem cinta, saya tak plak nangis. Malah siap rasa orang dalam filem tu bodoh sbb tah hapa2 nangis, padahal putus cinta aje pun. Heheh.. Tapi ntah la... Sejak-sejak dah makin hampir nak menikoh ni... Bila tgk 2 filem cinta yang saya sebut kat atas tu, saya bleh menangis plak. Menangis selok plak tu. Agaknya, saya dah betul-betul temui cinta yang sejati kot. [Selain daripada cinta Allah kepada hamba-Nya la kan..]. Mungkin sebelum ni hanya cinta yang fana. Apa laa... Tapi bagi saya filem Lagenda Budak Setan ni memang sedih la. Cuma part kemesraan tu agak tak sesuai bagi 2 orang yang mengaku sebagai Islam. Pastu pandai plak dia pasang lagu sedih 'Bila

Hati Pengantin Siapa Yang Tahu...

Sejahteralah kamu.. Lagi sebulan. Ermhh... Hati saya cukup risau. Saya risau baju pengantin saya tak cantik. Walaupun saya tau mmg tak la cantik mana. Tak gilang gemilang. Saya risau mekap saya tak cantik, nampak mcm clown atau tak nampak normal. Saya risau gambar kawen saya tak cantik. Saya risau orang gelakkan bunga telur saya. Saya risau tok kadi dtg lambat. Saya risau lauk tak cukup. Tapi saya risau gak kot2 tak ramai yg sudi datang majlis saya. Saya risau kalau saya tak sempat nak layan semua tetamu. Saya risau. Saya risau. Saya risau. Huhu.

Hon? Honk? Horn? Which One?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Hon = Dalam bahasa Melayu. Jadi takde masalah. Horn = Peralatan pada kenderaan kita [sama ada motor, kereta atau lori] yang kita gunakan untuk hon orang. "I use my horn to make noise to the cows that blocking my way" Honk = Adalah nama bagi perbuatan apabila kita menggunakan horn. Contoh ayat ; "She's honking me when i hit her car". Hehehe.. ntah-ntah grammar aku salah. Tapi takpe la. Janji korang faham maksud aku kan? Itu je nak share. Walaupun takde motif dan korang dah tau.

Tips Membeli Kereta, Ikhlas Dari Yang Tak Pandai Tentang Keta. Huhu.

Sejahteralah. Ingat lagi tak dengan Abg Azam? Sape yang tak ingat, sila baca entry Two Versions of A Same Story , tu pun kalo rajin. Kalo malas takpe la.. saya bitau jgk le. Abg Azam tu tokey workshop yang repair keta saya 2 hari lepas. Sementara tunggu keta saya siap dibaiki oleh Abg Azam, saya buat-buat la mesra pengguna dengan menanya soklan bertubi-tubi dan sebanyak mungkin kat Abg Azam. [Ceh, padahalnya, saya tanya satu je, Abg Azam jawab 60, pastu tak berenti-henti cite pasal sejarah diri dia.] Mula-mula saya tanya, "Dah lama ke abg jadi mekanik? Sebelum ni keja kat mana?". Haaa... Soklan cepuk-dahi itu, telah membuka banyak cerita. Dia cerita, dulu dia mekanik kat Citroen. Dia start pun mmg sejak habis skolah. Mula-mula ayah dia nak hantar dia ke tempat org2 belajar nak jadi foreman. Tapi makcik dia yang keja kat Citroen kata, takyah le buang duit belajar kat kolej, baik ikut dia masuk Citroen dan bleh keja sambil belajar. Maka, dia pun mula dari bawah sampai le jadi m

Jikalau Saya Ada Duit 6 Juta Kat Dalam Bank...

Apa saya nak buat? Pertama sekali.... Mestilah saya akan with-draw duit tersebut dan bayar hutang-hutang yang perlu dibayar cash. Kedua.. Saya akan transfer duit itu, juga untuk bayar hutang bagi hutang2 yang boleh dibayar online seperti saman no entry, loan keta, loan itu, loan ini... Ketiga... Saya akan repair Kenari saya kasi dia sampai takde bunyi krek2, tak bunyi tet..tet.., takder bunyi nyetnyet. Dah tak goyang2 pinggul masa langgar lubang, tukar tayar dan rim baru. Keempat.... pegi haji dengan mak, abah, kakak 4 orang, abang 3 orang, abang ipar 4 orang, kakak ipar 3 orang, anak-anak buah 31 orang. Huhu.. Tutup la kedai goreng pisang + kedai tempeyek kakak-kakak aku. Heheh... Owh.. Kalo masa tu saya dah kawen, dgn suami juga la. Tapi kalo beliau bz time tu, beliau tinggei la... Hehehe.. Tapi kalo beliau tak izinkan... Huhu.. saya duduk je la umah, ngadap muka beliau. Kelima.. sebelum pegi haji tu, saya nak upah seorang expert utk tolong buat Polisi ICT dan Change Management dan U

Selamat Hari Kelahiran Ashabul

Sejahteralah ke atas kamu... Entry ini ditujukan khas untuk sahabat saya Mohd Ashabul [Bul]. Sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 30 hari ini [22 April]. Hehehhe... Ish..ish.. Bul... Welcome to the 30s Club. Sejarah perkenalan. Pertama kali saya jumpa Bul ialah pada 15 Mac 2004. Haaa... hebat tak? Saya masih boleh ingat tarikh tu. Tarikh first time saya jumpa En Stormpong pun saya tak ingat. Kekeke... *Sebab lagi le lama, tahun 1992. :) En Stormpong, jangan jeles yer. Saya ingat tarikh jumpa Bul sebab tarikh tu saya lapor diri keja kat EsEsEm. Saya ingat lagi saya ternampak Bul dekat lif. Tengah tunggu lif. Then Kakak Chomel lalu kat depan lif tu, lalu beliau mengirim Milo Ais dengan Bul. Ooo... Rupanya Bul nak gi beli sarapan pada waktu itu. 1st impression saya terhadap Bul masa tu ialah, alahai... jambunyer la mamat ni. Mesti confirm player dan ramai girlfriends. Jadi, terus je dia terkeluar daripada list calon suami untuk saya. Suka-suka hati je kan? Walaupun masa tu bukan k

Kad Kawen

Sejahteralah ke hatas kamu. Kad kawen saya dah siap. Baru je terima bungkusan yang diposkan kelmarin. Erm... Tapi kad kawen saya biasa je. Tak gilang gemilang pun. Tapi saya suka. Sebab En Stormpong yang pilihkan. Cuma saya tak pasti, bila sepatutnya kad-kad tersebut boleh diedarkan kepada kawan-kawan? Saya takde experience la. Jadi, bantulah saya Kak Sri Diah. Huhu...

Aku Masih Dara ~At Least Buat Masa Sekarang. Heheh.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sape dah tgk filem Aku Masih Dara, angkat tangan??? Ok.. turun tangan. Saya baru je tgk 2 hari lepas. Itu pun copy dari server movie Badam. Pendapat saya yang tak pakar tentang filem ni, jalan citenya quite okay. Takde banyak yang saya boleh query atau persoalkan tentang jalan cerita. Tapi kalau nak kata bagus sangat pun tak jugak. Setakat tahap biasa2 je, dan masih boleh diterima la. Yang penting Asyraf Muslim jambu. Hehehehe.. Tu je la. Filem tu, kalau dengar dialog-dialog dierang, perghh.. agak menakutkan juga. Statements yang keluar daripada mulut pelakon2 semasa melakonkan filem tu, kadang2 rasa mcm tak sangka pernah kuar daripada mulut seorang hamba Allah. Saya faham itu hanya lakonan. Tapi lakonan dalam drama tu kan dikutip daripada kisah sebenar masyarakat. Yelah, kalo takde, takkan org bleh buat filem plak. [Filem aksi atau science fiction tak termasuk la ye]. Lakonan Diana Amir sebagai Hani tu rasanya agak berjaya dan terlalu

Two Versions of A Same Story, Then Think.

19 April 2011. VERSION 1 Hari ni memang mencabar keimanan bagi saya. Mana tidaknya, lepas je abih kursus KEEP kat tingkat 13, lif plak rosak. Dah tu nak naik ke tingkat 23 memang takde cara lain selain naik tangga. Time tu waktu ofis dah tamat. Sepatutnya saya boleh je terus balik, tapi kunci keta kat atas. Haihh.. Orang lain masa tu semua dah OTW turun tangga, saya dgn Cheetah je yg naik. Penat gila. Nampak sgt exercise setahun skali jek. Hehehe. Lepas dah selesaikan urusan2 yg sepatutnya... Lif dah pulih, saya balik. Waktu tu jam 6ptg. Pagi tadi kan saya cite pasal keta saya bau hangit [dlm entry sebelum ni], tapi mcm tak anggap serius sgt. Saya buat hati kering je, balik dengan muka tak bersalah. OTW balik, singgah jap beli nasik lemak dengan ayam berempah. Haahhhh... Masa tu bau hangit lagi skali. Saya dah risau. Tengok temperature, high. Dah tahap merah. Arrghhh!!!! Apa plak masalahnya ko ni Ken? Tolong lah! Dlm purse hanya ada RM100. Karang kena cas berapa plak??? Dah tu, time sa

Kawan Saya

Sejahteralah kamu..... Apakah ertinya kawan? Bagaimana kamu mengiktiraf seseorang itu sebelum dia layak dipanggil ‘kawan’ kamu? Adakah dia seseorang yang selalu kamu bertegur sapa di koridor setiap hari tanpa kamu ketahui nama, hanya mengenali wajahnya itu sudah layak kamu panggil kawan? Atau seseorang yang kamu pernah tahu namanya, dan kenali wajahnya tetapi tidak pernah berbual mesra itu boleh dianggap sebagai kawan? Mungkin juga seseorang yang kamu tahu namanya, kenal wajahnya, pernah berbual mesra dengannya hanya sekali pun sudah layak digelar kawan? Atau seseorang itu perlu mendampingi kamu setiap masa dan mendengar keluh kesah kamu tentang segala sesuatu di dunia ini barulah dia layak untuk dipanggil kawan atau sahabat atau teman untuk kamu? Bagi saya pula, asalkan orang itu saya kenali nama dan wajahnya serta pernah berbual dgn saya walaupun tidak mesra, saya telah mengganggap dia sebagai kawan saya. Jika itu sudah memenuhi criteria untuk menjadi kawan saya, apatah lagi jika s

Hati Gundah Jiwa Lara

Mula-mula tayar saya pecah masa on the way nak pegi umah kakak saya 2 minggu lepas dekat Duke. Sekarang pun masih pakai tayar spare yang bunganya semer dah hampir nak licin. Pagi tadi, lepas parked keta kat Upper 7, bau hangit plak. Aduhh.. Gundah betul rasanya. Waktu-waktu susah macam ni, yang banyak nak perlukan duit, time ni jgk la dia nak buat perangai. Ya Allah... tolong lah aku.... Putus asa rasanya. Letih. Penat. Serabut otak. Semua ada. Kad kawen ni plak blum siap lagi. Saya sangat stress + tension + lost + bla bla bla.

Jadi Cikgu : Yanles

Saya teringat semasa saya jadi cikgu dulu. Saya pun tak pasti saya ni cikgu yang baik atau cikgu yang busuk. Eh, lawan kepada ‘baik’ apa? Jahat? Buruk? Tak baik? Erm.. What ever. Tak penting dalam kehidupan aku. Ada sorang pelajar saya berketurunan orang Asli. Suku kaum dia, saya terlupa nak siasat. Huhu... Nama dia Yanles. Walaupun dia orang Asli, tapi dia ni agak comel. Berkulit cerah. Muka pun comel. Hidung dia takde la kembang semangkuk. Kalo tak silap saya, ayah dia berbangsa cina kot. Jadi, saya kena tukar la ayat kat atas tadi menjadi ‘ada sorang pelajar saya berketurunan Cina-Asli’, kan? Yanles ni... Agak misteri. Kat dalam kelas dia diam je. Kalau time saya mengajar pun, [waktu itu saya ajar subjek Bahasa Melayu, Tahun 2] dia layan kepala dia sendiri je, buat hal sendiri. Kadang-kadang dia bercakap sensorang, tapi dgn volume yg perlahan je la. Pernah sekali, semasa saya mengajar di kelasnya, pada waktu itu saya memberi latihan kepada pelajar2 kelas itu untuk disiapkan sebelum

Mengumpat.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini dengan jayanya..... Ntah apa mimpi abang Si Ana Imprezza Celup, petang tadi menyapu seluruh blok E, sampai ke belakang blok sekali dia sapu. Jernih la sikit jadinya lantai kat depan pintu gril umah saya ni. Kalau tidak, sebelum ni, kat bahagian meter air depan umah saya, tak tau sape yg letak beskal yg dah berkarat gila vavi, siap dirantaikan dan disangga dengan mangga sebesar penumbuk saya [tangan saya kecit je.. hihi]. Kat bawah beskal tu plak, berkumpul segala macam sampah termasuk tahik cuceng. Saya nak menyapu kat situ pun segan [Nampak sgt tak bersilaturrahim dgn jiran. Ngeh...ngeh... ]. Tapi dalam buah fikiran saya, dah ada niat nak menyusahkkan En Stormpong nanti bila beliau dah pindah ke rumah itu apabila kami sudah menikoh kelak. Ye lah... setau saya, En Stormpong itu sangat rajin orangnya... Jadi, saya nak la juga menonton kerajinan beliau itu dengan contact lens kaler cekelat saya ni. Ecewah. Panjang juga meleret. Ok, berbalik

Gangguan Hati : Jenis-jenis Nafsu dan Elemennya Part 1

Sejahteralah ke atas kamu.. [Sekadar menjelaskan secara ringkas sahaja.. ] Salah satu daripada 5 gangguan hati adalah 'hawa nafsu'. Hawa nafsu ini terbahagi kepada 3 ialah Amarah, Lawwamah dan Mutmainnah. Dan ada pendapat bahawa nafsu ada 4 jenis. Satu lagi adalah Mulhimah. Nafsu Amarah [Berasal daripada unsur api]. Bila dah dengar asalnya daripada api, tentu kamu dapat gambarannya bagaimana. Orang yang mempunyai nafsu amarah adalah ditunggangi oleh nafsu mereka sendiri. Mereka tidak suka akan kebaikan, contohnya majlis ilmu, bacaan ayat-ayat Al-Quran, malah jika membaca Al-Quran mereka susah untuk menangis. Sifat marah mereka itu jika tidak terkawal akan menerbitkan rasa dendam kesumat. Tapi sebagai manusia, kita memang tak mungkin dapat membuang nafsu amarah ini dari diri kita. Cuma cara mengendalikan amarah itu perlu betul. Jika seseorang itu tidak mempunyai nafsu amarah, mungkin dia bukan manusia, mungkin malaikat? :p OK... tu je la buat masa ni. Lain klai sambung.

Dugaan Membuat Bunga Telur

Sejahteralah kamu. Merana boss saya kalo tau anak buah dia ni asyik menaip blog je kejanya. Kehkeh.. Tapi takpe la.. entry ni pendek jek. Nak cite pasal bunga telur. Tgk tajuk entry pun mesti tau kan? Kalau kamu masih ingat, saya pernah cerita yang saya sekarang ni dalam usaha nak buat sendiri bunga telur untuk majlis kawen saya nanti. Bukanlah perkara yang hebat sgt pun. Biasa2 je. Malah kalo beli sendiri pun lagi senang. Nak yang murah, yang mahal, yang sederhana harganya berlambak je kat Jln Tar/Jln Masjid India. Tapi saje, suka... Rasa gembira dpt buat sesuatu untuk my happy beginning. :) Bunga telur yang saya nak buat tu saya gunakan kertas crepe. Lepas dah beli mcm 10 keping, then saya potong-potongkan[utk buat kelopak bunge]... tetiba saya kira-kira mcm tak cukup je untuk buat 100 bunga. So, saya ingat nak cuba jimatkan kertas tu nak potong kecik2 skit supaya tak perlu pegi beli lagi. [Huuu...huuu... malas gile nak pegi Jln TAR bersesak-sesak, semata-mata nak beli lagi 5 keping

Adegan Drama Yang Dah Bosan Kita Lihat

Sejahteralah ke atas kamu... Sejak2 buat bunga telur sendiri ni, saya makin kuat menengok TV. Mana tidaknya, buat bunga telur depan TV. Sambil-sambil mencantumkan kelopak bunga tu, sambil jeling-jeling gak ke TV. Sampaikan drama melayu termasuk cite hantu pun saya tgk. Cuma kalo dah tak tahan sgt tengok muka pelakon yang ntah sape2, saya tgk Astro Oasis untuk dengar zikir-zikir atau bacaan ayat Quran [tapi slot tu hanya ada sekejap je] atau MTV .. dengor lagu je, takyah fokus sangat. Kamu perasan tak kalo drama-drama melayu ni, adegan-adegan dia agak stereotype. Contohnya... Adegan 1 : Kalo jawab tepon, kemudian dapat berita buruk.... mesti dialognya ialah 'APAAAAAAAA??????' dgn gaya yang sungguh berlakon terkejut. Biasanya lepas dah ckp dialog 'apa' tu, akan diikuti dengan ayat ulangan seperti 'Apaaaa??? Nenek tercekik kulit rambutann????'. Heheh... Adegan 2 : adegan kejar orang yang dah nak naik kapal terbang. Orang yang nak naik kapal terbang tu plak mestila

Laman Sosial Punya Cite.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini ye tuan puan... Laman sosial yang paling aktif saya gunakan sekarang hanyalah Facebook[FB]. Saya ada akaun Friendster, MySpace, Twitter dan Tagged. Tapi tak berapa nak aktif, mungkin sebab saya takde tepon canggih yang bleh online 24/7 kot. Ermmmzz... biler le bleh beli henfon baru ni. Huhu. Skrg ni, kalo kita perasan, orang asyik membangkitkan isu kesan-kesan buruk FB. Bercerai berai, jenayah cyber, menipu, gejala sosial, fitnah2 orang dll pastu minta diharamkan FB. Tu yang tak faham tu. FB tu tak bersalah pun sebab FB tu hanya seperti 'tool'. Dia duk diam2 buat keja dia je. Yang salah ialah orang-orang yang menyalahgunakan FB tu la. Derang ni kan... suka tau... bila ada masalah je, nak suruh haramkan 'tools'. Padahal kalau semua orang amanah serta jujur, dan tidak menyalahgunakan 'tools' tersebut, tak ada masalah pun yang akan timbul. Kalo asyik nak menyalahkan 'tools' je, sampai bila pun tak maju kita ni

Apa Yang Saya Rasa..

Sejahteralah kamu.. Saya rasa.... saya sangat menyesal sebab dulu masa skolah, tak belajar sepenuh hati. Kalau tidak, takde la saya bongok sangat macam sekarang. Kerjaya pun tak seberapa. Kepandaian tak memberangsangkan. Kemahiran takde. Yang ada hanya rasa serabut. Dan menyesal. Dan rimas. Dan bosan. Hidup saya takde kemajuan. Takde apa yang bleh dibanggakan. Amal ibadat pun tak seberapa. Semuanya ditahap sederhana atau rendah. Saya tetiba rasa malas nak buat semua benda. Malas nak sambung buat bunga telur. Malas nak jahit manik pada baju pengantin. Malas nak fikir benda2 serabut otak yang tak berbaloi pon. Malas! Malas! Dan malas! Saya hanya rasa nak berkurung dalam rumah, takmo jumpa sesape, taknak dengar tentang sesape, tanak tengok dunia luar hanya nak duduk diam2 dlm bilik dan tidur 2 hari berturut-turut. Huuu...huuuu.. takmo fikir.. semua buat semak otak... Mungkinkah Tuhan sedang membalas dosa-dosa saya yang banyak pada masa lampau? Yang pasti, memang padan muka saya.

Petua Melayu Turun Temurun Yang Comel

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Topik perbincangan saya dgn JekJan beberapa hari lepas ialah macamana cara-cara nak pakai inai supaya jadi merah yg cantik. Pastu mula la kuar mcm-mcm idea unik seperti, letak nasik, letak arang, letak gambir bla-bla-bla. Then teringat juga pantang larang yang perlu dipatuhi semasa memakai inai, iaitu : 1. Tak boleh pakai inai waktu siang, sebab kalau ayam nampak, nanti inai tu tak merah. Comel kan petua ni. Apa la saktinya ayam tu sampai boleh mempengaruhi warna inai yang dipakai oleh manusia hanya dgn... er... pandangan? Hebat... Hebat.. Yeah! Hidup ayam! Wp ayam dah naik harga, menyebabkan harga nasik kukus ayam berempah kat Sooka pun dah naik jadi RM6. Ceh... Relevannya, saya rasa.. maksud tersirat di sebalik petua tu mungkin sbb kalo pakai waktu siang, susah inai tu nak lekat lama pada jari. Ye lah.. Sebab waktu siang kan banyak keja yg perlu dibuat menggunakan tangan. Kang tgh buat2 keja, tetiba tercabut plak tampalan inai tu da

Pentingkah Jenama Bagi Kamu?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kalau nak tau, jenama yang paling saya anti sekali dalam hidup saya ialah Adidas dan Diadora. Terbaru, Paul Smith. Kalau untuk perfume plak CK. Sebabnya... jenama-jenama tersebut terlalu popular dan menyebabkan banyak produk-produk tiruan yang menggunakan jenama itu dikeluarkan. Memang saya sangat benci dgn produk tiruan. Bagi saya, saya lebih rela beli baju yang berjenama 'Hao Xiang' daripada membeli baju berjenama Adidas tiruan. Itu prinsip saya. Atau, saya lebih rela jika barangan yang saya beli itu langusng tak ada cap apa-apa. Lagi bagus. Dan oleh sebab jenama-jenama tersebut banyak sgt tiruan, bila saya tengok orang yang pakai produk asli berjenama yang sama, saya akan skeptical merasakan produk yang mereka pakai itu tetap tiruan. Jika orang bertanya kepada saya.... "Adakah saya mementingkan jenama?", jawapan saya adalah 'Ya' dan 'Tidak'. Tengok jenis produk la. Kalau beli nasik lemak pun nak je

Makna Kecantikan Wanita

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pn Alia telah menemuramah saya, OrgKgBaru dan JekJan tentang isu kecantikan bagi assigment beliau. Persoalan yang diutarakan ialah 'Apakah definisi cantik bagi kamu?'. Masa temuramah tu, jawapan saya agak hancho. Dgn muka control ayu mcm mama tenuk [sebab dirakamkan menggunakan videocam.]. Cantik tu typically akan dikatakan sebagai subjektif. Dan juga akan dijawab tentang betapa pentingnya cantik luaran dan dalaman. Memang betul pun. Kecantikan sebenar seorang wanita bukan hanya dilihat diluaran. Buktinya kita boleh lihat pada realiti. Seorang wanita yang fizikalnya cantik[mungkin boleh digambarkan cantik yg memiliki kulit putih gebu, sebaris gigi yang cantik, bersih, hidung mancung, kulit mulus tanpa jerawat, dan mata yang jernih bersinar], belum tentu disukai oleh ramai orang jika perangai atau dalamannya buruk. Senang cakap kalo perangai dan hatinya tak baik. Dan wanita yang digambarkan fizikalnya tidak menarik [bukan tidak

HIV Test Untuk Bakal Pengantin

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Macam saya sorang je yang nak kawen. Hahahah... Ni nak citer pasal prosedur sebelum nikah. Pertama, perlu pergi Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Then tanya la apa-apa yang patut pada petugas kat Jabatan Agama Islam. Saya nak ceritakan secara detail pun payah jgk. Sebab lain negeri, lain prosedurnya. Lepas tu, perlu buat ujian HIV untuk pastikan ko tu ada HIV ke tak. So, kat sini nak cite skit pasal HIV. Kalo kita dengar tentang HIV, kita rasa macam familiar je. Rasa mcm tau je. Tapi bila nak explain kat orang, kita rasa mcm ada kulit durian je kat tekak. Sebab ... err... mcm tau..tapi macam tak tau jgk.. kehkeh. Kalo bakal pengantin yang nak buat HIV test di Pahang, perlu ambil borang di Jabatan Agama Islam Pahang terlebih dahulu, kemudian isi borang ujian HIV tu dan bawa pegi mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Sebelum ujian tu dilakukan, petugas/doktor akan explain bla..bla..bla pasal HIV. Dia cakap macam ni.... HIV

Pelawak Yang Dituduh Mencabul Tu Rupa-rupanya....

A.R Badul? Hahahaha... Tak sangka. Petikan dari akhbar; KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) sudah memanggil pelawak veteran terkenal, Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul pagi semalam untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata pelawak terbabit hadir ke IPPKKL jam 10.45 pagi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya. Media semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.

Tak Puas Hati, Main Bomoh

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sekarang ni, kalo sape yang rajin tengok tv [macam saya], mesti bleh detect bahawa cite hantu, seram, puaka dan bomoh-membomoh makin kerap ditayangkan. Macam dah jadi genre 'wajib tayang' bagi setiap saluran TV. Tak kira la saluran berbayar ke, saluran percuma ke. Masing-masing berlumba-lumba untuk buat/keluarkan drama yang paling terseram di seluruh cakerawala. Bila dah banyak cenggitu, maka kita boleh nampak jalan cerita untuk drama seram ni kebanyakannya pusing-pusing pun kat situ jugak. Kisah orang kena kacau hantu, sebab saka dari nenet moyunk, atau orang kena kacau dgn puaka sebab ada orang 'hantar'. Dan bila dah ada unsur-unsur hantu tu, watak yang paling penting dah tentu la bomoh dengan kening bercelak, pakai baju itam, berasap kemenyan dengan limau-limau la, kain kuning, ayam la, kambeng la, macam-macam lagi lah. Pastu, bila dah ada watak 'Tok Moh' tu plak, mesti ada watak orang alim yang akan menggun

Memilih Ibu Untuk Si Anak - Khas untuk lelaki bujang

Saya hambik daripada ILuvIslam Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya. Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya. Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah. Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia. Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anakn

Marah Nampaknya Sedara? Nyaris Mengamuk Dan Masuk Paper

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Tadi, semasa saya driving utk ke ofis, baru je saya keluar dari simpang umah saya, ada satu Konda Siti warna hitam, memandu laju dan memotong kereta saya dan 2 lagi kereta lain di hadapan. Saya relax je sebab itu hanya perkara biasa. Pagi-pagi ni, kita pun faham la. Kot-kot ofis dia jauh, dan sudah terlewat. Jadi, saya drive macam biasa, macam kura-kura pulang petang [wp sebenarnya pagi]. Tiba di kawasan 'perindustrian makanan' kat Pantai Dalam, saya dengar bunyi horn kat depan, pastu saya nampak ada satu keta Sang Wira yang berenti tengah-tengah jalan, i mean betul2 tengah jalan yang saya sendiri pun tak paham apa motif pemandu dia buat mcm tu[ada la tu kot hal yang saya tak tau]. Dan Konda Siti yang potong saya masa mula2 tadi tgh potong Sang Wira tu. Tapi saya tak tau siapa yg bunyikan horn. Maybe Konda Siti la kot. Sebab driver Sang Wira tu saya nampak baru je masuk kereta dari seberang jalan. Ntah apa benda la yang dia bua

Selesaikan Masalah, Bunuh Diri~

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ahad lepas, sahabat saya Waki sms saya untuk tanya apa nama cikgu matematik kami masa skolah menengah dulu. Beliau siap bagi gambaran rupa cikgu tu macamana untuk saya bantu beliau mengingati nama cikgu tu. Yang penting saya mmg tak ingat. Waki ckp, cikgu tu sekarang di hospital, sebab suspected cuba bunuh diri dgn mengelar leher sendiri. Terkedu plak saya. Setahu saya cikgu tu seorang yang happy go lucky dan seronok belajar dgn beliau. Maksudnya, beliau adalah cikgu yang bagus. Namun, hanya beliau sendirilah yang tahu kenapa beliau mengambil keputusan untuk bunuh diri. Seminggu sebelum ini, dilaporkan di dalam akhbar tentang seorang gadis yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3, KB Mall. Dan banyak lagi la kes bunuh diri yang kita biasa dengar kan? Mungkin sewaktu mereka buat keputusan untuk bunuh diri tu, mereka yakin bahawa hanya itu sahaja la jalan yang mereka ada. Mereka rasa, masalah akan selesai jika mereka mati. T

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

Artikel ni saya curik daripada Bujang Susah Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda... I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la... tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -le

Hari Ini Saya Rasa Seperti Orang Kemboja

4 April 2011. Dear Diary, Today i feel like i'm Cambodian. Because all staffs [ including me] are required to wear the corporate scarf [that is so not easy to put on to head]. Haaa.. tgk ni... Senget benget. Kuncup semacam jek. Punyer le stress masa nak pakai tudung ni. Sampai rasa mcm nak EL je hari ni. Tapi nasib baik la motivasi diri saya tinggi hari ni. Apa kaitan dgn orang Kemboja? Hehehehe... Sebab kat kg saya, selalu orang Kemboja muslim dtg jual baju yang mereka bungkus dlm kain dan junjung atas kepala. Cara mereka pakai tudung mcm tu la. Hehehe.. Peace org Kemboja.

Perempuan Tua Dengan Lelaki Muda?

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Dilemma wanita, terutamanya yg lambat bertemu jodoh. Selalu sahaja ditakdirkan untuk bertemu, berkawan atau didekati oleh lelaki yang lebih muda. Tetapi hati terasa berat untuk menerima cinta lelaki muda. Kenapa ye? Seolah-olah lelaki yg lebih muda, terus di 'banned' daripada senarai calon pasangan hidup mereka. [Hanya bagi lelaki muda yang berfikiran terbuka tentang usia. Bagaimanapun, tidak semua lelaki boleh menerima wanita yang lebih berusia daripada mereka. Itu pilihan masing-masing la kan... Takde sape nak paksa.] Mungkin wanita yg lebih berusia menolak cinta lelaki yg lebih muda daripada mereka kerana merasa tidak yakin dengan kewibawaan lelaki muda tersebut. Mungkin juga kerana malu dan takut dikata oleh orang 'tak sedar diri, dah tua tapi nak nk lelaki muda'. Atau mungkin juga kerana karektor lelaki muda tersebut terlalu kebudakan. Apa pun alasannya, empunya diri lebih tahu. Tetapi, pendapat jujur saya.... Usia

Blog Ini....

Blog ini, tak lama lagi mungkin akan ditutup terus. Atau mungkin juga saya akan buat blog baru atau open blog ini hanya untuk followers atau utk org-org yg log in id mereka sahaja. Tengok dulu la. Haih... Macam-macam.

Change Management Policy

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini... The purpose of the change management policy is to manage changes in a rational and predictable manner so that staff and clients can plan accordingly. Changes require serious forethought, careful monitoring and follow-up evaluation to reduce negative impact to the user community and to increase the value of information resources bla..bla..bla... krohhh..krohhh... tetido... Mengelat betul. Punyer la nak cukupkan entry dlm blog, saya taip a part of ICT Policy tentang Change Management dlm blog ni. Tak aci la kan? Hahahah.... Semoga saya berjaya draft policy ini... Gambatte kudasai Lyd-Chan!