Skip to main content

Kenapa Saya Bencikan Kursus Motivasi

Sejahteralah ke atasmu wahai sohabat sohabatku sekalian.......

Aku dah abih kursus semalam. Kemain sakit sakit badan aku berkursus ni. Maklum je la orang yg lembab macam aku ni tetiba kena bergerak pantas. Apa pun, makanan kat swiss garden agak sedap. Eh, kalo aku cite pasal kursus ada ke orang nak baca cite bosan aku?

Aku cuba highlight seringkas yg mungkin. Aku hepi gi kursus ni sbb kumpulan aku yg tak cukup ahli tu boleh jadi pemenang keseluruhan plak. Padahal masa awal awal tu memang group aku asyik jadi pengalah je. Walau cemana pon, kursus motivasi tetap aku benci sebab: 

1. aku bosan dengan kata2 motivasi yg dipaksa jerit kuat2 dan berulang ulang kali. Benda ni sejak zaman skolah lagi aku dah kena buat dan memang sejak skolah lagi aku dah menaruh perasaan benci terhadap aktiviti itu.

2.  berkenalan, ice-breaking, perkenalkan diri, jawab soalan daripada motivator dan seumpamanya, bahagi kumpulan dan suaikan diri dgn ahli kumpulan (yg akhirnya akan bertukar menjadi sesuatu yg bagus tapi aku tetap tak suka. Kalau engkau aku tak suka, keturunan kauuu pun aku tak sukak faham??!)

3.  kerja berkumpulan, tulis dalam kertas mahjong then present kat depan. This is what i hate the most. Kertas mahjong? owh come on! Nak kena buat mind mapping la apa ke jadah. Tak suka kuasa lapan.

4. acara senaman pagi, senaman petang, erobik, poco poco yang walaupun ianya baik untuk kesihatan, tapi aku tak minat. Kalau ada aktiviti jungle trekking lagi la complete kebencian aku tu. Aku ni tak suka penat. Sebab kalo aku penat nanti aku badmood. Dan kau tau apa kesannya kalau aku badmood? Memang sesape je yg bercakap dengan aku akan ditengking, diherdik dan dibaling pinggan oleh aku. Lepas tu aku spray mata orang tu dengan pepper spray. Bila orang tu dah berguling2 kesakitan kat lantai, aku ketawakan dia walaupun pada waktu tu aku badmood. Utk menambahkan seksaan kepada org tu, aku akan gangnam style depan dia guna muzik latar suasana hari raya.

5.  Kalo tadi aku kata yg kerja berkumpulan adalah yg i hate the most, sebenarnya aku tipu. Yang aku paling benci bila pergi kursus motivasi ialah persembahan berkumpulan, sama ada sketsa, lakonan bisu, tarian terkinja kinja atau nyanyian. Aku tak suka buat, tak suka tengok atau terlibat sama sekali. Persembahan tu selalunya syok sendiri je lebih. Pastu cliche. Benda yang sama je, tukar dialog filem p ramlee, berlakon jadi jebat dan tuah, dikir barat, boria, disertai dengan dialog yg tak kelakar ataupun suara nyanyian yg sama macam bunyi hujan batu. Pui. Pui.


Itu jela di antara faktor faktor kebencian aku terhadap kursus motivasi. Mekasih la sebab 
sudi baca entry yg penuh dengan benci ni. Hehe.

Fakta  ringkas: 

1. Aku sama kumpulan dengan Si Kiki anak didik Zoey. Dah la dia tu ketua kumpulan. Huhu.

2.  Semasa treasure hunt, kami satu kumpulan kena minum air 100 plus yg dicampur susu segar dan telur mentah. Actually rasanya not so bad, mcm rasa yogurt drinks cuma hanyir skit la. Pastu yg paling buat air tu menjijikkan sebab air tu perlu dikacau rata menggunakan tangan kiki. Bluwekkk. Ingat lagi tak Remy, kawan bujang aku yg aku kata baik tu? Dia pon ada dlm kursus ni dan jadi ketua kumpulan lain. Dia punye budiman, dia yg minum semua air tu mewakili group dia. Anak buah mintak nk minum pon dia tak kasi. Nampak sangat dia suka minum air tu dan nak minum sorang. Kehkeh.

3.  Aku tak amik gambar pon masa kursus sebab aku rasa tak penting dalam hidup aku. Kejam kan?

4.  Makanan sedak.

5. Peserta lain tido kat hotel, aku lepas abih program malam tu aku balik umah untuk hantar susu Luth. Luth plak demam, kerongkong kena virus infection. Berak kapur la nekwan dengan atok dia nak handle kehkehkeh.

Comments

  1. takde fakta no.5?

    semua kebencian ko tu adlh kebencian aku juga.

    hope aku takkan pegi kursus dah. sebab da 3 taun keje aku maseh survive takya pegi.

    huehue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta no 5 baru je tambah rapunzel. Ofis aku cam selalu je buat kursus2 mcm ni. Tahun lepas aku kena gi kursus inovatif menda ntah nama dia. Lebih kurang mcm ni jgk.

      Delete
  2. assalamualaikum...
    selamat berkursus,, hehehe.. saya tak penah gi kursus kecuali kursus kawin,. muahahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha... kursus kawen ngantuk. Pun saya tak suka jugak.

      Delete
  3. aku kat kuantan..tapi kenapa aku tak dipanggil untuk kursus tu? aku nak minum susu yogurt jugak..nak makanan sedak jugak..

    rasa macam badmood baca entry ni. ko tau apa akan jadi kalau aku badmood? haaa..xde jadi apa2..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kena keja esesem dulu H, baru bleh gi kusus ni. Susu yogurt tu aku dah bagi resepi, ko boleh cuba buat sendiri. Cuma tangan kiki je tak dpt tolong kacaukan utk ko. Heheh.

      Wei, jgn la badmood.

      Delete
  4. sy kalo kursus bab yg paling benci bila kena dengar ceramah..aktiviti takper..bab paling suka makanan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya plak bergantung pada ceramah apa. Kalo ceramah tu best, saya prefer lagi dok diam2 dlm kelas, tapi kalo ceramah jenis buat mengantuk, memang tertido la.

      Delete
  5. dah lama tak berkursus...teringin pulak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin ke? Boleh apply. Kursus kat Intan pun okay.

      Delete
  6. artikel yang tak ada tajuk..haha..ada sambungan ke?..haha

    dari:
    akubahrain.com

    ReplyDelete
  7. Paling tak selesa bila pergi kursus kita dilantik jadi ketua peserta kursus. Hilang kebebasan nak buat kacau dan bising-bising di bahagian belakang kelas, maklumlah ketua kena tunjuk teladan yg baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok apa jadi ketua kumpulan. Kalo buat bising pun setakat digugurkan pangkat je.

      Delete
  8. ...kelaka la lyd ni...:D

    ...saya pun tak suka tang persembahan sbb mmg biasala kan, cliche..syok sendirik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...

      ...kan? Orang yg buat persembahan tu tak fikir ke kalo dia duduk di tempat penonton?

      Delete
  9. pun x suka g kursus motivasi...sanggup lg g kursus yg kene melangut dlm dewan @ kelas...atleast blh gak tido tersengguk2 heheh..

    last year aku ada g kursus motivasi..(dah la kene tggl baby comel aku yg tgh sakit ..balik kursus kene dok spital ngan baby lak huhuhu) ada satu aktiviti luar kene tutup mata then setiap group kene pilih suara binatang pastu kene completekan task...yg sakit hati nye malam tu diorg blh pasang video tnjk group yang mengembek, mengaum & macam2 lagi...dgn mata bertutup pastu mengembek...ms tgk mmg la sume pakat gelak tp org yg kene gelak tu suka ke??? hah...aku jadi sakit hati balik bila teringat(tp bkn aku yg kene gelak ek heheh)...last day kan kene bg komen utk kursus tu so apalg mmg aku kondem kaw2 la haha

    errr...habis sudah komen aku...sekian.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ko memang sehati sejiwa dgn aku kalo bab kena gi kursus ni. Aku pon plan nak condemn kaw2 gak, aku dah tulis ayat yg pedih jiwa kalo baca. Tetiba aku insaf plak sebelum hantar tu, then aku tak jadi hantar. Kalo ko ygg kena mengembek tu mesti ko lagi sakit hati kan?

      Delete
    2. aku ada gak sket dlm video tu tp x ingat aku bt bunyi apa (sendiri punye malas nak ingat hahaha)...sbnrnye aku pn gelak sakan masa tgk dak tu mengembek tp bila tgk muka x puas hati dia kesian lak...tp nasib budak tu mmg jenis slamber

      Delete
  10. ayuhai..gelak2 guling2 tapi kena cover sebab ada pemantau lak mai sekolah hari ni..ok..serious balik..serius2..huhu..busukla lyd!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... cikgu, jangan kantoi dgn nazir. Kang derang tumpang baca blog ni malu la saye.

      Delete
  11. hehe..mcm2 la lyd ni...nk tergelak pn ada baca entry lyd kali ni...tp memang pn kan...bab2 naikkan semangat n kem motivasi ni mmg bosan skit kn...tmbah2 nk kena dgr ceramah yg berjela2 pjg tu....memang leh jd ubat tido je la...kui kui....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo sekali takpe izzah. Boleh sabar lagi. INi setiap hari kena ulang benda yg sama, pastu setiap kali kena ulang banyak2 kali pastu dia suurh kita jerit dengan ikhlas. Ikhlas?? Really?

      Delete
  12. kalau gir kursus asyik dgr syarahan boleh buat ngantuk. jawabnya masuk telinga kanan keluar kiri...yg suka time aktiviti kat luar jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mmg tak minat 2-2. Syarahan dan aktiviti luar. Kesimpulannya mm akak tak suka gi kursus. Hehe.

      Delete
  13. ko gi kat dia..ko cakap, "awak ingat kitorg nak amik PMR keeerrr..." sib baik aku dah tak hadap benda-benda ni... yahoooooo *lompat bintang*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takci la ko dah takyah hadap lai kusus motibasi ni. Aku kalo aku start ckp kan kasar2 je bahse aku kuar. Nanti sentap terus pakcik tu.

      Delete
  14. errr... tak pernah pergi kursus.. dan tak pernah sempat untuk membencinya :P
    tapi dah serupa fear factor lak nak kena minum air ter.. uwek..!!

    ReplyDelete
  15. Hehehehe fakta2 u benci kursus tu mmg logik la. Kadang2 I fikir benda ni macam buang masa jer, tapi I suka kerja2 yg buang masa ni. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.... i pun suka kerja2 yg buang masa. Tapi bukan kursus motibasi.

      Delete
  16. hahahahaha.... antara sebab saya syukur saya tak masuk gomen... adalah sebab saya tak payah pergi kursus mengarut.... seram saya tengok kengkawan yg kena buat treasure hunt... yang kena pi main netball.. yang kena nyanyi berkumpulan... tak kuasa mak...

    ReplyDelete
  17. KA pun x suka sgt kursus2 ni hehehe

    ReplyDelete
  18. Zaman skolah dlu semua ni terpaksa la telan..

    tp sekarang dah kerja dah ada somi memang benci klau kena part2 gitu :D

    ReplyDelete
  19. dah lama lady x join kem2 ni.. kali terakhr wktu zmn persekolahan..

    ReplyDelete
  20. akak pun tak suka gi kursus macam ni..terutama bila dah ada anak kecik..ashik ingat nak balik umah ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kaum ibu2 macam kita ni mmg tak suka dah nak pegi benda2 mcm ni.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...