Skip to main content

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [Obstetrics and gynaecology, surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu?

Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begitu walaupun nampak kecil, tetapi bagi kebanyakan wanita-wanita yang mementingkan aurat mereka, sangat-sangat berharap agar perkara ini mendapat perhatian pihak atasan. Kementerian kesihatan mungkin?  Dari segi hukum pula, adalah harus... jika tiada doktor wanita yang boleh merawat. Tapi doktor wanita yang 'tiada' itu boleh diadakan jika peraturan hanya doktor wanita sahaja yang boleh ditempatkan di bahagian sakit puan.


Ingat tak sedih ke hati seorang wanita bila bahagian yang paling sulitnya dilihat oleh lelaki selain suami sendiri? Memang la doktor lelaki tak heran dah dengan kemaluan kita sebab dia dah selalu tengok, macam-macam kaler plak tu. Kan? Tapi alasan begitu tidak dapat melegakan hati pun kalau betul2 bahagian sulit ditonton/disentuh oleh lelaki lain walau di atas alasan apa jua sekalipun. Cuba bayangkan, seorang wanita yang bertudung labuh... yang begitu menjaga auratnya, tiba masa untuk bersalin, tidak mampu untuk ke hospital swasta, lalu terpaksa ke hospital kerajaan untuk bersalin. Kemudian di hospital kerajaan, dia dirawat oleh doktor lelaki, check bukaan pintu rahim, dipecahkan air ketuban dan kelahiran bayinya disambut oleh doktor yang sama. Jangan nak kata wanita bertudung labuh la, mana-mana wanita pun tak kira la dia pakai tudung ke tak pakai tudung, kalau diberi pilihan antara doktor lelaki dan doktor wanita yang akan memeriksa bahagian sulit mereka, rasanya semua akan pilih doktor wanita. Persoalannya, tiadakah pembelaan untuk kita, kaum wanita?

Jangan salah faham, saya bukan kondem hospital kerajaan. Hospital kerajaan memang terbaik, lengkap kelengkapannya dan pakar pun ramai. Malahan kalau ada kes berat yang tidak mampu ditangani oleh hospital swasta juga akan dirujuk kepada hospital kerajaan. Cuma dari segi bersalin tu, wanita yang ingin bersalin,tiada pilihan untuk meminta dirawat oleh doktor wanita. [Yang tinggal, hanya doa kepada Allah].

Saya sangat berharap dan berdoa agar suatu hari nanti ada pihak yang boleh membela wanita dalam hal ini. Di hospital kerajaan ada berbagai-bagai bahagian perubatan. Salahkah jika bahagian O & G ini sahaja dilindungi daripada kendalian doktor lelaki? Bahagian lain kalo nak letak doktor lelaki  60 orang sekalipun letak le. Ke korang rasa cemana? Okay ke kalo dikuatkuasakan peraturan baru bagi penempatan doktor di O&G?

Comments

  1. lagi satu yg tak difahami..punyalah luas cabang ilmu kat dunia ni...ilmu o&g jugak yang si lelaki ni nak belajar....mak bapak student lelaki yg amik o&g ni tak bagi nasihat ker...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab bahagian O&G ni mencabar. Dan lelaki kan sukakan cabaran berbanding wanita yang suka jalan selamat.

      Delete
  2. hal ni dh lama lyd..ko tngok menteri kesihatn kita pon sapa? cukup kat situ la..bukan orang islam pon..mane tah yang katanya negara islam..haha..

    lagi satu mmg tak nafikan la org laki lebih terer..ko mesti kenal dr hamid arshad kan..pakar sakit puan tu..lebih pakar chek jantina perempuan dari jantina dia sendiri kot..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal menteri kesihatan tu aku no komen la kan. Dah bercampur-baur dah pemerintahan negara 'Islam' kita ni.

      Aku kenal.. aku kenal. Mmg aku akui lelaki lebih terrer bab logik ni. Pompuan plak terer teori.

      Delete
  3. Tapi kan lyd, ada juga pompuan yg prefered dr lelaki bila nak bersalin. Saya memang mengelak bersalin dengan dr lelaki. Alhamdulillah...ketiga2 anak saya Dr pompuan yg sambut ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul awak. Saya tak nafikan memang ada wanita yang bersalin kat swasta pun memang sengaja pilih doktor lelaki sebab doktor tu doktor yang terbaik katanya. Itu terpulang kat dia la kan. Awak beruntunglah sebab rezeki dpt doktor pompuan semua. InsyaAllah saya juga akan dapat doktor pompuan nanti. *kena yakin.

      Delete
  4. itulah masalah besar kat negara kita ni...seolah-olah diorang tak alert benda-benda yang sangkut paut dengan aurat ni...saya kadang tu cam nak nangis bila lelaki yang tengok anu kita bila bersalin...lagi-lagi doktor bangsa asing..saya pun tak faham...apa peranan para ulamak di dalam pimpinan kerajaan sekarang ni...ada ustaz ada ustazah..takkan diorang tak tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang fikir ni pun rasa nak nangis, inikan pula awk yg dah alami. Sedihnya sebab kita takde pilihan betul tak? Nak request nanti dah tentu kena marah plak sbb banyak songeh. Ulamak, ustaz, ustazah dalam dunia sekular ni jangan cerita la. Kan derang dah kata agama dan kehidupan perlu diasingkan. So... Faham2 la.

      Delete
  5. Sy setju ngan awak lyd..tak sanggup sy jd tatapan doktor jantan..huhuh..mungkin kesedaran ttg nie kurang kot drp pehak atasan..sy ingat wpun sy kat sini yg jauh ketinggalan drp m'sia namun alhamdulillah ms sy bersalinkan aidan dl semua crew dlm bilik bersalin ngan doktor2 tuh pompuan..kalo doktor laki tak mo bukak gamaknyan...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung la awk ummuaidan kalau dpt doktor pompuan. Kena tengok rezeki masing-masing jugak. Sama macam org kata bersalin kat spital kerajaan, nurse garang dan layanan sambil lewa. Tapi ada jugak yang berpuashati dgn layanan nurse yang baik2.

      Delete
  6. Saya pernah bertanya kpd sorang doc pakar o&g (wanita), knapa tak ramai prmpn jd pakar utk bidang ni? Sebab masa tu nak buat hsg pun payah betul nak dpt doc prmpuan.
    Jwpnnya ramai kwn2 doc dia tak berani sbb ia stress. Org letak harapan tinggi utk mcm2 masalah, dan ini buat doc prmpuan stress dgn harapan tu. kesannya..kuranglah doc prmpn pakar dlm bidang ni. Sume pilih jd doc biasa je.

    So, maybe gomen boleh bg insentif -gaji/elaun yg tinggi kpd doc prmpuan yg sanggup sbg galakan kpd mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea jugak tu ujie. Bagi insentif utk encourage doktor wanita supaya join bidang O&G ni.

      Mmg pun saya pernah dengar sorang bakal doktor cerita pasal betapa susahnya ilmu berkaitan O&G ni. Dia kata kat Universiti dia, ada yang stress dan repeat paper banyak kali sebab sangkut kat bab tu.

      Delete
  7. betul la sis..x ramai doc o&g prmpuan kt gomen spital.. & sy setuju dgn ujie..furthermore still x ramai doc prempuan yg btol2 berani / berminat dgn o&g..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab pompuan memang tak sukakan cabaran kot. Sbb tu tak berani nak amik risiko.

      Delete
  8. KA memang berharap begitu sejak dulu lagi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya plak baru je berharap sebab baru je sedar pasal perkara ni. Heheh. Terlambat.

      Delete
  9. salah satu drpd 2 sbb sebab aku g private..biar la bayar lebih sket asal x terkangk**g kt doktor lelaki huhu...pernah berborak ngan sorg pompuan kat hspital katanye "sy simpan duit rm150 dr bln pertama mengandung coz nk bersalin kat private...dah gaji sy bukan nye byk sgt..tp klu tetiba nk kene ceasar sy mntk g krjnn la"
    sbb kedua pasal mengada...xnk kene marah/bebel ngan nurse kalau x reti push heheh...(dgr dari pengalaman org la)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung la sebab ko termasuk org2 yang mampu untuk bayar lebih. Tapi ramai yang tak mampu pun so mereka takde pilihan lain. Mcm aku, aku hanya mampu utk bersalin normal je kat private. Tapi aku tak berani nak amik risiko sebab takut je kang tetiba ada complication atau problem apa-apa ke, mmg aku pengsan dulu la kat situ. Kat situ nampaknya mind setting aku lemah. Haha.

      Sebab kedua ni, aku no komen la. Kalo ko dah kata gitu, maka aku setuju je la. Heheh.

      Delete
    2. yg ajaib nye aku x terpk langsung if tetiba ada complication... x prepare pn camne nnt klu kene ceasar... alhamdulillah normal...klu idak nak korek duit kat mana la huhu

      Delete
  10. sy setuju dgn komen Nafisa81..hairan jgk kenapa lelaki berminat dgn o&g nie, sdgkan punya byk ilmu lain yg diorg boleh pelajari. Mybe boleh tgu kalo ada komen dr doktor lelaki yg baca entry nie. Itu belum bab doktor pelatih lelaki yg sebaya kita je, jadi bahan tontonan btl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awk. Kalau doktor je lelaki pun dah sedih, bila masuk dgn pelatih lagi sampai 10 org mengadap bahagian kita yang paling sulit dan paling terjaga... huhu... sejuta kali la lagi sedih.

      Delete
  11. Oh kat hospital kerajaan tak leh request eh? I mean at least request untuk doctor perempuan. Honestly, saya sendiri mmg segan kalau doctor tu lelaki, imagine pergi buat check up cek tut tu sumer with my husband kat sebelah...heishhh.
    Alhamdulillah saya dapat doctor perempuan last time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tak boleh request sebab kekurangan doktor wanita. Kalau bernasib baik mungkin dilayan. Tapi kalau ari tu mmg kita takde 'ong', memang confirm kena marah la sebab banyak songeh.

      Bertuahnya awk dpt doktor perempuan. InsyaAllah saya juga akan dpt doktor pompuan.

      Delete
  12. errmm...selalu terfikir2 psl benda ni. knp la kerajaan skrg xalert psl ni? nama je negara Islam...tp tu lah..tgk lah kepala menteri kesihatannya sapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita ni negara sekular yang berselindung di sebalik nama negara Islam. Kita ni sebagai rakyat hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan untuk kita.

      Delete
  13. masa kelahiran semuanya perempuan yg sambut. tp masa nak check luka jahit kena dgn doc lelaki. tak ada pilihan. kalau tak sampai cerah la tak discaj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat kan Sal? Nasib wanita memang sungguh tak terbela dalam perkara ni. Kalau dpt yang pompuan, beruntunglah. Kalau dpt doktor lelaki, memang wanita tu pun tak dpt nak buat apa melainkan pasrah dalam kesedihan.

      Delete
  14. Ini semua bergantung kpd polisi kerajaan yg memerintah. Kalau kerajaan memandang serius masalah ini, kalau kerajaan mahu doktor di wad O&G semuanya lelaki, doktor lelakilah jadinya. Seperti di Saudi Arabia dan Iran, hanya doktor wanita yg dibenarkan merawat pesakit wanita...boleh pula, pada hal kita selalu kata kitalah negara Islam paling maju di dunia, tapi perkara seperti ini pun tak boleh buat. Jika nak kata doktor wanita Malaysia takut bekerja di O&G kerana terlalu stress, boleh buat seperti Saudi, bila warganya sendiri tak cukup, import doktor wanita dari luar negara. Yg penting perlu elakkan bahagian sulit wanita menjadi bahan belekan tangan2 yg bukan muhrimnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda ni memang tak mustahil boleh implement kat negara kita JR. Cuma sebab bila ada pihak yang tak alert tu yang jadi payah. Ada org yang tak kisah sedangkan ramai lagi yang kisah akan hal ini. Bagus jugak Saudi Arabia kan? Tapi nak komen lebih2 pasal negara sendiri pun tak berani. karang puji Saudi dan Iran nanti ada plak yang suruh kita pindah sana.

      Delete
  15. Heheh.. haah awk, senang nak reply tapi pop up window lagi senang kan?

    Mmg awk bertuah Diana. Kalau bersalin kat hospital kerajaan dpt doktor pompuan tu kira bertuah. Mungkin dah rezeki awk. Bukan takde doktor pompuan kat spital krajaan, cuma kita takleh pilih kalau tetiba dpt doktor lelaki.

    ReplyDelete
  16. ciksu pernah baca bab ni.dan pernah terpikir juga.
    in shaa ALLAH sama2 kita doakan

    ReplyDelete
  17. berdoalah kita mendapat yang terbaik ...

    ReplyDelete
  18. LyD, nak tanya AUK AAK kena baca N3 ni hehehe http://kesumaangsana.blogspot.com/2013/02/bila-artis-tunang-kahwin-dan-adik.html

    ReplyDelete
  19. lyd... kakak saya masa bersalin doktor pelatih lelaki O&G yang check proses bukaan... kesian dia, bukan sorang dr pelatih... ada dalam 10 org gak... lepas sorang2 dtg check... mmg simpati la kat dia... :(

    ReplyDelete
  20. Dulu-dulu kat kampung selalu Mak Bidan yang uruskan semua ni. Ada juga kes macam ni yerk. Lepas ni, memang saya akan make sure dan cuba, hanya doktor dan nurse perempuan yg handle bakal isteri masa tengah bersalin nanti. Jangan haraplah ada orang lelaki nak tengok-tengok sama.

    ReplyDelete
  21. singgah di sini dari blog WaterLily... :)

    ReplyDelete
  22. jangan kata perempuan..aku ni yg lelaki pun, kalau dah kawen nanti and wife aku nak bersalin, aku lagi selesa kalau doktor tu ialah perempuan..rasa macam xselesa kot kalau doktor lelaki..

    "apesal kau tengok2 and pegang2 bini aku?"..grrr..macam nak tumbuk jer..

    ReplyDelete
  23. aku ni kak..walaupun rambut aku blond..walaupun suami izinkan dr lelaki cek ms nk besalin..tak gamak aku...memang aku minta dr pompuan..

    insyaallah sama2 kita doa ye...

    ReplyDelete
  24. x tau la nak komen apa. kalo aku kena check ngan doktor pompuan, aku pun malu.

    ReplyDelete
  25. berkenaan hal doktor, ianya perkara yang rumit. doktor wanita memang ramai, tapi doktor wanita juga turut diperlukan di semua bahagian perubatan. bukan di bahagian O&G sahaja.
    ini belum ditambah lagi dengan kekurangan doktor, perbelanjaan untuk melahirkan seorang doktor dan juga kekurangan doktor yang mahu terus berkhidmat dengan pihak kerajaan (termasuklah kes doktor tempatan yang bekerja di luar negara).
    Memang disambut baik cadangan mahu tempatkan doktor wanita untuk sambut kelahiran, namun bukan semua doktor wanita boleh berhadapan dengan situasi itu, dan mahu terus berada dalam bidang itu.

    Dari sudut fiqh pun banyak perkara yang perlu dinilai. Permasalahan aurat boleh dibincangkan, berkenaan rukhsah yang dibenarkan dan macam-macam lagi. Namun untuk saya menolak pandangan melarang doktor lelaki menyambut kelahiran atas dasar melihat aurat (bahagian sulit wanita) dan mengundang nafsu. Saya tak fikir timbul nafsu syahwat tika melihat bayi keluar beserta dengan iringan darah, air ketuban dan lain-lain. yang ada ketika itu saat cemas, dan risau.

    Apa pun cadangan untuk meramaikan doktor wanita di bahagian itu memang disambut baik.

    ** saya teman dan lihat sendiri isteri bersalin

    ReplyDelete
  26. kebanyakan doktor perempuan menjadi pakar sakit tuan dan lelaki pula sakit puan...
    atas alasan bila berkenaan jantina lain mereka lebih mahu mengambil berat

    ReplyDelete
  27. As a medical officer yg pernah bekerja dan belajar di jabatan O&G,sy x nafikan ramai kawan perempuan semasa belajar nak further in this area. But when the time comes,and u get to learn urself and deal with o&g patients,i can assure you guys that it was quite a.stressful experience.
    And it needs strong determination to further in this area. As for myself,i couldn't. But as a female,saya pun nak dr perempuan jugak.
    Bukan kerajaan tidak ambil berat..untuk implement kan benda ni di Malaysia sekarang,memang agak susah..mungkin in sha Allah bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah. tujuan saya tulis entry ni bukan nak condemn. cuma nak bangkitkan isu. supaya kalau ada pihak yg berwajib baca, mungkin boleh dengar rintihan rakyat. itu je.

      Delete
  28. You rasa pelik bila tak ramai doktor wanita dalam bidang o&g, because you are not a doctor.

    I am a female doctor, and i did not choose o&g as my specialty. Why? Bukan sebab tak sedar kepentingan doktor wanita dalam bidang o&g. But my reason is because saya juga manusia biasa, ada suami & anak2. The VERY long and demanding working hours in o&g is not a place for a mother who wants a lot of time to raise her own family.

    But that doesn't mean my role is not important in my own department. I bekerja dalam bidang radiology, so if there were scans yg melibatkan payudara atau pelvis dan pemeriksaan HSG, i will be the one of the frontliners doing it.

    ReplyDelete
  29. daripada meroyan apa kata korang didik anak perempuan korang jadi doc O&G

    jgn tau komplen je

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesai ke masalah kalau org bangkitkan isu, dituduh meroyan. persoalan dan harapan yg saya katakan di dalam entry ni bukan bermakna complaint. tapi lebih kepada 'a wish'.

      Delete
  30. kedua-dua anak saya bersalin di HKL, tahun 2001 dan 2005, ok je walaupun ada doktor lelaki tapi aurat tidak dibuka sewenang-wenangnya....cuma saya kurang selesa dengan kehadiran doktor2 pelatih lelaki yang agak ramai....

    saya cadangkan hospital hadkan bagi setiap ibu bersalin 2 orang pelatih cukup la, ni dah jadi macam bahan eksperimen pulak......

    zaman sekarang dah okay servis di hospital kerajaan, kalau zaman 80an dulu memang teruk kalau dengar dari cerita2 orang, kakak sepupu saya bersalin HKL jugak tahun '89 jangankan nak jaga aurat, disuruh bertelanjang bogey terus dalam labor room.....nurse pun garang mcm warden penjara je.....

    wahida

    ReplyDelete
  31. Anon Wednesday, December 18, 2013 12:51:00 PM

    betulke bersalin zaman 80an kena telanjang bulat? mcm tak percaya je.....

    ReplyDelete
  32. encik taukeh, betul cerita tu, tapi zaman 80an dan 90an, sejak zaman milenium dah ada orang komplen kot....

    memang zaman tu semua ibu-ibu yang masuk labor room dibogelkan....telanjang bulat tanpa seurat benang dan ditonton doktor2 lelaki termasuk doktor pelatih....dah la tu nurse zaman tu mulut tak ada insurans.....dan garang yang teramat....

    kakak saya kata, masa dia minta kain untuk tutup buah dada, dimarahi nurse dan nurse perli masa 'buat' tak malu pulak! terpaksalah kakak saya telanjang bogel sambing mengangkang kaki....bukan dia sorang, ada 8-9 orang lagi dalam labor room tu....

    azimah

    ReplyDelete
  33. ermm....citer bersalin kene telanjang tu kakak saya alami tahun 1995 di hospital melaka......ada 8 orang dlm labor room termasuk kakak saya tanpa seurat benang....zaman sekarang servis hospital kerajaan dah ok....

    cuma kesian la siapa bersalin zaman tu...malu besar kakak saya cakap....tapi berbogel tu semasa dalam labor room saja, di luar labor room dapat kain tutup.....

    na_ita

    ReplyDelete
  34. sepuluh tahun lalu saya bersalin di hospital bintulu, sarawak…
    memang ditanggalkan semua pakaian oleh nurse, ada 8 orang dalam labor room termasuk saya….
    semua bogel bulat je….doktor lelaki cina masuk dengan keadaan saya dan ibu2 lain bertelanjang sepenuhnya….

    kemudian tahun 2011 saya check ketulan di susu, juga kena dengan doktor lelaki cina….doktor tak pakai glove pun masa picit2 susu saya…..

    Syaffikah

    ReplyDelete
  35. sekarang kalau cakap kena telanjang masa bersalin ramai tak percaya, tapi itulah pengalaman saya di HKL tahun 1995, masuk Labor Room terperanjat nurse suruh tanggalkan semua tanpa seurat benang....
    ada 8 orang lagi ibu2 selain saya, majoriti Melayu...
    doktor2 pulak ramai lelaki India....bayangkan bertelanjang bulat di hadapan lelaki yang bukan suami kita!
    mintak kain nak tutup buah dada pun kena marah dgn nurse.....
    Noriah Lamat...

    ReplyDelete
  36. Greetings and Good Day !

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-
    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    Sender:-
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...