Skip to main content

Mode : Jiwang

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Teringat saya kepada perjanjian saya dengan Mr Storm semasa kami mula-mula berkawan satu masa dulu. Kami berjanji untuk; 1)berkawan sampai bila-bila, 2)takkan jatuh cinta kepada satu sama lain, 3)tidak boleh ada perasaaan yang lebih daripada seorang kawan dan tidak boleh mendambakan diantara satu sama lain. Saya pun tak pasti siapa punya idea perjanjian tu. Rasa macam idea saya je . Hehehe... Sebab merepek. [Biasanya kalo part-part merepek tu mmg idea saya. Wakakaka.]. Yang pastinya... syarat pertama dan kedua tu memang idea saya. Tapi yang ketiga tu... erm.. rasanya tu Mr Storm menambah-nambah. Sbb perkataan mendambakan tu saya tak tau pun apa maknanya. Bila tanya Mr Storm... dia kata, maksudnya... tak boleh terbayang dan menginginkan diantara satu sama lain. Hehehehe. Saya mmg tak tau itu maksudnya, sebab nahu bahasa melayu saya memang tak berapa skit.

Kenapa kami buat perjanjian tu juga saya dah lupa. Kalau tak silap, oleh kerana waktu itu, saya rasa suka dan tenang berkawan dengan beliau. Juga rasa selesa dan gembira bila berbual dengan beliau, maka saya seperti tidak mahu merosakkan persahabatan kami dengan perasaan-perasaan yang mungkin boleh menakutkan salah seorang. Rasanya Mr Storm juga berpendapat yg sama. Sebenarnya byk lagi perkara yang saya sependapat dgn Mr Storm. Agaknya, sebab itulah kami serasi berkawan.

Alasannya untuk buat perjanjian tu sebab kami dah selalu tgk, biasanya kalo dah elok-elok berkawan di antara lelaki dan perempuan, tetiba kalo salah seorang jatuh hati pada yg sorang lagi sedangkan yg sorang lagi tu mmg anggap kawan, kan bleh menyebabkan rasa serba salah dan rasa nak lari je kepada 2-2 org. Lagipun masa tu saya ingat Mr Storm ader gf. Dan saya juga ingat, even kalo beliau takde GF sekalipun, tak mungkin dia akan sukakan saya. Jadi, untuk mengambil jalan selamat, saya pun dah block hati saya daripada perasaan-perasaan tu semua terhadap Mr Storm. Saya rasa saya berjaya. Tapi waktu itu, kawan-kawan beliau menyangka saya sukakan beliau. So, what can i do selain daripada mengaku yang saya sukakan orang lain yg cute sangat. Eei... Cutenye budak tu...

Tapi sekarang... erm... janji dah ntah ke mana. Kami sama-sama langgar perjanjian. Dan saya tak sangka perkara ini akan berlaku. Sebab saya mmg sejak awal memang tak pernah terfikir yg saya akan bersama beliau..... Semoga segalanya akan berjalan lancar dan selamat. Kepada sahabat-sahabat saya, juga kepada musuh-musuh dalam selimut... doakan kebahagiaan saya. :) Thank you.

Konon-kononnya saya dgn Mr Storm comel mcm kucing la kan? Hahaha.. Buleh bla!

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...