Skip to main content

Dendam Terbalas....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Hari ni baru je masuk keja lepas cuti balik kampung 5 hari. Perghh.. Syiok wooo balik kampung. Sebab utama ialah sebab ada mak dan abah dan family. Jadi, hidup ni tak la sunyi sangat macam dok kat KL ni. Dok sorang2 kat umah kat KL, rasa mcm nak giler. Haiih... lambatnya bulan 6[nak ditemankan oleh en stormpong plak]. Tapi kalo part nak jahit manik kat baju pengantin dan buat bunga telur plak... saya doakan agar bulan 6 dtg lambat lagi.. huhu....

Dendam yg tersimpan selama ni ialah nak makan keropok lekor. Akhirnya... Dapat jugak. 2 hari berturut-turut saya pergi Tanjung Lumpur untuk makan keropok ikan. Tanjung Lumpur tu kiranya macam 'little Terengganu' la kalo kat Kuantan. Port untuk makan kepok lekor. Fuh... Memang syiok habis. Ye la... kat KL ni, mana la nak jumpa keropok lekor yg full of fish. Dah tu, harganya masih lagi murah. Pastu air kelapa plak RM2 jem kalo nak bandingkan dgn KL, RM4.50 segelas. Huhu... Pengsan tokey balak kalo nak banje org.

Lagi satu kuih yg saya bantai makan banyak giler ialah kuih paung. Tak tau la betul ke tak nama dia macam tu. Tapi condition kuih tu, ialah, tepung yg mcm liat2 skit, diisi dgn inti sambal ikan yg betul2 ikan. Seronok la jgk makan kuih tu. Sampai tak sedar yg saya dah makan 12biji. Owh.. gmbr lupa nak amik. Tak sempat nak amik, dah habis dulu masuk perut. Ngeh2. Kebulurnya la ko ni Lyd.

Kedai kepok yg saya pegi tu namanya dirahsiakan. Tapi kedai tu mmg sentiasa ramai org. Masa saya pegi hari pertama tu, dalam jam 2.30 ptg. Jadi, waktu tu dah lepas waktu rehat kat ofis, so agak lengang le. Saya tunggu kawan saya, Duyuh dtg. Lepak dgn Duyuh, lepas Duyuh balik [sebab dia ada kelas tambahan Bahasa Inggeris], saya panggil Naimah plak dtg jumpa saya. Hehehe.. YG bagusnya kawan2 saya tu cikgu. Jadi bleh la jumpa kan. Ajak Waki, Waki takleh jumpa. So, berborak dgn Naimah, sampai kul 4.30ptg. Pastu sampai org kedai tu datang kira je walaupun saya belum panggil dia. Ceh... Halau secara halus. Dah kalo dia dah kira, terpaksa la saya dgn Naimah beransur balik.

Esoknya, saya dtg lagi kedai tu. Tapi take away je. Beli banyak2 satar + otak-otak, keropok dan paung. Terbalas juga dendam kesumat saya untuk makan keropok selama ini. Haaa... ko ingat dendam apa? Hahaha. Takde maknanya...

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...