Skip to main content

Buat Hal Lagi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Tadi tepat jam 12.15pm, saya terus balik umah. Nak amik satu dokumen penting kat umah. [Buat-buat penting pun boleh juge. Haha.]. Masa tu saya dah plan... Haa.. sampai umah nanti jam 12.45pm. Lepak2 jap tgk tv. 1.30pm nak solat. Pastu sambung lepak sampai 2.15pm, baru gerak pegi ofis. Uih... Best2.. Time rehat bleh tido kat katil sendiri. Memang syahdu. *Dengan senyuman kerang selebar yg mungkin.

Sebelum sampai umah saya singgah kat gerai pisang goreng nak beli pisang goreng dengan keropok lekor. Then sampai le kat umah..... pastuuu... huuuuwaaaaaaaaaaaaaa.... kunci umah saya tak bawak balik. Sebab kuar2 tadi, saya hanya bawak kunci keta, purse dan henfon je. Mmg alfonso de albuqueqe betullah!!!.. Menyirap sungguh darah saya. Betul2 dah lama saya tak rasa marah dan frust macam tadi. Tapi takpe... Saya berlatih... Sabar.. Urut dada..urut dada.. tarik nafas pepanjang... istigfar dengan sepenuh hati.... Memang saya takde pilihan lain selain patah balik ofis, dan pilihan ada 2, sama ada nak amik kunci dan balik lagi skali, atau lain kali je amik dokumen yg penting tu.

So, saya decided utk.... amik kunci dan balik umah skali lagi. Rajin kan saya ni? Rajin kan? *Lebih baik ko jawab rajin... sebelum api kuar ikut idung aku nih!! So, itu je la kisah buat hal saya petang ni.

Nota kaki busuk : Termasuk ni, dah 3 kali saya tertinggal kunci umah kat ofis. Ni semua sebab tidak mahu mengambil pelajaran di atas siri teladan yang telah dialami. Grrr...

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...