Skip to main content

Bendera Anak Derhaka

Sejahteralah ke atas nkorangs.


I'm bekkkkk!!

Anak Derhaka
Sekarang barulah saya faham, kenapa kita TAK BOLEH derhaka kepada mak ayah kita. Dulu macam faham jugak, tapi tanpa praktikal, hanya teori. Bila dah pregnant ni, rasakanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang  mengandungkan anaknya. Bermula dengan alahan yang teruk, banyak benda yang tak boleh makan. Badan lemah. Kepala pening. Sentiasa tak sihat. 
Si Tanggang ni tak tau kot mak dia susah payah mengandung dan melahirkan dia. Haa.. kan dah jadi batu.

Walaupun ibu-ibu yang tidak mengalami alahan teruk di awal kandungan, bila tiba penghujung kehamilan pun tetap akan rasa betapa susahnya mengandung ni. Nak tidur susah. Perut berat. Selalu rasa sakit bahagian pinggang/punggung. Mengiring tak kena, terlentang tak kena. Nak bergerak pun susah. Nak bangun tidur pun susah. Nak pergi toilet pun susah. Itu belum cerita sakit nak bersalin. Huuwaaa... [Makk.... orang mintak maaf banyak-banyak sebab masa sekolah menengah dulu orang selalu je melawan cakap mak. Mak suruh buat mende-mende, orang selalu je buat tak tahu sampaikan last-last mak yang kena buat sendiri apa yang mak suruh tu. Orang mintak maaf sebab selalu je memilih makanan yang mak dah masak penat-penat pastu orang taknak makan kalo lauk tak sedap. Huuu... Kalau la orang tau cemana seksanya mak masa mengandungkan orang dulu, orang la yang akan jadi anak paling taat kat mak dalam dunia ni.] 

Ayah pula... adalah orang yang akan sentiasa ada di sisi emak untuk menghadapi semua kesusahan mak semasa mengandungi kita. Hanya ayah la sebagai seorang suami yang nampak penderitaan isterinya semasa mengandung. So, apa lagi alasan kita sebagai anak untuk mengenepikan mak ayah kita? 


Bendera
Adakah  pendirian atau sokongan seseorang terhadap sesebuah parti akan berubah serta merta dengan hanya melihat bendera yang banyak bergantungan di sekelilingnya? Bagi saya, tak perlu pun letak bendera banyak-banyak sempena nak pilihanraya ni. Letak la banyak mana pun bendera, kalau orang kat kawasan tu dah tak sokong sesuatu parti tu, maknanya mereka tetap tak sokong jugak. Dan kalau orang tu pulak dah memang sokong sesuatu parti tu, walautak ada sehelai pun bendera parti yang disokong tu dikibarkan, sokongan dia tetap juga kepada parti yang disokong. Setuju?

Pendapat ini saya tembak untuk semua parti politik tak kira pembangkang atau kerajaan. Nak print bendera dah berapa banyak kos? Berapa helai bendera yang perlu disediakan? Berapa kawasan DUN? Berapa daerah? Untuk berapa negeri? Banyak kan? Kemudian nak upah orang gantung bendera pun dah berapa lagi kos. Setahu saya, seseorang yang diupah untuk gantung bendera dibayar RM50 satu malam. Banyak ke tak banyak duit yang dibazirkan semata-mata untuk bendera sahaja. Secara psikologinya, mungkin bendera itu perlu untuk tunjukkan kekuatan parti. Tapi tak perlu banyak melampau.
Perang bendera yang tak membawa manfaat.


Wajarkah pembaziran begitu, jika dalam masa yang sama, masih ada rakyat di Malaysia ini yang susah dan bergelandangan hidup di bawah jambatan bersama keluarga sebab tak mampu untuk menyewa rumah? Kalau betul nak promote parti politik dengan bendera, sila pastikan semua rakyat cukup makan, sila pastikan tiada rakyat yang 'layak' masuk di dalam rancangan Man Jadda Wa Jada atau 'Bersamamu'. Bendera-bendera tu, selepas habis je pilihanraya umum, tak dapat dimanfaatkan pun oleh rakyat. Nak buat apa dengan bendera? Nak buat baju? Nak buat selimut? Nak jual? Pemimpin-pemimpin, sila fikir guna otak ye, cara nak elakkan pembaziran ni.

Comments

  1. Bila preggie sayang pada ibu kita makin bertambah2 kan !

    ReplyDelete
  2. Salam lyd...awak sehat ker...?
    Betul kata2 awak tu...sy ingat lagi lps bersalin kan..tiba2 kesedaran & keinsafan menyelinap dijiwa sy yg pernah gak derhaka2 dulu kat mak..betapa susahnya mak melahirkan kita..kalau tak branak mmg tak tahu & tak leh nak appreciate btul2...huhuhu..sakitnya bertarung nyawa nak branak kita..gitulah mak kita rs ms branak kat kite dl...huhuhu....

    ReplyDelete
  3. memang bertambah-tambah sayang pd mak sejak dah beranak ni.. Rase mcm nak hadap mak doploh pat jam. Bila mak mengadu sakit rase mcm nak terbang gi kat mak dgn kadar segera..!

    psl bendera, sokong 100% sebab mmg terlalu membazir pun..

    ReplyDelete
  4. Kesuma Angsana : Ye KA, mmg rasa sayang dan sayu sangat bila fikir apa yang mak dah lalui masa lahirkan saya.

    UmmuAidan : Salam, saya sihat angin kuskus. Heheh. Memang Allah Maha adil kan? Dia bagi kita rasa sendiri perasaan sakit tu supaya kita ingat apa yang mak kita lalui.

    Mama VOgue : Sementara ada mak ni, berbakti la bersungguh2. Kena selalu mintak maaf, peluk cium dan cakap sayang kat dia. Nanti menyesal macam saya. Tak sempat nak mintak maaf.

    ReplyDelete
  5. Bila dah jadi ibu ni, baru kita tau betapa besar nya pengorbanan seorang IBU kan.

    Dah mula pesta pacak bendera.

    ReplyDelete
  6. Itulah kakcik selalu sebut sebaai pembaziran terancang...

    ReplyDelete
  7. memang ibu ratu hatiku...

    tentang bendera pulak.habis PRU nanti,boleh buat sarung buah nangka atau cempedak...jadi rajinn2lah kutip ye...hehehe

    ReplyDelete
  8. mati2 aku ingatkan entri pasal anak derhaka kibar bendera td.

    ReplyDelete
  9. Mmg kita akn sedar bila kita sendiri yg alaminya kn...terasa byknya dosa dgn mak ayah dlu2....bila dh jd mak ni br tau ssh senang mak ayah kita dlu...

    ReplyDelete
  10. Setuju dgn lyd, bendera byk mana pun mmg tak pengaruhi kita. Jadinya cukupla stkt letak sikit utk remind org ramai tntng parti dia tu.

    Kdg2 lg jd bhn kutuk parti tu sbb gantung bendera kat tmpt yg membahayakan pengguna jln.

    ReplyDelete
  11. mmg kbykan mmbazir..tu bru bendera..lum msuk keychin, topi, paperbag & sbgainya...sume pkai duit mne? ...huhu

    ReplyDelete
  12. sy sihat kak...xg cek lg...sbb bln 3 ni masuk wad balik utk operation...tp xtaula klu tangguh lg...alahaiii...

    ReplyDelete
  13. saya paling suka dan setuju ayat...

    "tak perlu pun letak bendera banyak-banyak sempena nak pilihanraya ni. Letak la banyak mana pun bendera, kalau orang kat kawasan tu dah tak sokong sesuatu parti tu, maknanya mereka tetap tak sokong jugak. Dan kalau orang tu pulak dah memang sokong sesuatu parti tu, walautak ada sehelai pun bendera parti yang disokong tu dikibarkan, sokongan dia tetap juga kepada parti yang disokong."

    diorang ni kaaaaaaaaaaaaannnnnnn.......

    ReplyDelete
  14. benderas are everywhere now...hehe...dah abis PRU nnt, bendera pun gugur dan bergelimpangan ke tanah..menambahkan sampah.

    pengorbanan ibu dan ayah memang priceless =)

    ReplyDelete
  15. Yalah...bila kita dah jadi ibu nie baru tau perasaan seorang ibu tu mcmana....

    ReplyDelete
  16. kejap je ko cuti lyd..hahaha

    aku sokong la cakap ko..perang bendera ni takda manfaat langsung..

    due date ko bile? selamat la jadi ibu ye lyd...harapnya apa yang tak elok kat kita, tak menurun ke anak la..

    ReplyDelete
  17. kdg2 perang bendera nie, smpai halang lalu lintas, kat tmpt sy xde lagi perang bendera nie, tp baru2 nie pergi ke sik..punyala byk bendera terpasang smpai xperasan dah terlepas jambatan..


    bila dh nak jd ibu nie, rasa hati lagi lembut huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. tentang bendera....
    semangat meluap2... tapi kejap je tu...

    ReplyDelete
  19. hope u and kandungan sihat dear, indah kan pregnant, dulu kita dengar tapi tak rasa, now bila dah alami sendiri mmg meluap2 keinsafan dan kasih pada mak.
    perihal bendera tu, saya sokong. sakit mata nengok.

    ReplyDelete
  20. Pernah tengok satu pondok buruk dan uzur tepi sawah di Alor Setar yang dibungkus dengan banner "Janji Ditepati"..Sekurang2 nya banner "Janji Ditepati" tu ada manfaatnya, boleh juga dibuat kain bungkus pondok buruk...

    ReplyDelete
  21. kasih ibu x bertepi ..
    bendera dan ibu .. dua2 akak suke dan sayang ..
    bendera melambangkan negara kita , agama kita .. insyaallah
    mana yg betul kita ikut ..
    tapi pembaziran x suke ;)

    ReplyDelete
  22. Itulah pengorbanan yang budak skrang tak pandai pk...susah payah mak mnjaga, melahirkan kita..sbb itu syurga dibawah telapak kaki ibu...Hormat dan lakukan apa yang ibu suruh..

    Pasal bendera pulak, terpulang kepada parti masing2x untuk meletakkan bendera asalkan ianya tidak menganggu penglihatan kita dan tidak membazir.. Sebab bila habis pilihanraya, bendera mungkin kebanyakan akan buang..So duit bazir habis dibuang hanya untuk bendera. PEACE NO SPACE>

    ReplyDelete
  23. meamng sekarang ni dah mula pun perang bendera.

    ReplyDelete
  24. selalunya bendera tu buat kain basahan je...

    fikir2 kan..

    lyd..bawal emas selalu ciksu jumpa kat tesco, giant, care4.

    pelaling lebey kurang ikn kembung cuma besar sikit

    ReplyDelete
  25. heheh..aku tak tertarik pasal cerita bendera tu..sebab pendapat aku sama macam kau..bendera tu semua buat rugi duit jer..:D

    tapi aku tertarik cerita pasal ibu mengandung tu..cerita pasal ayah..teringat masa kecik2 selalu melawan diorang..dah besar pun kadang2 melawan..hmmm...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...