Sejahteralah ke atas kamu....
*aku lebih suka kalau korang baca sampai habis kalau nak komen*
Nenek pengasuh Luth disahkan menghidapi kanser sel pada tahun lepas. Kanser sel tu katanya ialah sejenis kanser yang sangat unik dan boleh dikatakan hanya satu dalam sejuta. Dalam tengah sihat, tiba-tiba dia dimasukkan ke hospital kerana muntah dan sakit perut yang teramat, kemudian selepas menjalani pembedahan membuang cancer tersebut aku tengok kesihatan dia semakin susut. *Waktu dia sakit, anak dia yang menjaga Luth.*
Aku sedih. Sebab aku rasa aku dah mula sayang pada nenek pengasuh Luth tu. Aku macam ni la, susah nak mula berkawan, susah nak berkenalan, tapi once aku dah mula kenal seseorang di dalam hidup aku, aku akan jaga silaturrahim itu supaya terus berkekalan. Ewahh dah macam bercinta pulak. Lagipun, aku memang berazam untuk buat baik pada orang yang menjaga anak aku. Aku belajar daripada ibu. Sebab ibu mentua aku pun mengasuh anak-anak orang juga di kampung. Pengalaman ibu dengan ibu bapa kepada anak-anak yang dia asuh, aku jadikan pedoman untuk aku menjaga hubungan baik aku dengan pengasuh Luth. Nenek pengasuh Luth tu aku dah anggap macam keluarga, walaupun aku tak tahu dia dah anggap aku macam keluarga ke belum. Ehee.
Ada sekali tu, nenek pengasuh Luth dimasukkan ke hospital lagi sekali kerana tenat. Itu kalau tak silap pada hujung tahun lepas. Pertama kali Luth terpaksa ikut papa dia pergi kerja sebab tak ada orang nak jaga dia. Selepas mendapat rawatan rapi di hospital, nenek dibenarkan keluar hospital. Kesihatan nenek bertambah teruk selepas dia menjalani rawatan chemo. Terus terbaring je dan bercakap pun dia tak larat.
Waktu tu, aku memang berusaha untuk dapatkan doa-doa dan petua-petua rawatan alternatif untuk diberikan kepada nenek. Malah ada satu malam tu, aku bangun malam untuk bersolat hajat dan berdoa serta membuat air penawar untuk nenek. Sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ni walaupun terhadap arwah mak aku sendiri. Esoknya..... Bila aku tanya anak nenek, macamana keadaan nenek malam tadi [dengan harapan anak dia akan kata yang "mak semakin pulih, seperti ada kuasa ajaib yang membantu"], tapi hampa pulak aku rasa bila anak dia kata, "malam tadi keadaan mak memang sangat-sangat teruk, paling teruk setakat ni". Sentap sekejap aku. Seolah-olah, doa aku langsung Allah tak terima. Tapi takpe, Allah lebih mengetahui.
Isnin minggu lepas, nenek dimasukkan sekali lagi ke hospital kerana dia tenat lagi sekali. Luth pun terpaksa ikut papa dia ke tempat kerja sebab anak nenek mestilah kena jaga mak dia di hospital dan tidak dapat menjaga Luth. Tapi itu bukan satu masalah pun kepada kami sebab papa Luth memang suka Luth ikut dia pergi kerja. Aku tanya anak nenek tentang mak dia. Katanya mak dia semakin tenat. Lemah sangat. Doktor pun dah pesan supaya bersedia.
Aku turut merasa risau. Hari Selasa, waktu di ofis, aku buat lagi solat hajat dan berdoa untuk kesihatan nenek selepas Shera, anak nenek menghantar gambar maknya di dalam keadaan terlantar tak sedarkan diri, dengan wayar oksigen terpasang pada hidung. Sebak sangat aku tengok. Seolah-olah melihat mak sendiri. Aku berdoa bersungguh-sungguh, memohon agar Allah memberi tangguh kepada nenek. Supaya dia boleh terus berbakti kepada masyarakat dan supaya dia boleh menambahkan lagi amalannya. Aku sangat berharap nenek kembali sihat. Sebab bagi aku, dia itu sangat baik orangnya. Sepanjang hari tu, aku memang hanya memikirkan nenek. Aku rancang nak melawat dia esoknya. Sampai di rumah petang tu, aku memasak seperti biasa. Dalam jam 7 petang, aku dapat panggilan telefon daripada Shera dan dia memaklumkan bahawa nenek telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.10 petang Selasa tu. Aku speechless...........................
Nenek selamat dikebumikan pada hari Rabu. Aku mendoakan kesejahteraan beliau di sana, dan semoga Allah memberikan tempat yang lebih baik untuk nenek di sana berbanding dengan tempatnya di dunia ini. Aku mendoakan agar nenek dilindungi daripada seksaan kubur, semoga dilapangkan kuburnya seluas-luasnya, semoga kuburnya sentiasa diterangi dengan cahaya yang terang benderang dan menjadi salah satu daripada taman-taman syurga. InsyaAllah. Damaikanlah kamu di sana wahai Azizah binti Daud.
..............................
Maaf ye, kalau ada yang terasa... "what the fuuu dia ni dok cerita pasal dia solat hajat, berdoa bla-bla untuk orang. Bukan ke sepatutnya amalan-amalan tu perlu disembunyikan daripada orang ke? Takebor bercampur riak lettew.".
Ye, aku pun sebenarnya tidak selesa untuk menceritakan amalan yang aku lakukan Cuma aku nak ceritakan betapa tersentapnya aku, bila doa-doa yang aku mohonkan kepada Allah, seperti tidak diterima. Sedangkan pada waktu aku berdoa tu, aku berdoa dengan yakin seolah-olah Allah pasti akan makbulkan.
Pengajaran sangat untuk aku. Sebab selama ni, aku berdoa dan berdoa, memohon untuk diri sendiri dan keluarga, aku seperti yakin Allah akan makbulkan. Malah aku rasa dah cukup dah doa-doa aku untuk menempah tiket aku ke syurga. Tapi amat merisaukan bila aku kenangkan, 2 kali aku solat hajat untuk nenek, kali pertama kesihatannya menjadi semakin buruk dan kali kedua pula dia dijemput Allah.
Aku jadi sangat takut bagaimana jika Allah tidak makbulkan doa-doa aku yang lain sebelum ini? Bagaimana nantinya aku kalau sewaktu aku sedar bahawa doa-doa aku selama ini Allah tidak terima ialah pada waktu aku telah mati atau pun sedang menghadap Allah di padang mahsyar? Aku memang jiwa kacau sangat bila fikir semua tu. Lagi satu, yang menginsafkan aku..... bahawa janji Allah itu pasti. Jika tertulis ajal seseorang hamba Allah itu, pasti tidak akan lewat atau awal walau sesaat.
Innalilahiwainahirajiunn kepada Nenek Pengasuh Luth...
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat....amin...
innalillah...
ReplyDeletealfatihah
betul tu lyd sama mcm apa yg pernah sy rasa dulu spnjng berttc.mmg jiwa kacau bila pikir pasal doa semua tu.. kita tak tahu.
ye mmg kita berdoa siang malam. tp hnya Allah Maha Mengetahui. pernah luah dgn mak.
in shaa Allah lyd. sbgai hambaNya kita tambahkan amalan dan terus berdoa, Allah Maha Mendengar
takziah ....
ReplyDeleteitu ketentuan lyd ... dan mungkin ini salah satu Allah nk bgtau supaya kita cek amalan kita ....
klu kita yakin dgn Allah ... dan sape kita nk tentukan Allah makbul atau tidak semua tu rahsia Allah yg penting kita jgn lupa Allah ..teruskan
Aaminnn.....
ReplyDeleteDoa yg baik2 kita aminkan...
innalillah...semoga roh arwah tenang di sana..
ReplyDeletepasal doa tu.. maybe Dia nak kita berdoa sungguh-sungguh..
bercerita n mengadu sesungguh dari hati padaNya... disamping amalan-amalan kita...
apa-apapuh hanya Allah SWT lebih mgetahui..maybe dia makbulkan dengan cara lain..
Innalillahi wainnailaihi rajiun...Al-fatihah buat arwah. Sama ada doa kita sampai atau tak, hanya DIA yg maha mengetahui. Mungkin doa tu dimakbulkan dengan cara yang lain. Jangan sedih² yer lyd.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletebukan doa kita tak diterima..memang itu dah janji Allah dengan nenek tu dan Allah lebih memerlukan dari awak..tentang doa doa kita selama ini biaralah kita tak usah fikirkan sama ada Allah terima atau tidak yang penting kita dah lakukan apa yang disuruh..Al-Fatihah buat nenek.
Innalillah. doa tu mungkin Allah tak makbulkan sebab Allah ada sesuatu yg lebih baik, mungkin menyedarkan kita supaya tingkatkan lg ketaqwaan kita. walaupun kita ni dok berdoa sungguh2 tapi Allah tak jugak makbul... and pasal amal ibadah tu, tengok persepsi org. yg jenih duk pikir org riyak takbur tu mmg hati dia jenih cmtu kan. sabar ye! Jom baca entri terbaru :)
ReplyDeleteyang komen tanpa baca tu baik tak payah komen pun takpa.janggal je rasa.huhu...
ReplyDeleteAllah suka bila kita merayu kpadaNYA...orang yg bertahun2 doa pun belum dimakbulkan..Bukan hanya dengan sekali dua doa.Orang la kata. Saya bukan pandai Sgt,yg sy tahu ajal datang tak mengira apa. bila tiba masanya lyd... Semoga allahyarhamah nenek pengasuh luth tenang disana.
pasal persepsi orang tu tak terfikir langsung sy..selagi cerita ada pedoman apa salahnya mention..supaya jadi pengajaran dan muhasabah diri yg membaca..
Salam takziah.. Innalillah.. Al Fatihah.. Semoga arwah d tempatkan d kalangan org2 yg beriman.. Aminn...
ReplyDeletesalam takziah.. & alfatihah... benda yang sama terjadi pad Adik.. dier tanya KA kenapa atuk sedara dier boleh meninggal sedangkan Adik dah doa banyak2 semoga atuk tu sembuh, Allah x makbulkan doa adik ke... Yang pasti ajal sudah tertulis dan apalah daya kita utk menolak takdir Allah swt... kan
ReplyDeleteAlfatihah. Salam takziah buat keluarga nenek pengasuh Luth. I ada baca kisahnya yang you tulis sebelum ni. Mungkin sampai di sini titik noktah hidupnya. Rasanya baru aje arwah nenek ni disahkan menghidap kanserkan. Semua janji Allah memang pasti. Siapalah kita hendak mempersoalkannya. Kalau bercakap tentang doa ni, I pun selalu terfikir. Bertahun I berdoa perkara yang sama mengapa tak semua doa-doa itu dimakbulkan. Adakah Allah tak sayangkan I ataupun I yang tak cukup yakin ketika berdoa?
ReplyDeleteinnalillah...Al-Fatehah utk arwah...InsyaAllah kak doa tu sampai kn Tuhan akn menduga bgi org berkemampuan je so akk kuat InsyaAllah lepas ni dipermudahkn utk cri pengganti penjaga Luth plak..
ReplyDeleteAl-fatihah. Lydsunshine bersabar ye. Allah sentiasa ada bersama kita. Insyaallah :)
ReplyDeletesemoga nenek pengasuh ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Jangan terus putus asa utk terus berdoa pasti akan dimakbulkan.
ReplyDeleteAllahuakbar..sedihnya baca kisah ni..salam takziah..alfatihah buat nenek pengasuh luth..
ReplyDeleteTakziah...speechless...tgh sebak...
ReplyDeleteal fatihah..Allah lbih syg nenek :-((
ReplyDeleterasa rindu, baca blek blog nieh...ehmmm,rindu tramat sgt hanya Allah yg twu :(
ReplyDeleterasa rindu sgat baca blek blog nieh, sries rindu emak. hanya Allah yang tahu.
ReplyDeleteharap dpt brjmpe dgan die kelak.
aminnn....