Skip to main content

Kawan Saya

Sejahteralah kamu.....

Apakah ertinya kawan? Bagaimana kamu mengiktiraf seseorang itu sebelum dia layak dipanggil ‘kawan’ kamu? Adakah dia seseorang yang selalu kamu bertegur sapa di koridor setiap hari tanpa kamu ketahui nama, hanya mengenali wajahnya itu sudah layak kamu panggil kawan? Atau seseorang yang kamu pernah tahu namanya, dan kenali wajahnya tetapi tidak pernah berbual mesra itu boleh dianggap sebagai kawan? Mungkin juga seseorang yang kamu tahu namanya, kenal wajahnya, pernah berbual mesra dengannya hanya sekali pun sudah layak digelar kawan? Atau seseorang itu perlu mendampingi kamu setiap masa dan mendengar keluh kesah kamu tentang segala sesuatu di dunia ini barulah dia layak untuk dipanggil kawan atau sahabat atau teman untuk kamu?

Bagi saya pula, asalkan orang itu saya kenali nama dan wajahnya serta pernah berbual dgn saya walaupun tidak mesra, saya telah mengganggap dia sebagai kawan saya. Jika itu sudah memenuhi criteria untuk menjadi kawan saya, apatah lagi jika seseorang itu berada atau pernah berada di dalam sesebuah institusi yang sama dengan saya. Contohnya seperti sekolah, kolej, tempat kerja, kelas mengaji atau mana-mana tempat sahaja yang saya pergi secara konsisten yg menyebabkan saya mengenali dia dan bercakap dgn dia. Maka, saya akan menganggap dia kawan saya, yang tidak mungkin untuk saya khianati, atau tikam dari belakang, atau dengan mudah untuk menganggapnya musuh.

Tapi, saya sangat sedih.... Kerana saya rasa, hanya saya sahaja yang menganggap orang lain kawan saya. Sedangkan orang yang sama tidak menganggap saya kawan mereka. Cubaan untuk mengkhianati saya, tikam daripada belakang atau mengambil kesempatan terhadap saya. Saya sedar saya bukan kawan yang terbaik di dalam dunia bagi sesetengah orang. Saya faham itu. Mana mungkin saya dpt menjadi serasi dgn semua manusia. Tetapi cukuplah jika hormati hak saya dan hargai persahabatan yang ada walaupun tidak rapat. Kenapa yer? Sesetengah orang suka buat perangai pelik-pelik? Mudah tidak bertegur sapa kerana hal remeh dan berkecil hati yang berlarutan. Mudah bergaduh, bertikam lidah. Mudah menyindir-nyindir orang dgn niat untuk menyakiti hati orang lain. Atau tuduh menuduh asalkan hati sendiri puas. Kenapa ye ada orang yang sanggup buat begitu?

Saya biarkan persoalan itu tidak berjawab. Kerana saya sendiri tidak tahu jawapannya... Akhir kata... Mohon maaf jika saya selalu melukai hati kamu. Yang pasti, jika kamu adalah kawan saya.... Saya tidak akan khianati kamu melainkan kamu secara terang-terangan menyusahkan saya. Peace.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...