Sejahteralah ke atas kamu.....
Aku kononnya dah serik nak mengandung lagi selepas kelahiran anak pertama, Luth. Lelahnya, sakitnya tak reti nak explain. Sehinggakan, aku pernah mentioned di dalam salah satu post aku di blog ni, yang aku rasa anak aku cukup sorang je lepas aku bersalinkan Luth. Syukurlah Allah menegur aku melalui komen seorang pembaca blog aku, en nizam namanya. Dan aku menarik semula kata-kata aku tu dan mohon ampun.
Sebelum aku mengandung kali kedua, suami aku kata kalau dapat seorang lagi anak lelaki dia nak namakan dengan nama Jarfit. Aku dalam hati, "kejadah mende nama Jarfit tu. Pelik je.". Aku buat tak tau je mula-mula. Tapi bila sebut pasal anak kedua je, mesti dia dok sebut nama Jarfit, Jarfit, Jarfit. Dia kata nama anak Nabi Nuh. Aku memang tak berkenan lalu dengan nama tu. Pertama sebab tak sedap. Kwang2. Kedua takut kena kecam dengan family dan org sekeliling . Huhuhu.
Pastu aku pregnant. Dapat tau anak lelaki lagi. Aku pulak memang dah takde nama boy yang aku berkenan. Semua aku nampak macam tipikal. Aku bukanlah nak nama canggih sangat. Asalkan rare dan simple. Nama Nabi banyak yang aku suka. Tapi banyak sangat benda aku fikir. Takleh sama dengan nama orang sekeliling. Takleh sama dengan nama ayah kawan2. Takleh sama dengan nama anak2 kawan terdekat. Ramai yg suggest nama Nuh. Tapi ada kawan dah nama Noah. Anak kawan sepejabat pun nama Noah. Nama anak sedara pun Noah. Pendek kata, nama Noah mmg tengah 'in' arrr sekarang. Nama Yusuf pun aku suka sebab nabi yang hensem. Tapi anak ofismate aku pun dah ada nama Yusuf. Ayyub sama dengan menantu makcik suami. Ismail nama ayah kawan aku. Yunus pun nama ayah kawan aku. Zakaria nama bos aku. Harun nama anak Zakaria bos aku tu. Adam pun anak kawan aku. Haihh... Buntu nih. Buntu.
Dalam masa yang sama, si suami dok sebut-sebut nama Jarfit. Eiii... Aku kabo doh aku takmboh. Degil laki aku ni. Pastu ada aku terbaca salasilah nabi-nabi. Aku ternampak nama anak nabi Nuh ada 3, Ham, Sam dan Yafith. Then tetibe rasa macam tersuka pulak nama Yafith tu. Dah yang Jarfit tu datang dari mana pulak la laki aku ni. Hehe. Aku pun mula la buat kajian. Kajian Google la apa lagi. Googler sangat nih.
Dalam bahasa Inggeris, nama anak nabi Nuh yang ketiga tu dieja 'Japhet'. Manakala di dalam bahasa Arab, ejaannya ialah Yafith. Ya, alif, fa, ya, tsa. Memang takde makna, tapi takpe la, ambil sempena nama orang terdahulu. Ikut pembacaan aku di Wikipedia, selepas banjir besar itu surut, anak2 nabi Nuh la yang membentuk peradaban manusia baru selepas nabi Adam. Dan Yafith adalah the father of Roman. Asal usul orang2 Rom, belah2 Itali dan Mediterranean adalah daripada Yafith.
Tapi still aku tak la terlampau minat sangat dengan nama Yafith tu. Biase-biase je. Aku mengadu kat kawan meja sebelah kat ofis. Aku kata aku buntu sungguh nak letak nama anak aku ni. Pastu kawan aku kata, bagi je la suami aku pilih nama yang dia suka. Mana la tau kot anak kedua ni ikut muka suami aku pulak. (maklum la, Luth anak sulung aku tu memang ngikut muka aku). Bila kawan aku bagi cadangan gitu, aku termakan juga la. So, aku pun setuju la nak bagi nama anak aku yang kedua ni sempena nama anak nabi Nuh. Dengan syarat ejaannya Yafith, bukan Jarfit seperti yg suami aku idam-idamkan tu.
Lalu lahirlah Yafith. Luth sebut nama adik dia 'Yapik'. Erm.. Boleh la tu Luth, asal bunyi. Tapi, Yafith anak aku tu, takde la macam muka papa dia pun. Tapi tak juga macam muka Luth. Tak tau dia ikut muka siapa. Sekali sekala aku rasa macam muka abah aku. Dagu sejemput gitu.
Baby kan, sepatutnya seminggu selepas lahir kena bawa dia jumpa Paed untuk follow up takut ada jaundice ke tak. Aku hari ke 7 tu masih belum habis dengan confinement lady. Pastu suami aku pun masa tu ada benda yang dia perlu uruskan jadi aku nak postpone la appointment Yafith utk berjumpa Paed kat Shah Alam Specialist Centre. Bila aku cuba set appointment lain, kebetulan Paed yg check Yafith selepas lahir tu (Dr Nazir), bercuti 2 minggu. Dah kalau 2 minggu lagi, aku dah balik kampung. So, kelam kabut sangat aku tak bawa pun Yafith pegi jumpa doktor. Huu. Orang yang datang melawat Yafith ada yang kata Yafith nampak kuning. Kena gi check. Aku memang nak gi, tapi aku ni macam jenis lembab kelubi skit. Bertangguh dari sehari ke sehari. Sehingga hari yang ke-30, baru aku bawak Yafith ke klinik. Memang doktor klinik kata masih ada kuning sikit. Bayangkanlah, hari ke 30 masih ada kuning tapi sikit je, maksudnya doktor tu kata prolong jaundice. Doktor di klinik tu minta aku refer Yafith ke hospital untuk test takut ada infection. Test urine. Aku debor terus la kalo dengar hospital. Tapi aku tanya pendapat doktor dalam keluarga aku. Katanya takyah risau sangat sebab dah 30 hari. Kalau ada infection baby akan demam. Tapi Yafith tak demam, so aku konsider macam takde apa-apa la kot. Konpiden je. Aku harap Yafith sihat la sentiasa. Semua ibu mahukan anak mereka sihat kan? Sekarang dah kemain dompok budak Yafith ni. Berat dia dah 7kg. Pipi macam pau ayam dah. Rambut dia, papa dia cukur masa umur 21 hari. Tak sempat nak cukur hari ke 7 tu. Sekarang rambut tumbuh kemain lebat dan keras macam berus dawai. Ikut sape ntah rambut keras ni. Heheh. Ikut mama lettew. (i'll take all the blame... Sob..sob..)
Ramai yang tanya, Luth okay ke dengan adik dia? Tak jeles ke? Tak buat adik dia ke? Well, tak. Luth sayang sangat adik dia. Cuma dia macam selalu nak ajak adik main tapi tak reti nak control pegang adik dengan kasar. Ada ke diajaknya adik main berlawan. Baru kejap tadi dia letak bantal kecik atas belakang badan adik dia yang tengah meniarap. Berkuis-kuis adik dia macam penyu. Yang buat aku jadi tak berapa risau Luth ni ialah sebab dia memang jenis budak yang berhalus. Gentleboy. But still, I could not put a fully trust on him. He's only a kid. Aku memang tak tinggalkan Luth lama-lama dengan adik dia. Setakat gi mandi atau solat tu boleh la. Kalau aku memasak pun kejap2 kena jenguk.
Okay la. Tu je la cerita Yafith. Penat dah aku merapu. Haha. Macam biasa, post aku macam anti-klimaks. Muahaha. Rasakan.
Membesar dengan baik ye Yafith. Mama sayang Yafith dan Luth. Saranghe!
chomellah baby ni..geyammm..
ReplyDeletelama tak jenguk sini.. dah dua dh nak ya... comeinya bam bam ni..
ReplyDeleterin kan lyd suka sgt baca apa yg lyd tulis...
ReplyDeletemesti cerita tu menarik sebab lyd pandai karang bagi nampak hidup
nak kena belajau banyak ilmu blogging dengan lyd ni
comel Yafith..anak saya baru setahun...dah rindu nak bau baby..bau wangi2 baby..bau suci murni
ReplyDeleteComelnye bby akk yg kedua ni.. 😍😍😍 semoga jadi ank soleh yer bby.. 😍😍
ReplyDeleteSamalah masa Aryan ni pun buntu nk letak nama apa..nak yg depan huruf A tp semua macam tipikal..merasakan yg sama..byk sgt org sekeliling nama macam langsung tak rare.huhu
ReplyDeleteComelnya yafith..bambam..berat dah sama Aryan 7kg.hihi
Aryan pakai car seat Afia dulu je lyd..murah je beli di tesco..sy dudukkan sikit dlm kereta so aryan dlm keadaan separuh baring.lgpun opis or rumah pengasuh dekat sgt dengan rumah..takdelah amik port sgt tentang keselesaan pinggang dia. Dia baring selesa je dlm tu.hehe
ReplyDeleteKlu yafith travel jauh hari2 kesian la jugak kan budak lama dalam car seat.cari yg ok sikit la..yg boleh baring terus.bg dia selesa kan..
Moga membesar dengan sihat Yafith & semoga menjadi anak soleh..
ReplyDeleteComelnya Yafith ni. Nasib baiklah you tak letak namanya ikut ejaan Pakcik Azghul tu. Pelik pulak bunyinya. Yafith ni better sikit, sesuailah rasanya dengan budak comel ni.
ReplyDeleteNasib baik Luth n Yafith become friend, friend gitu. Senang cerita. Nantilah adik tu besar sikit, dapat kaki, ajaklah dia bertinju ya, Luth. Biar terpekik terlolong mamanya di rumah ^_^
Comel.....mcm muka cinalah Lyd. Cuba gambo sekeluarga. Nak tengok Yafith ni ikut muka sapa.
ReplyDeleteHihi...biasalah pompuan Lyd, sakit sakit pun beranak lagi....dah ada dlm perut, nak buat mcm mana!
Rare sangat nama ni. Tapi best. Comelnya awak. Harraz prolonged jaundice due to kencing kotor. Tu yang kuning dia lambat turun :-(
ReplyDeletemmg sedap n unik tau nama tu..
ReplyDeletelya pon baru tau nama anak Nabi ni..
comeynya Yafith.... mmg debakkk.rmbut pom lebat