Sejahteralah ke atas kamu..
Aku baru je masuk ofis hari ni. Minggu lepas aku cuti 4 hari. Haih, macam-macam jadi. Sepatutnya cuti 2 hari je untuk jaga Luth sementara pengasuh dia cuti. Tetiba Khamis tu Luth demam lagi. Aku terus bawak pergi spital, jumpa pakar kanak-kanak. Pakar kekanak tu dengar nafas Luth, terus dia suruh warded untuk bagi gas 4 jam sekali. Katanya paling minimum 3 hari kena dok ward. Lepas dia suh masuk wad, baru dia amik sample darah utk test dan bagi gas [aku tak tau cemana eja, nebulizer]. Otak aku memang serabut masa tu. Kad insurans Luth aku belum apply. So, kena bayar deposit cash 1K tetiba tetibun, tak dapat le nak bayar. Aku terus suh doktor tu refer ke PPUM. Mampu la jugak aku nak bayar. Tapi aku boleh mintak GL dengan ofis esesem. Moral dia, lenkali.... bila lahir je anak, terus kena register insurans untuk anak. Malang itu tidak berbau. Jadi, sesape yg badannya berbau tu, elok la tukar nama jadi 'malang'. Baru le tak berbau lagi badan dia.
Petang Khamis tu, selepas ambil GL dari ofis, aku pegi PPUM, membawa surat referral daripada doktor kat spital yang aku gi mula-mula tadi. Pakar kanak-kanak di PPUM check Luth, dia kata okay plak. Breathing okay walaupun ada bunyi kahak. Tekanan darah, tekak, telinga semua okay. Pastu dia tengok blood test result, walaupun dia kata ada jangkitan sikit [sebab nampak cell darah putih lebih sikit daripada biasa] tapi tak la sampai perlu masuk wad. Hanya perlu ambil antibiotik je. Aku dah lega la skit. Kalo Luth masuk ward, nanti aku mula la sedih walaupun aku boleh temankan dia. Aku tak suka anak aku sakit. Mana-mana ibu pon tak suka anak dia sakit. Huhu.
Sebelum balik, aku request dgn doktor untuk bagi nebulizer kat Luth sekali lagi. Kan doktor kat spital pertama tadi kata nak tahan Luth di wad untuk neb 4 jam sekali. Sekali doktor PPUM kata neb tu tak boleh bagi kerap sebab boleh effect pada jantung Luth. Pheww.. Selamat la tak masuk wad tadi. Kalo tidak nak bagi Luth 4 jam sekali? Takkan doktor yang pertama tadi tak tau kot? Is it about business?
Alhamdulillah nasib baik dah ok, harap sembuh sepenuhnya...
ReplyDeleteala makin comel... makin hari dah nampak iras mama dia dah hehehe.. anak mak nih..
Syukur sangat nita. Tak keruan mama dia ni kalau anak dia tak sihat.
DeleteMemang sebijik muka saya. Kadang rasa nak tergelak bila tgk setiap memek muka yg dia buat, sama dgn muka saya kalau saya buat memek yg sama.
Allah sentiasa melindungi sis & baby.. Nasib baik tak dgr doc yg first ye.. 1K byk jgk tu.. boleh beli pampers luth setahun kot..
ReplyDelete2 tahun pun cukup kalo 1k tu. Allah Maha Pelindung. Akak mmg bersyukur sangat sebab dipermudahkan.
DeleteDemi anak setiap ibu bapa akan melakukan apa saja. Hingga bila anak2 dah besar panjang spt anak2 saya, kami ibu bapa masih sanggup melakukan apa saja, jika dipertaruhkan nyawa sekalipun sanggup tanpa ragu2, yg penting anak2 bahagia sihat sejahtera.....
ReplyDeleteBetul tu JR. JR lagi la dah lalui ni macam2 pengalaman membesarkan anak2.
Deletealhamdulliah..tak ada apa-apa yang serius
ReplyDeleteAlhamdulillah kak ina.
DeleteMemang risau bila anak sakit kan..tambah2 bila kena masuk ward..alhamdulillah Luth tak kena tahan..moga cepatbaik yer nak..
ReplyDeleteRIsau sangat ummuaidan kan? Lagi kesian sebab kita tahu baby kita tak mampu nak bagitau dia sakit kat mana. InsyaAllah Luth akan cepat baik.
DeleteOrg cakap dia ni nampak besar dalam gmbr, tapi kalo kat luar kecik je. Tapi dia berat walaupun kecik. Hehehe.... MUka mmg bulat ikut mama dia.
ReplyDeletecikgu doakan luth yang comel dan baik itu sembuh dgn segera..cian budak comel ni..
ReplyDeleteTerima kasih atas doa cikgu.
Deletesemoga luth sihat ye...kena beri perhatian kat dia ni..
ReplyDeleteInysaAllah luth sihat. Memang beri perhatian penuh kat dia.
DeleteYelah lyd, kat gambo ni mmg nampak mcm dah besar baby luth.
ReplyDeleteSaya doakan Luth sihat2 selalu ya..
semoga luth cepat sembuh..utk kes yg agak berat sampai nak kena admit..mintak second opinion.. betul lyd kata..kadang kadang benda ni business.. tapi bukan semua la..
ReplyDeleteAlhamdulillah luth tak kena warded. GWS luth. Kejap jer dah beso :-)
ReplyDeleteHaishh dorang ni kan kadang2 buat main dengan nyawa orang tau, semata2 nak kaut untung. But its good la u minta tukar. Hopefully all is fine with Luth yer sayang sayang sayang... confuse pun comey. Nampak dah panjang dah Luth ni.
ReplyDeleteKalau pergi private memang macam tu la kan. Kerja nak tahan wad je sebab nak dapat duit. aptb.
ReplyDelete