Skip to main content

Pengalaman Berpantang ............Dengan Ibu Mertua

Sejahteralah ke atas kamu...

Selepas melahirkan anak sulung, aku balik berpantang di kampung selepas 3 hari bersalin di PPUM. Ibu dan bapa mertua datang ke rumah kami dengan menaiki bas untuk sama-sama balik ke kampung dengan kami. 

Ikhlas aku katakan bahawa, ibu mertua menjaga aku dengan sangat baik. Memasakkan lauk berpantang untuk aku. Menguruskan anak aku. Membakar tungku untuk aku menungkukan pertu gendut aku ni. Sediakan air mandian herba untuk aku. Dan membasuh pakaian aku dan anak, tanpa berkira. Aku terharu sebab aku ni kan dah tak ada emak. Boleh la menumpang perhatian seorang ibu mertua.

Waktu malam, ibu akan bentang tilam di tepi katil di dalam bilik aku, atau di luar bilik untuk standby kalau-kalau anak aku menangis atau meragam. Bila anak aku menangis, ibu akan terus take over dan comfort kan anak aku sampai anak aku tertidur semula. Mungkin kerana kesiankan aku yang kena berjaga malam untuk menyusukan anak. 

Aku segan sebenarnya. Pertama sebab, yelah... ibu mertua. Walaupun nak anggap macam emak sendiri, tapi masih lagi perlu ada boundary. Tak pandai nak begitu selamba. Kedua sebab ibu mertua pun bukan muda lagi. Aku kesian pada dia. Lagipun, ibu pun mungkin ada rasa segan kalau nak tegur atau nak marah aku tentang apa-apa. Sebab aku ni menantu. Mungkin ibu takut aku tersinggung ke kalau nak marah aku. Padahal aku bukan kisah pun. Hee. 

Itu part yang baik. Yang tak bagusnya bila berpantang di rumah ibu mertua, ialah suami aku takde. Huhu. Dia hanya balik hujung minggu. Yelah, sebab dia kerja. Takkan dia nak melangut 3 bulan dengan aku yang cuti bersalin ni. Mau kena maki dengan boss dia. Bila suami aku tak ada di sisi, aku jadi susah. Kehkeh. Jangan la loya membaca pengakuan aku ni. Antara kesusahan pertama ialah bab nak panggil orang mengurut. Tukang urut yang ibu perkenalkan kepada aku, memang bagus. Dia urut memang sedap. Cuma dia duduk jauh. Kena ambil dia di rumah dia untuk datang mengurut aku. Dah kalau suami aku hanya balik hujung minggu, nak konsisten menjemput dia di rumah tu, susah la. Aku kena tunggu minggu depannya pulak untuk complete kan hari berurut aku. (aku berurut dengan dia 3 hari je). Lepas tu, aku ada berurut juga dengan tukang urut yang lain yang duduk dekat dengan rumah ibu. Tapi tak berapa okey sangat. Rasa macam urut biasa je, bukan urutan selepas bersalin. 

Kesusahan yang paling aku terasa bila suami aku tiada di sisi ialah waktu berjaga malam. Ya Allah, penatnya Allah je yang tahu. Bangun untuk menyusukan anak 3 ke 4 kali setiap malam. Setiap kali menyusu pula, anak aku akan berak. Prekkkk... Nak tukar diaper, lepas tu nak tidurkan dia semula, katakan paling kurang sejam. Itu pun kalau semuanya berjalan lancar. Ada time dia menangis, takkan dapat nak settle dalam masa sejam. Jadi ko kira la. Setiap malam berjaga 4 jam. Esok pagi nak bangun pagi-pagi bertungku kul 6.30 pagi. Kalau ada suami aku, sekurang-kurangnya bahagian tukar diaper dan tidurkan anak tu aku terus pass kat dia. Jadi, relax la sikit aku. Hanya bangun untuk menyusukan je. Suami aku ni dia suka participate dalam setiap aktiviti yang melibatkan anak. Kalau aku kata takyah bangun pun, dia akan bangun juga. Kadang-kadang, bila anak menangis nak menyusu, suami yang terjaga dulu. Aku dah krohhhh..krohh macam gergasi. Langsung tak sedar.

Aku ni sebenarnya tak kisah langsung berpantang. Aku suka bertungku, suka makan lauk pantang, suka pakai bengkung. Tapi, yang aku tak suka ialah aku malas nak buat tu semua sendiri. Kalau ada orang tolong tungkukan untuk aku, kalau ada orang tolong pakaikan bengkung untuk aku, masakkan lauk kesihatan untuk aku setiap hari, insyaAllah aku rajin je nak ikut. Tapi bila namanya kena buat sendiri, aku bertungku pun main-main je la. Sekejap je siapnya. Ngelat la banyak. Bengkung pun aku pakai ikut suka aku je. Tak ikut timing. Dah tu cemana nak kurus? 

Jadi... Bila aku memikirkan semua tu, aku plan untuk bersalin dan berpantang kali ni, aku nak upah confinement lady untuk jaga aku berpantang. Mungkin bukan sepenuhnya 40 hari. Mungkin 2 minggu je ke. At least sehingga aku dapat completekan jumlah hari berurut dan dapat kuatkan badan aku sikit sebelum balik berpantang di kampung. Jadi tak la menyusahkan sangat ibu mertua aku nanti. Ini, waktu aku tengah luka tak baik lagi aku dah kena berjauhan daripada suami. Chey chey.. biroh. Pasal confinement lady tu, nanti next entry la aku cerita insyaAllah. Pakej mana dan set berpantang apa yang aku nak gunakan kali ni. No more Tanamera. 

Comments

  1. Memang macam-macam pengalaman berpantang ni kanLdy,alhamdulillahlah dapat ibu mertua yang memahami..tapi tak sama dengan ibu sendirikan... memang penatkan bila nak bangun malam dan uruskan anak tanpa orang bantu.Wa pun dah banyak kali laluinya...

    ReplyDelete
  2. betul. mksudnya skrg dh kena fikir nk berpantang mcm mana. aku doakan yang baik.

    ReplyDelete
  3. Semua anak saya, kecuali anak no 2, semuanya lahir di kampung. Cuma dalam tempoh pantang setiap minggu saya akan balik kampung jaga isteri dan baby. Kadang2 pula bercuti beberapa hari...

    ReplyDelete
  4. waaa bestnya ada mak mertua baik mcm ni. Suami pun rajin.. alhmdulilah. Sya tak kawen lagi so tkde pgalaman haha

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah, dapat MIL yg baik, bagus dan sudi membantu macam tu.
    Pernah terfikir utk bawa MIL ke rumah korang? Jadinya suami pun ada masa tempoh pantang tu.

    ReplyDelete
  6. Salam akak.. Hihi.. Teribe rs nk crite jugak.. Hihi.. Bl bc kisah akk ni kn.. Rs mcm nk bersalin lg skali.. Hihi

    ReplyDelete
  7. saya dlu pon dilema macam ni juga.
    mmg sebolehnya x nak nyusahkan makayah. maklum la,mereka juga ada tanggungjawab lain.

    saya hari tu, mmg ada pikir juga nk guna khidmat confinement lady tu. tapi memandangkan saya tak bekerja, so, tak tercapai hasrat tu.

    husband jaga sebulan je. kebetulan. dapat cuti isteri bersalin seminggu, tambah cuti standby raya seminggu, apply cuti sendiri seminggu. tapi bos baik, tambah lagi seminggu. maklum la tunggu anak 6 tahun, kan ! hikhiks

    alhamdulillah dipermudahkan semuanya.
    selebihnya, balik sambung berpantang di kedah dgn mak sndiri.

    in shaa Allah semoga dipermudahkan juga buat lyd nanti. aamiin

    ReplyDelete
  8. dua anak saya pantang berjauhan dengan suami. dia balik 2 minggu sekali je itu pun saya takkan mintak dia jaga anak malam2 sebab tau dia penat.dapat tengok muka bini & anak udah la..
    yang penting,urusan kita dipermudahkan..takde masalah, dah syukur alhamdulillah

    ReplyDelete

  9. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete
  10. wah baiknya mertua. bertuah sis. tapi tula, mestila confirm segan dengan mertua kan. alangkan dengan mak sendiri pon kalau boleh kita tak nak susahkan. maklumlah mak pun bukan muda.

    part kalau suami tak de tu, memang setakat ni saya tak dapat bayangkan. serious sangat perlukan support dari suami.

    moga-moga anak ke 4 akan datang suami sedia membantu seprti anak-anak sebelum ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...