Sejahteralah ke atasmu.
Tahun ni first time aku berpuasa tanpa mak. Huhuhu.... Aku dah takde emakkk... Ada banyak perkara yang aku rindu pasal arwah mak. Aku cuba mengarang ayat yang terbaik untuk menggambarkan perasaan rindu tu. Rindu masakan mak dah tentu. Arwah mak aku takde signature dish. Takde la nak kata, "fuhhh... asam pedas mak aku buat memang terbaik di seluruh pelusuk cakerawala".. Memang bukan macam tu la. Bagi aku semua masakan mak aku sedap. Jadi aku tak reti nak pilih masakan mana yang paling aku rindu tu. Mungkin sentuhan air tangan dia tu yang paling aku rindu kot. Ntah la.
Tapi, bila bulan puasa..... ada banyak jugak makanan yang mengingatkan aku kepada arwah mak aku. Sebab biasanya aku akan suka juadah yang dia suka, yang orang lain biasanya tak suka. Contohnya buah kabung.
Curi gambar dari sini |
Dan kuih nekbat
Gambar dikelepet dari sini. Kuih nekbat ni bagi sesape yg tak tau, dia macam bahulu tapi tawar. Pastu masak dgn air gula letak pandan. |
Maafkan daku kerana mencedok gambar ini dari sini.. |
Jump stab atau pon lompat tikam...
Orang yang invent kuih lompat tikam ni kalo dia masih hidup, mesti dia akan lompat dan tikam diri sendiri pulak sebab menyesal tak sudah dia bagi nama kuih ni lompat tikam sbb asyik kena menganjeng je dengan ramai orang. Gambar dari sini |
Dalam banyak-banyak makanan.... hanya ada satu je kuih yang aku rindu gile vavi nak mamfus. Kuih ni aku yakin mak aku yang cipta sendiri. Nama dia kuih lipat. Bukan macam kuih lipat Terengganu tu tau. Kuih ni kulitnya daripada kulit karipap exactly tepung yang sama la. Pastu dalam tu intinya telur dadar yang ada bawang besar dan daun sup. Yang membuatkan kuih ni memang owesome ialah teknik membuat tu. Inti kuih ni, arwah mak aku isi masa telur tu mentah maksudnya cair lagi. Then masukkan dalam tepung yang dah dinipiskan, pastu lipat laju-laju, lebih laju daripada 0.03 saat iaitu masa untuk gaban bertukar menjadi gaban. Lepas tu terus masuk dalam kuali. Korang faham tak apa aku citer ni? Ke aku syok sendiri je? Kuheh. [aku gelak sekali je menandakan aku gelak cover malu.]
Itu baru citer pasal kuih. Sebenarnya yang paling aku rindui tentang arwah mak aku dah tentulah dia punya sikap tenang yang boleh menenangkan orang tu. Aku rindu nak berborak kosong benda yang sama ulang-ulang dengan dia. Makan apa, masak apa, buat apa, tengok tv citer apa.... dan sebagainya. Dengan arwah mak aku je aku boleh cerita benda-benda yang tak penting dan sangat remeh yang takde orang lain sudi dengar melainkan mak aku. Seperti kulit aku naik ruam ke, perut aku sakit kena cucuk duri landak ke, rambut aku gugur 6 helai ke, kredit aku tinggal seposen ke... semua.. semua benda tak penting. Haa. tgk, korang pun dah macam tak larat nak baca cerita aku ni kan? Kesimpulan entry ni hanya satu je, aku rindu arwah mak aku. Sekian.
wah! kuih lompat tikam, sekali pandang macam taufufa pun ada.
ReplyDeletewaaa...
ReplyDeletewalaupun ko tulis sempoi aku tetap touching.
by the way aku suke air nenas letak cengkih.
sedap...
Tulislah panjang mana pun lyd, asal mampu meredakan kerinduan.
ReplyDeleteKuih lipat tu saya bayangkan cara buat mcm buat murtabak. Tapi yg mak lyd buat ni mcm susah jugak, sbb nak goreng. Kalau tak pandai lipat, terkeluar telur cair tu. Dan dpt saya bayangkan..mesti sdp! Sbb saya suka karipap...suka telur.
Lyd try le buat...biar jd mknn fav. Luth.
dapat bayangkan perasaan lyd tuh..terasa giler kan dah nak2 raya nie..apapun masakan mak tetap pujaan hati..apapun bebelan mak,tetap terngiang2..
ReplyDeletebyk2kan doa utk mak yg telah tiada yer lyd..
xpernah bosan dgn tulisan sis...(pengakuan jujur) hehehe
ReplyDeletesaya pn rindu mak saya...huhuhu
Ada signature dish tu. Awak je tak perasan tu. Mungkinas simple as sambal belacan tapi emak masukkan buah prune dan rasanya jadi umphh... cepat fikirkan signature dish dan berbanggalah dengannya...
ReplyDeletetiada cara lain lagi...kita hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan doa banyak-banyak dengan Allah...saya dapat rasakan kesedihan Lyd tu...
ReplyDeleteAlfatihah buat mak Lyd..
ReplyDeleteTouching membaca nyer..
*sambil cover airmata dr celah spek sambil jeling mak sendiri tgh uli donut*
salam semua..
ReplyDeletesy lili pengedar sah shaklee di seluruh malaysia..
jemput jengah blog saya jika ada kelapangan yer.. :)
Jum FOLLOW BLOG http://iffahadani.blogspot.com/
salam semua..
ReplyDeletesy lili pengedar sah shaklee di seluruh malaysia..
jemput jengah blog saya jika ada kelapangan yer.. :)
Jum FOLLOW BLOG http://iffahadani.blogspot.com
mak yg sihat pun dirindu..apalagi yg dah takde
ReplyDeleteal-fatihah buat mak Lyd. saat gini memang teringat...touching lak.
ReplyDeletebaca entry ni baru taw pasal kueh nekbat...3 tahun duduk kelantan kenal kueh lompat tikam je, nekbat tak sempat nak berkenalan la pulak. hehe.
bila rindu, hadiahkan al fatihah..semoga ibu lyd tenang dan aman di sana..al fatihah..
ReplyDeletefaham sgt perasaan itu, kalau rindu kgn lupa sedekah alfatihah yer !
ReplyDeleterindu jgk pd arwah abah yg baru pergi...susah nak percaya tahun nie kami beraya tanpa abah..
ReplyDeleteaku cuba bayangkan kuih lipat arwah mak kau tu tapi tak boleh..daya imiginasi tak tinggi macam dulu..
ReplyDeletealfatihah~
moga beliau tenang disana..
aku masa arwah bapak aku baru meninggal, macam tu gak time nak sambut raya. rasa something missing. btw, aku dah lama x merasa buah kabung. tiba2 bila tgk gambar, rasa cam nak makan lak.
ReplyDeleteBila puasa sesekali teringat masakan wajib mak: nasi kerabu versi Utara..Semoga mak dan ayah berbahagia di dunia sana....
ReplyDeleteAl-Fatihah to your late mom... I myself walau masih ada mak, still payah nak rasa air tangan beliau, sometimes sambil masak campak2 gaya beliau, sambil kepit phone pot pet pot pet bersama beliau. Sorry dont meant to make u more upset, bertabah la dear.
ReplyDeletemak masih ada...tapi sebab duduk jauh...lama giler tak makan masakan mak.huhuhu...dan yang paling rindu nasi goreng arwah tok wan buat...miss giler2
ReplyDeleteyong pun rindu arwah mama yong
ReplyDeleteerm kuih nekbat tu yong x penah makan pun rasanya.mcm menarik
lg satu kuih ada telur dadar tu cemana ek..
teringin pula rasanya
Nekbat. Lompat tikam. Kabung. Air nenas.
ReplyDeleteNi macam berbaur awek Kelantan je ni.
Salah ke gua cakap?
Tak pernah minum air nenas mahupun makan kuih nekbat..
ReplyDeleteBanyak persamaan makanan kegemaran ye..
Apapun kita doakan moga roh arwah tenang di sana