Skip to main content

Niat Baik DiCurigai. Why?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Entry seumpama ini telah pernah saya karangkan semasa di blog friendster dahulu. Tapi tak kira, nak citer jugak.

Memandangkan kat Malaysia ni terlalu banyak jenayah sampai tak cukup tangan polis nak rekod statement, saya selalu je mudah curiga dengan orang lain yang saya tak kenal. Jangan nak kata dengan orang yg saya tak kenal, kekadang dengan orang yang saya kenal pun saya curiga juga. Macamana la tak curiga, jenayah kat Malaysia ni kreatif sangat. Sesetengah tu, modus operandi dia yang kita sendiri tak pernah terfikir. Yang tak logik pun ada. Baling telur kat cermin keta orang malam-malam buta, pastu bila orang hidupkan wiper, then cermin jadi makin kabur, pastu bila keta berenti, perompak pun datang merompak. Ada jugak yang gunakan kanak-kanak sebagai umpan untuk berlakon jadi sesat, lepas tu budak tu mintak tolong hantar ke rumah, lepas dah hantar ke rumah, rupa-rupanya rumah tu sarang perompak.

Itu baru cerita pasal teknik-teknik merompak, belum citer lagi pasal orang yang membunuh atau merogol budak sekolah tadika dalam van sekolah siang-siang buta kat tempat awam. Dah tu macamana la saya tak rasa curiga dengan orang.

Semalam saya pegi MidValley. Motifnya hanya untuk beli kelapa pandan yang dijual di Carrefour dengan harga RM3.99 sebiji. Maklumlah kan... Suami saya baru baik demam. Jadi nak juga beri beliau minum air kelapa yang belum bercampur bahan lain. Untuk membuang toksin daripada badan la kononnya. Huhu. Dah alang-alang pergi MidValley, saya pergi juga Jusco untuk beli satu lagi spice rack yang pernah saya beli sebelum ini.. Saje. Nak seragamkan rupa kat dapur tu. Kalau dapur nampak kemas, makin rajin la saya memasak nanti. Lepas tu saya beli 2 pasu bunga yang kaca nipis jernih warna putih kat kedai Hinode. Murah je. Sebab nak letak bunga telur yang dah berlebihan masa kenduri kawen dulu. Saje je, malas nak beli yang mahal, sebab bunga bukan subject yang penting dalam hidup saya. Kalau takde pun tak mati punya. Tapi alang-alang dah banyak lebih, saya guna je la buat hiasan rumah. Walaupun tak le cantik mana.

So, kamu boleh bayangkan barang-barang yang saya beli tadi bukanlah banyak dan tidaklah berat pun. Tapi gedik jugak nak letak dalam troli. Saya parked kereta di tingkat 2 bahagian H. Semasa nak keluar ke tempat parking dengan menolak troli tu, ada seorang lelaki berbangsa bukan Melayu tolong saya bukakan pintu untuk keluar ke parking tersebut. Lepas tu, saya pun senyum kepada dia dengan senyuman yang paling bajet diva semasa mengucapkan arigato gozaimas di dalam bahasa Melayu. Dia pun balas ucapan terima kasih itu dengan menganggukkan kepala sambil memancarkan airmuka yang macam "aku sungguh terasa dihargai....". So, bila dah keluar pintu pertama tu... saya sepatutnya kena turun tangga plak. Ada 2 tangga, satu ke atas dan satu lagi ke bawah. Kemudian lelaki tadi cuba untuk membantu saya mengangkat troli itu ke bawah. Sedangkan saya sudah mengambil semua barangan saya untuk pergi ke kereta dan meninggalkan saja troli tersebut di situ. Tapi lelaki tadi beriya-iya sangat nak angkat troli tu. Saya dah cuak giler. Tetiba je terasa seperti air liur saya membeku menjadi batu dan saya terpaksa telan batu-batu tu 10 biji dalam 1 masa. Adeh... Saspen ni... Apa la lelaki ni nak daripada saya.

Lepas dia dah angkat troli tu ke bawah tangga, dia nak tolong tolak troli tu ke kereta saya pulak. Dia siap tanya kereta saya kat mana... Aduhhhh.... Nak nangisnya la saya rasa... Dalam hati saya, macam ada orang main squashy je. Bergoncang kuat. Risau nak mampus. Macam-macam persangkaan buruk dah display satu persatu dalam kepala hotak saya. "Mesti dia ni nak rompak aku ni. Huwaaa... Baiyaaaa.... jangan la rompak aiiiii.... I bukan orang kaya you see.... Lgpun ai baru je kawen. Sian kat suami aiiii nanti. Oohhh... Please baiyaaa.. jgn apa-apakan aii. I insaf yang lemah. Hanya mampu berserah. Ingin sekali bertemu. Untuk mengubat rindu..

Walaupun takut, dengan muka pun dah sengih kerang, tapi saya tunjukkan jugak kereta saya. Lelaki tu pun tolak troli tu ke kereta saya. Pastu dia tanya, nak simpan barang-barang tu kat mana? So, saya tunjukkan je kat bahagian boot kereta kat belakang. Lepas tu dia tolong saya angkat barang-barang tu ke dalam kereta, lepas tu dia blah gitu je. Phewww~! Selamat... Saya terus je masuk kereta, kunci keta dari dalam. Buatnya dia datang semula bawak geng sekali dengan kapak dan kayu hoki serta kayu besbol, tidak ke mati saya? Huuhuuu... Takut betul...

Tapi syukur alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk dia lakukan kepada saya. Lega rasanya. Saya terus je start keta, chow.

Sampai rumah, saya relax kejap, masak then mandi. Lepas tu masa tengah keringkan rambut di kipas susah mati, suami saya balik. Kemudia beliau tanya saya, dah beli ke spice rack tu? Saya tunjuk la kat spice rack tu menandakan bahawa saya sudah membelinya. Pastu suami saya cakap, "Apakata kita beli lagi 2 spice rack ni.". Tak tau la apa motif beliau, saya pun tak tau apsal beliau cakap begitu. Tapi rasanya beliau menganjeng saya je tu, sebab masa saya kata nak beli rack tu, beliau dah kata, bukan ke harga dia RM30 lebih? Saya dengan muka yakinnya menjawab, mana ada la.. belas-belas ringgit je. Haa.. sekali, betul daaaa cakap suami saya. Kan dah kena menganjeng secara free je..

Kesimpulan kepada citer tadi ialah... kalau kita curigai orang lain yang kita tak kenal, memang bukan salah kita. Sebab memang patut takut pun. Dan tak salah kalau kita berhati-hati jangan cepat percayakan orang. Dah tu, sape suruh kat Malaysia banyak jenayah? Kalau Malaysia ni aman, saya mesti boleh tinggalkan umah saya tanpa mengunci pintu dan grill. So, just be extra careful la ye... Cuma kalau curiga pun, jgn tunjuk sangat. Cover line la sikit....

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...