Skip to main content

Surat Untuk Ibu dan Bapak Mentua

Sejahteralah ke atas kamu....

Sekali sekala nak mengada-ngada hantar surat kat ibu dan bapak mentua. Bukannya takleh telefon. Boleh sesangat. Nak belajar tajwid dengan Pak mentua pun boleh melalui telefon. Tapi memang dah ditakdirkan aku ni gedik. Jadi terpaksa la aku tulis surat untuk Ibu dan Pak sebagai tanda gedik aku tuh.  Kuheh.

Aku tulis surat ni sebab aku ada kirimkan baju untuk ibu. Baju kelawar yang aku jahit sendiri. Siap bersulam huruf 'R' pada lengan sebagai mewakili nama Ibu, Rahimah. Untuk Pak, aku tak bagi apa-apa pun. Cuma print gambar Luth je untuk Pak. heheh.. *Macam la  Pak kisah sangat dengan gambar Luth. Bajet mcm orang sayang sgt kat anak aku kan? Mueheh.*











Buat sendiri je sampul surat. Melampau sangat kan kesenian aku ni. Syukur, ibu suka baju yg aku bagi, katanya cantik. Aku lupa plak nak ambil gambar baju tu. Alaa.. baju kelawar paras peha yg mcm baju belacan aku tu je. Guna kain cotton viscose. Imagine je la cemana pun.

Aku ni dah takde emak. Yang aku ada cuma ibu je untuk menumpang kasih seorang emak. Jadi, apa yang aku rasa nak beri kepada arwah emak, aku beri kepada ibu. Dapat la feeling-feeling macam emak masih ada. Tak la rasa lost in a jungle sangat.

Comments

  1. insap pulak baca post ni sebab kita takde usaha nak mesra2 dgn mertua mcm ni heheheh...mungkin sebab duk mesra2 dgn ibu sendiri je selalu kot huuuu

    pandainya menjahitttt....kagum2..dah macam2 baju dah ni jahit.

    ReplyDelete
  2. Hhihi. Sweet jgk buat gini lyd.. olor.. msti pok tua simpannye pic luth tu..

    Btl r tu lyd... mertua pom sama mcm ibubapa kita.. so x salah kalo nk.bmnja n curahkn kash syg kat dia org.. at least terubat hati

    ReplyDelete
  3. sedih lak ayat last Lyd tu lah.

    ala..nak tengok hasil kreatip baju tu.

    ReplyDelete
  4. Macam bahasa surat kiriman masa zaman sekolah dulu kan...? Ayat "dari menantu mak dan pak yang paling 'kurus'" yang paling kelakar....

    ReplyDelete
  5. tak boleh tahanler lydni.. macam2 idea... memang lyd lain dari yang lainler...
    mesti orngnyer specialkan...

    ReplyDelete
  6. Bagus tu....ibu suami adalah emak juga...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    seronok ibu kan dpt baju kelawar hasil tangan menantu :)

    alfatihah..

    ReplyDelete
  8. Ok la tu. Akak ni mak dh lama xde. Husben lak ayah dh lm xde. Jdk berkongsi la apa yg ada.

    ReplyDelete
  9. Klu cenggitu, nanti aku tempah baju kat ko then ko pos beserta sekali dgn surat. Ok?

    ReplyDelete
  10. confirm seronok ibu dapat menantu ingat dia gini
    saya punya mak mentua dekat aje, tiap minggu jumpa =)

    zaman gila pen pals dulu, selalu buat sampul surat sendiri sebab nak jimat kos =)

    ReplyDelete
  11. sweet betul la lyd ni.siap bagi surat..kita samalah mak mertua je tempat kita menumpang kasih..tetiba sedih..sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  12. Bagusnya you dengan mak mentua. Padanlah mak mentua sayang bangat. Kalau I pulak, lagi boleh berjauhan, lagilah suka :) But then my mother in law pun baik orangnya cuma I tak berapa retilah nak menambat hati orang tersayang suami I nih!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...