Sejahteralah atas mu...
Anak aku Luth, muka dia sebijik seputat macam muka aku. Sampai aku bila tengok Luth, aku terasa macam tengok diri sendiri versi kenit. Bukan setakat muka je, karektor pun hampir nak sama. kenkadang rasa cam seram pun ada bila tengok ada mahluk halus yang menyerupai diri sendiri. Sungguh epic huhu.
Papa Luth plak memang kuat menganjeng. kadang2 tu dia siap gelak terbahak kalau tengok aku dengan Luth duduk sebelah menyebelah. Muka sama dia kata. Ciskek punye suami.
Ada banyak karektor Luth yang sama dengan aku. Diantaranya penakut. Huhu. Dia tu kan, sampai sekarang belum berjalan sebab dia takut nak lepas tangan. Selalunya dia bertatih kena pegang tangan papa dan dia akan ajak papa pusing dalam rumah sampai biru jari papa. Punye kuat dia pegang tgn papa. Bila papa cuba lepaskan tangan nak suruh dia menapak sendiri, terus sappppp dia duduk. Takmo usaha langsung. Apa laaa Luth ni.
Lagi, Luth sensitif sangat macam aku. kalau aku tinggikan suara sikit pada dia mulalah tercebik-cebik muka dia menahan sebak. kadang-kadang tu, papa dia cakap sikit je itu pun dengan intonasi cemas bila dia buat perkara2 yang bahaya, dia terus sedeyyy. Inikan pula bila aku cakap 'Ya Allah' kuat2. Manje sangat hokey anak haku tu.
Ada banyak lagi karektor dia yang mirip aku, tapi yang paling aku takleh terima ialah dia pun ada habit macam aku ; suka goyang kaki. Saje nak bitau korang, aku ni takleh duduk statik je kejung, aku kena ada tenaga kinetik sepanjang masa kecuali waktu tidur. Sebab tu aku suka goyangkan kaki aku setiap kali aku baring atau duduk. Habit ni mak aku selalu tegur dulu semasa dia hidup. kata mak, nanti dah kawen suami tak suka kalo asyik goyang kaki tu. Tapi aku macam takleh nak control sbb habit tu secara tak sedar je aku buat.
Nak tgk budok Luth goyang kaki? Tgk video ni. [Jangan risau video ni takde bunyi suara annoying atau suara petir dan seumpamanya.].
**bobok tu maksudnya suka buat2 perangai comel yang aksi lucu nak bagi orang lain ketawa.
Sekarang Luth dah 16 bulan. Setahun 4 bulan dah dia. Makin besar makin banyak perkara2 kelakar yang dia buat. Aku dengan papa dia tiap-tiap hari dok ketawakan dia je. Ada time dia buat mata separuh pejam bila pandang orang. Ada time dia buat perut gemuk ulang-ulang kali depan mama dengan papa. Pastu bila mama dengan papa ketawakan dia, makin la dia buat aksi sambil dia pun ketawa. Ada time tengah-tengah mama suap makan kat dia, dia baring meniarap sambil buat kaki snow angel. Macam tibe-tibe je. Mama dengan papa bapok le confuse tapi ketawa juga le.
Pastukan Luth ni dia nakal diam-diam. Ada sekali tu aku tengah prepare makanan untuk berbuka puasa tetibe aku rase dia macam senyap je. aku cari dia tgk2 dia dalam bilik air tengah susun botol syampu dan botol shower cream nak buat tower macam selalu dia buat tower guna wooden blocks. Yang penting setiap kali dia susun satu block, dia akan tepuk tangan sambil pandang mama atau papa dengan wajah kudus paling berharap, dengan harapan mama dengan papa pun tepuk tangan di atas kejayaan kecik dia menyusun block tu. Haddoi. Memang menghibur hati.
main peeK-a-boo dengan mama. |
semua dia na susun buat tower |
lepas conteng lantai mama suruh lap semula guna wet tissue. |
dia keluarkan semua wet tissue sampai habis dalam plastic wet tissue tuh. aku tinggal dia jap je gi solat. abis solat tengok2 dah setambun wet tissue ni. huhu. |
hahaha comel! suke goyang kaki..
ReplyDeletehahhaha comel je luth goyang kaki....
ReplyDeleteAlhamdulillah...dah makin besar Luth. Menyeri hidup kalian.
ReplyDeleteKalau saya, bobok tu...tido. :)
Dah besar dah luth sekarang makin comel. Telatah masa kecil takkan dilupakan bila besar nanti. :)
ReplyDeleteAlaaaaa...tak blh tgk video tu.
ReplyDeleteBebudak kalo dia diam jer adalah benda yang dibuatnya tu ☺☺
hihi.. comel kan telatah Luth..
ReplyDeleteLuth aku pula org kata mcm muka ayah dia..kut mana serupa pun aku tak tahu.. sebab aku tgok muka Luth comel, muka pak dia tak berapa..camna tu? masa beranak dulu aku nmpak dia sebiji2 muka aku..comel betul..tapi lagi lama, lagi besar makin menyerupai bapak dia..huhu..
aku dah tak larat nak kemas rumah sekrg..anak ku Luth super-super aktif.. aku kemas, dia selerak..aku tgah kemas pun dia boleh buat semak.
remote tv aku selalu berebut..tak dapat remote terus dia pergi tutup astro kat player astro. org nk tidur, dia tampar muka. tarik rambut. kesian tok ma dia..tak larat oh...oh...
anak ku Luth..
Luth ni mesti baikkan..huhu..jangan nakal2 ye..
Orang kata elok sangat la kalau anak lelaki ikut mak kan, sejuk katanya.
ReplyDeleteSi JJ pulak banyak ikut bapak dia (muka mix takleh nak kata sangat la ikut sapa tapi pangai) especially bab lidah terjelir kalau khusyuk buat something.
Skang ni dah pandai si JJ kalau I terlanggar dia, terus "Aghoh Akbar" kuat2.. haaaa itu gunanya.
eh selamat hari raya awak, maaf zahir batin yer kot2 banyak dosa selama duk bertukar buah fikiran ni hehehe.
Kata orang kalau nak anak2 jadi berani ibu ayah kena hadiahkan mereka adik2 yg ramai. Mereka akan jadi lebih berdikari bila ada adik. Mungkin betul juga kata orang tu kerana 3 daripada anak2 saya yg lahir setahun seorang sampai sekarang mereka sangat berdikari.....
ReplyDeleteNi belum dapat kaki ni....dah boleh jalan laju lagi macam2 dia boleh buat...tak terkejar nanti lyd...hehehe...keseronokan ada anak kecil lagi best bila dah pandai bercakap lebih kurang umur 3-4 tahun...
ReplyDeletealolo comey nya luth..
ReplyDeletetak pa lyg luth sepahkan je.jgn lalak sudah kan.apa kja pon x leh buat..
kalau blh jln nnti ..haaa lagi.. x terkejar..
rajin luth mengemas ye..hihi..
ReplyDeleteHahaha.. Makhluk halus ye kak. Ok la tu ada kembar kenit kan..
ReplyDeletecomel kan?nnt aksi masa kecik tu la uang dirindui...depa ni cpt sgt membesar
ReplyDeletekemana tumpahnya kuahkan Lyd..
ReplyDeleteassalamualaikum lyd...selamat hari raya n maaf zahir batin dr mama...;)
ReplyDeleteMacam best pulak anak macam klon kita. Hik3
ReplyDeleteTapi doa je lah anak ambil perangai baik je. Huhu
hahaha... comel lak bila aku try imagine.
ReplyDeleteHaha... Sm mcm azfar. Abahnya smp gelang kepala tgk anak tu yg perangai sejibik sejibon ikt bapak time kecik2 dlu. Ikt bapak bkn mak hokay.
ReplyDeletedah sampai ke lengan..peha lagi tu haa..
ReplyDeleteada seni melukis tuer
ReplyDeletesetahun 4 bulan tak jalan lagi tu maknanya ko leh rilek2 lagi la dukung ngan pimpin luth..anak aku 10 bulan dah bjalan, skg ni setahun 2 bulan dah macam lipas kudung..dah la taknak dipegang..letih kejar dia..nikmatilah masa rilek ko yang panjang tu..hahaha
ReplyDeleteOkay tak byk beza dgn anak no 2 dan no 3 koi...
ReplyDeleteaduhai anak memang macam2 perangai dan kelakuan yang kita nak tempuhtu...
ReplyDeleteanak akak yang sorangatupun der sikit2 perangai akak ... memang seram sebab yang tak baikpun diikutnyer.. rasa bersalahler pulak...
alhamdulillah..dh besar luth..
ReplyDeletebiasa kalo lmbt jln..dia laju bab bcakap..
bestkan tgk ank mbesar.. mcm2 telatah.. lya dh laluinya..nanti bila luth makin besar mcm asya, makin rindu kat telatahnya.. sbb tu lya suka snap byk2 pic waktu ank mbesar ni.. lg2 ank sorang je
bagus anak laki ikut mama orang tua2 kati..sejuk..seronok kan perangai luth semuanya menyerupai mama..comel ja..lagi2 bab goyang kaki tu..
ReplyDeletemmg kerenah anak2 sekecil luth menghiburkan..sama macam cik pia juga..:)
Mana tumpahnya karektor kalau bukan ke anak sendiri kan :)
ReplyDeleteOkla kopipes mamanya :D