Skip to main content

Rasa Macam Best Plak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Rasa mcm best plak bila saya schedule kan post publishing saya. 3 entry yang sebelum ni, saya dah taip pada 22hb. Waktu saya tengah sibuk, otak tgh serabut. [Eleh..memanjangnya otak serabut ko tuh.. muehehe]. Sengaja je taip banyak-banyak entry, padahal takde apa-apa citer pun nak diceritakan. Lagipun, bulan ni, entry post dah menurun. Dah masuk 22hb, tp saya baru je post 9 entry. Uihh.. Sikitnyer la. Dah tu canner nak berkembang majunya blog aku ni? Takde iltizam sungguh!

Sekarang ni saya dah nak mula sibuk dengan kerja. Errm... macam susah je. Nak review policy dan remake. Huhuhu... Terpaksa la gunakan skill mengarang blog utk draft policy ICT nnt. Tetiba orang tgk dalam Policy ICT, ader gelak-gelak mcm 'hihi', 'lalalala', 'heheheh' atau 'huhu'. Dan juga 'ngeh-ngeh' serta 'kehkeh'. Mesti pengsan Pengarah ICT biler baca Policy baru tu nanti. Ish..ish..

Lagi, saya perlu update 250 manual SOP ICT. Bukan saya update la, org lain update. Saya cuma perlu memburu mangsa-mangsa yg sepatutnya untuk menghapdate SOP masing-masing. Huuu... Sebenarnya tugas tu tak susah. Tapi, yg jadikannya susah bila perlu mintak kerjasama orang lain yg sudah semestinya bz dan ader tugasan urgent yg lain. Jadi, tugasan saya pun terpaksa bertangguh secara tak langsung.

Apa je... Citer pasal keja. Macam le bagus sangat. Tapi saya memang sengaja. Sebab saya takde point menarik nak diceritakan. Entry ni adalah entry yg tak berapa ikhlas. Semata-mata nak menambahkan bilangan entry saje. Yehuuu!!! Jangan hangin satu badan yer. Udaaahhh...

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...