Skip to main content

Pertama Kali Jahit Baju Melayu Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Entry ni mungkin berunsurkan takbur sikit. Mana tak bangga hoihhh..... Baju melayu pertama anak aku, aku jahit sendiri. Walaupun belum lulus untuk buka tempahan, tapi sebagai seorang mama bosan, aku rasa puashati dapat jahit sendiri baju raya anak haku. Macam biasa, kalau beli lagi senang, tapi bila jahit sendiri ada rasa puas dan hepi. Err... warna tema tahun ni? Ekekeke, takde warna tema. Aku pakai baju kaler pink. Luth pakai baju warna oren pastel. Papa Luth plak akan pakai warna peach gelap. Mekasih je la. Langsung tak muafakat. Luth la ni. Comel sangat. Keh, tetibe.


Amboi, ciung anok dara orang. [Luth with his cousin, Zaara]
Di Putrajaya Sentral. Hantar Atuk dan Nekwan naik bas balik Kuantan.


Baju melayu ni aku jahit, main hentam je. Aku ukur baju melayu Abang Ariq [anak Ina, anak sedara aku], pastu potong ikut suke je, then cantum pon ikut suka. Nak cantum pesak tu agak berbulu jugak hati aku. Nak cantum kikek ke kekek ke ikan kekek mak ilai-ilai ikan gelama mak iloi-iloi pada baju tu lagi le buat aku rasa mesin jahit tu macam kecik besar je. Maka inilah hasilnya. Senget sana-sini, herot-petot sekali. Tapi takpe, Luth belum pandai komplen, kita pakaikan aje apa2 yang patut kat dia. MUahahaha..



Jahit seluar.


Tebuk leher baju

Jahit sekeliling leher baju

Poketses macam senget-senget. Seluar pun dah gaye Harlem Pants. Tapi aku tak feduliks. Luth harus memakai baju ini di pagi raya walaupun jahitan tak semenggah. Muktamad.

Closer picture

Asal boleh je sudah le.
Harap-harap terlepas le rindu bakal mok mentua Luth pada bakal menantu dia ni. Ari ni aku insap kejap. Sebenarnya selama ni yang aku lama tak update blog, sebab aku tengah leka main FarmVille2 kat facebook. Langsung tak bermanfaat perbuatan aku tuh. Tapi aku main sampai aku rasa dah tepu, nanti aku boring le bila task dah makin susah.

Comments

  1. wah.. ada projek patut lama x jenguk2..
    x nk jhit utk ank sorng lg?

    ReplyDelete
  2. Luth!!! Pagi raya cepat nyorok bawah katil!!! Ibu nak pakaikan baju melayu tuuuu...isk.

    ReplyDelete
  3. ingat plak pestime buat baju kurung sendiri..herot berot sumernya..hehehe..

    paling senang jahir seluar tu la..teror jugak boleh siap sepasang tuk luth..lagi bermakna raya tahun ni..kihkih..senget benget belakang kira..janji puas hati..

    ReplyDelete
  4. 1st time buat berjaya...okla ni...luth mesti akan pakai dgn penuh bangga hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha sabaq je la.dok melayan farmville ghopenya..kiki
    nasib le luth blom pndai complain kan.hihihi
    nnti praktik buat lagii k..lama lama cun le hasilnya..

    lyd, muka luth nampak iras lyd la.. :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya jahit sendiri baju anak. Next time bolehlah amik order yer lyd.

    Kitorang pon kalerful tahun ni lyd. Raya tahun ni tak berapa nak best pada aku :-(

    ReplyDelete
  7. yg petama luth maaf kan mama dia next raya kna up lgi kasi cantik hihihi eh, ok la dah tu ada rupa bju melayu

    ReplyDelete
  8. Wah, untungnya Luth omakku seorang tukang jahit handalan! Bertuah badan. Anak-anak I tak pernah pun merasa pakai baju raya buatan Mommy mereka. Semuanya I beli je kat kedai, alter pun kedai yang tolong buatkan. Kalau harapkan kat Mommynya, mahu baju Melayu jadi baju kurung pulak kang lepas kena alter!

    Oh, ingatkan insaf sebab bulan Ramadhan... Ingatkan tak berupdate sebab sibuk dengan kerja dan menyediakan juadah berbuka puasa untuk famili. Rupa-rupanya....

    *Cepatlah sampai task yang multiple susah sampai si Lyd ni kembali ke pangkal jalan dan menulis entri dalam blog semula*

    ReplyDelete
  9. ala..ni yang jeles nih..
    sebab rin tak reti nak hjahit
    nangis tepi bucu katil...
    huawaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. Tahniah mama luth...kalo akak..hihihi..x mampu nk menjahit

    ReplyDelete
  11. lps ni dah bole bukak utk tempahan.

    ReplyDelete
  12. tahniah lyd!bangga kan tgk anak sarung baju jahitan sendiri?huhu..kena belajar menjahit gak ni.jeles!!!!

    ReplyDelete
  13. Sama la kita satu famili tak muafakat bab wana baju raya.hehe

    Tabik spring la kt mama Luth ni.mmg ptot pun bangga klu dpt jait bju sndri.apatah lg bju luth..cntik je takdenya singet benget pun.mesti Luth ensem dipagi raya.

    ReplyDelete
  14. Ah lama btul mendiamkan diri mmg rindu kat bakal natu sorang nie...hehehe..tak sabar nak nengok siluth pakai baru melayu spesel yg mama dia jahit nie...tuk natu tak jahet ker acik lyd ooihh...mak saya tak gheti jahit baju cm mama luth, dia kalau jahit seluar koyak sikit2 blhlah belasah..kekekeke

    ReplyDelete
  15. Oooo... fashion 'jahit main hentam' pon ada..? haha

    ReplyDelete
  16. Kak..nanti Luth dah besor..akak bagi die baca post ni.. hahaha xD

    ReplyDelete
  17. mesti Luth suka pakai baju raya yg mama dia buatkan..

    ReplyDelete
  18. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  19. Haha..kantoi.. pttla lama snyap rupanya duk layan game kat fb.. lya ada gak lyn 1 gae kat fb.. criminal case.. y ni mmg best n mcabar jgk.. bkn game semata la..

    Untungnya luth ada mama y pndai jahit sdri bju.. lya mmg failed bab jahit2 ni.. sgt2 x reti.. jahit.manik pom hancus

    ReplyDelete
  20. Good job Lyd..
    Memang harus berbangga dengan hasil sendiri :)

    Dah besar Luth ha...

    ReplyDelete
  21. singgah memalam.. hikhik..
    lyd,
    utk soto ayam semalam tu saya guna rempah buatan sendiri. hasil goggle.
    kebiasaannya guna rempah segera mak siti tu. tp masa kejadian blh pulak tak da dlm stok simpanan.huahua.maka terpaksa la goggle cari2 tjmpa yg simple dan semua bahan tu ada dlm esbok lega :)

    brpa lama cuti raya? start bila bercuti?


    ReplyDelete
  22. wah, memang bangga kak dapat jahitkan sendiri baju melayu untuk anak.... banyak kumpul duit raya lah luth nanti...maknya letak poket banyak tu...hehehe.

    ReplyDelete
  23. jadi apa . baju budak klu beli mahal ...

    ReplyDelete
  24. Kalau pandai jahit dan ada masa, elok buat sendiri je kak. Puas hati hasil tangan sendiri. Tengok anak yang pakai pulak tu.

    ReplyDelete
  25. Senget benget xpe asal hasil tgn snd walaupun kesian luth kena pakai baju hasil eksperimen mama.

    ReplyDelete
  26. ok la tu lyd..
    puas hati pndai jahit sndiri..
    lya mmg failed bab jahit baju ni..
    manik pon sakit kepala duk hadap

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...