Buat entry dengan menaip lirik lagu. Lepas tu, tukar font paling besar dan warna hijau sampai entry tu jadi panjang gila. Tak ada motif sungguh.[Sila rujuk entry terdahulu dlm blog ini.]
Kamu suka emas dan mutiara tak? [Bukan drama Embun Mutiara ye.].Rasanya, kalau tanya sesiapa pun akan suka dengan emas dan mutiara. Walaupun tidak suka pakai, tetapi tentu suka tengok keindahannya. Atau jika tidak suka tengok pun, paling tidak, tentu suka dengan nilai kedua-dua benda tersebut. Betul kan?
Jika inginkan emas dan mutiara yang terhebat, sila berusaha.... Kerana..... Mahligai dan istana di syurga diperbuat daripada emas dan mutiara terbaik iaitu yang disediakan hanya untuk hamba Allah yang beriman.
Sabda Rasulullah; [tidak dinyatakan daripada riwayat apa]
"Sesungguhnya, orang beriman ditempatkan di syurga istana dari mutiara yang berongga. Panjangnya adalah 60 batu. Di dalamnya terdapat pelayan-pelayan".
Bangunan Di Syurga
Bangunan-bangunan di syurga dibina daripada batu-bata emas dan perak, campurannya sewangi kasturi* yang sangat harum, batunya terbuat dari lu'lu' [mutiara] dan yakut** serta tanah daripada za'faran***, seperti tepung putih yang berbau kasturi. Diantara bentuk bangunan adalah kubah-kubah yang indah diperbuat daripada mutiara.
Petikan di dalam tulisan purple di atas diambil daripada buku "Malam Pertama di Alam Syurga" tulisan Abu Zhariff Zihan.
Saya ceritakan tentang syurga ini... supaya kita sama-sama bersemangat waja mencintai syurga serta jatuh cinta dan obses dengan alam akhirat. Kalau dah tau betapa hebatnya syurga, barulah berlumba-lumba nak kejar peluang untuk menuju ke sana kan? Nanti saya akan cerita lagi apa yang menarik yang terdapat di dalam buku itu.
Hanya untuk yang belum tahu :
*Kasturi - Bukan limau kasturi. Kasturi ini adalah minyak yang terhasil daripada satu kelenjar hormon rusa jantan [ada sejenis rusa dipanggil musk deer]. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil 'musk'. Cara-cara nak hasilkan musk tu sila cari sendiri di Google. Kalo malas, entry akan datang saya akan jelaskan atau lebih jujur, hanya terjemahkan je apa yg saya search kat Google tu. Kehkehkeh. Sebab saya tau, JekJan dengan Org Kg Baru mesti tunggu saya compile je semua maklumat tu. Kan? Kan? Hihi.
**Yakut - Perkataan 'yakut' ni mungkin di dalam bahasa Arab. Di dalam bahasa Inggeris = Zircon. Dalam bahasa Jepun dipanggil 'Yakult'. Hehehe... Acah je. Zircon ni adalah salah satu jenis batu permata yang berwarna warni. Biasanya warna coklat tanah, kuning, hijau atau merah. Yang penting, motifnya adalah untuk cantik la, takyah cakap banyak.
***Za'faran - Atau sebutannya 'Zakfaran', di dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Saffron. Dalam bahasa melayu... ermm... err... erk... kehkeh... tak tau la wei. Mesti saya tak cari sungguh-sungguh ni. Huhu.. Yang pastinya, Za'faran ini adalah sejenis herba.
Nah... Tengok gambar-gambar orang menuai bunga Za'faran.
Jadi moralnya... Syurga itu hanya ada benda-benda yang terbaik sahaja. Marilah berusaha sama-sama yer?
Comments
Post a Comment
Saper komen, dia best!