Skip to main content

Luahan Hati Rindu

Sejahteralah ke atas kamu....

Berbual dengan mak adalah seperti satu terapi untuk diri saya. Walaupun hanya sekadar menelefon seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci, amboi amboi enak.

Saya ini bukanlah seorang anak yang sangat rapat dengan mak. Saya tidak bercerita setiap cerita-cerita remeh yang berlaku kepada kawan-kawan sama ada di sekolah atau di persekitaran saya melainkan hal itu benar-benar menarik. Tidak seperti anak buah saya yang akan menceritakan secara terperinci apa yang terjadi di sekolahnya walaupun hanya kisah seorang kawannya yang terkentut di dalam kelas. !@#$^&()*^^. No. Saya bukan begitu. Mak saya tak tahu pun saya bercinta dengan siapa. Mak saya tidak tahu pun bila saya putus cinta dan jiwa kacau. Saya malu nak cerita kisah loser diri sendiri. Mak pun tak tahu bila saya tak ada duit. Saya tak mahu susahkan hati mak. Risau kesihatannya terganggu. [mak saya ada penyakit jantung].

Namun, apa-apa jua perkara remeh tentang diri saya sendiri, saya akan ceritakan. Perkara remeh seperti jari terluka kena pisau. Demam. Selsema. Sakit perut walaupun sedikit. Terlewat datang bulan atau datang bulan terlalu lama. Makan apa. Makan berapa kali. Perihal diri sendiri. Bila bercerita dengan mak, saya akan rasa lega yang tak dapat nak digambarkan. Saya suka cara mak bertanya setiap perkara remeh tentang saya. Pergi mana, dengan siapa, berapa orang, berapa lelaki berapa perempuan, naik apa, tidur kat mana, berapa tambang. Semuanya mak akan tanya walaupun saya dah kahwin. Sebab itu saya memang tak pandai untuk menipu mak. Sebab kalau saya menipu, pasti akan terjerat dalam cerita sendiri. 

Saya pun suka bila mak bercerita pasal diri dia. Sakit dia. Berapa kali. Berapa lama dia sakit setiap kali. Siapa yang sapu ubat. Makan apa. Beli apa di pasar. Semuanya tentang mak. Dan mak pun tidak bergossip dengan saya tentang perkara orang lain melainkan tentang adik beradik saya. Itu pun bukan gossip. Hanya memberitahu berita terkini adik-beradik yang lain. 

Walaupun setelah saya berkahwin, saya ada suami yang sangat baik, yang sangat mengambil berat sama seperti mak mengambil berat tentang saya, tapi bila lama tidak bercakap dengan mak, saya rasa kekosongan semacam. 

Padahal dengan suami pun saya boleh meluahkan perasaan dan rasa lega. Tapi berbeza. Lain. Tak sama. Tak seperti perasaannya bila bercakap dengan mak. Terapinya lain. Jika dengan suami boleh bermanja, akan dipujuk, akan di'comfort'kan oleh suami bila saya ada masalah. Tapi dengan emak, saya tak perlu cerita pun kepada dia masalah saya. Saya hanya perlu berbual perkara-perkara lain yang takde kaitan dengan masalah tu. Itu pun sudah cukup melegakan. Hebat kan kuasa seorang ibu. 

Allahu... Betapa rindunya saya kepada mak. Teringat-ingat betapa coolnya mak. Terbayang setiap kali saya pulang ke kampung, mak akan duduk di kerusi di beranda rumah menunggu saya. Setiap kali saya bersalam dan memeluk mak, saya mesti paksa mak peluk saya. Heheh. Pastu kalau saya terlupa nak suruh dia peluk saya, mesti mak tanya, "tak suruh mak peluk plak kali ni?". ~Mak... anak mak ni rindu sangat kat mak... mak kat sana macamana? Mak buat apa tu? Huhu... Anehnya rasa bila tak dapat borak dengan mak~

Hari ni nak balik kampung sampai Isnin. Cuti raya haji. Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung kepada yang nak beraya di kampung. Semoga perjalanan dan percutian kita diberkati dan dirahmati Allah.


Comments

  1. Assalamualaikum...
    saya baru lepas kol mak.. bagi tau kata tak balik raya.. confirm..! ape pun jauh di sudut hati.. melonjak2 nak balik.. apa kan daya.. beraya kat KL bersama suami dan anak2 tercinta je la kali ni.. :D
    SELAMAT HARI RAYA.. selamat pulang ke kg.. hati2 di jalan raya.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Lyd, sehat ker?

    Seronok membaca catatan awak tentang awak n mak awak..sy pulak bila rs susah hati mesti nak call mak wpun dok jauh mcm skrang..dari dulu lagi..ckplah dgn luahkan pad mak..bila sy pukul anak krn nakal, rs menyesal..nak legakan hati, ters call mak...
    bTW; call lah yr mum kalau rs rindu bia tak dpt balik..

    ReplyDelete
  3. Lyd,tetiba teringat mak.. dan kuah kacang mak..!
    Mlm ni balik umah mertua..
    Jap lagi nak call mak lah :)

    ReplyDelete
  4. Moga luahan ini mampu meredakn kerinduan pd mak lyd ya.

    Saya ni on d way balik johor..smpt la jenguk kwn2 guna hp. Moga kita sume slmt dlm pjlnn. :-)

    ReplyDelete
  5. Ish....klu dgn mak, dgn sape lagi nak bercerita ya? Mak la satu-satunya kwn baik kita. Tak sama dgn yg lain hatta suami sendiri.

    Selamat raya korban ya?

    ReplyDelete
  6. sedekahkan alfatihah bila rindu itu menjengah & selamat hari raya aidiladha juga ye

    ReplyDelete
  7. rindu juga kat umi kila, ni yang buat xsabar2 nak blk jap lagi ni..moga lyd kuat :)

    ReplyDelete
  8. aku teringat kat arwah mak aku..

    feel cakap dgn mak tu, seolah2 kita sgt lapang..tak fikir dah semua apa yg kita tengah rasa..aku pun sama macam kau jugak..aku sgt tak pandai nak tipu mak..dgn ayah boleh lagi nak tipu2..byk kali pulak tu..hehehe..tapi dgn mak, tiap kali tengok muka dia, rasa x sampai hati nak tipu apa2..

    ReplyDelete
  9. Alhamdullillah sekurangnya awak masih lagi ada emak tempat mengadu,saya hilang tempat mengadu sejak umor 6 th lagi;(

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Aidiladha :)

    jom sama2 hargai mak . mak mertua skali..

    ReplyDelete
  11. Balik, jgn tak balik!

    sELAMAT BALIK KAMPUNG.

    salamat hari raya.

    Kim salam kat mak tu!

    Yang benar,

    Mejah.

    ReplyDelete
  12. Rindu pada seorang mak..sangat lain! kan? tetiba rindu jgk kat mak kita..

    salam aidiladha :)

    ReplyDelete
  13. wahh ade org tgh hpyyyy~!
    tumpang hpy japp hikhikhikhik..
    balik kampung jaga diri bebaik!
    selamat hari raya
    kirim salam kat mak kita okay! :D

    ReplyDelete
  14. lya faham kekosongan tu.. walaupon lya x dpt rasainya lagi..lya sndiri tkt sgt utk mghadapi khilangan mcm ni.. sbb lya n mama lya tlalu rapat smpai skarang..walalupon dh kawen..lg2 ank bongso..rapatnyer lain sikit kan,..\

    apa2 pon siapa kt nk melawan takdir.. sy doakan smoga emak awk tenang di sisi allah swt.. & sy mdoakan moga awk tabah...

    salam aidiladha

    ReplyDelete
  15. Saya pun rindu mama! :'(


    Salam aidiladha sis :)

    ReplyDelete
  16. doa ibubapa paling mujarab utk anak2 nye... Salam Aidiladha.. =)

    ReplyDelete
  17. Ahlam pn cam 2 jgk kak.. bila rasa diri ni serabut..coll mak bila dgr suara mak trus hilang rasa gelisah n serabut 2... lega rasa...

    akak banyakkn brsabar yer... prbanyakkn sedekah al-fatihah n yassin padanya di sana... ^-^v

    ReplyDelete
  18. Lyd,

    Awak ni buat Sha menangis la time pagi2 raya nieh! Sha pun tengah rindukan orang, Lyd. Dan orang2 tu pon dah tak ada.

    Haiii...atas dasar kenangan nie la yg menjadikan kita seperti kita kan. Emak bukan ada galang ganti. Ada masanya kita tak paham dengan mereka. Ada masanya kita ingat mereka tak paham dengan diri kita.

    Tapi pemahaman atau ketidakpahaman tulah chemistry kita dengan mak kita. Yg jadikan hubungan tu unik tanpa kita sedar, tak ada langsung yg boleh menggantinya.

    Doa saya utk ibu Lyd dan org2 yg kita kasihi:)

    ReplyDelete
  19. salam Aidiladha dr saya juga...Al Fatihah buat arwah mak Lyd

    ReplyDelete
  20. salam aidil adha lyd..sorry yer.. i didn't know psl yr mum..sorry tul2...tak patut cakap mcm th..actally nak sgt godek2 blog lyd nie..tp mslh sy yg utama adlh mata tak tahan ngan kaler hitam..berpinar2 kalau lelamer sikit..tuh yg susah sikit...nantilah ade ms sy cuba lg scan yr blog..take care lyd...sorry bout yr mom...doakan mak selalu yer agar ditempatkan ditp yg terbaik...

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum lyd...memang sedih kan sbb mak dah tiada hanya kenangan yg tinggal...

    selamat hari raya aidil adha yer...:)

    ReplyDelete
  22. Salam AidilAdha Lyd, bersabar bebanyak k
    Banyakkan sedekah Al-Fatihah moga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  23. saya pun antara yang rapat dengan mak...semua cerita saya cerita kat mak kecuali perkara yang buat hatinya susah..mak pun macam saya suka bercerita dan saya akan mendengar...memang mak tiada penggantinya kan LYd...Alhamdulillah saya masih ada mak lagi...sedih baca kisah Lyd..

    ReplyDelete
  24. selamat menyambut hari raya aidiladha. moga hati anda tabah menghadapi masa2 yg mendatang.

    ReplyDelete
  25. Kita selalu merindui yg tlh tiada, sebab itu kita perlu hargai sesuatu yg masih ada sebelum ia tiada.....

    Salam Eidul Adha buat Lyd & suami...

    ReplyDelete
  26. sabar la lyd. mak baru pergi dan memang itu la rasanya. saya tak ada mak dah lama. jadik cuma menumpang kasih dgn MIL je. dah sekarang ni setiap kali balik kampung bersalam dgn ayah, saya akan peluk dia dan cium dia. walaupun dia tolak2 manja gitu tapi hati dia orang tua saya tahu tetap risaukan saya sebab walaupun dia tak sama macam mak tp dialah mak dgn ayah yg terbaik.

    ReplyDelete
  27. Salam Aidil Adha...... teringat pulak kat mama di kampung... raya haji tahun ni tak balik... tunggu cuti sekolah nanti baru jumpa...

    ReplyDelete
  28. luahan rasa rindu awak membangkitkan rasa rindu saya pada mak saya... :(

    ReplyDelete
  29. sedihnya baca post ni. Nanges dah aku ni. Semoga dia tenang di sana. Ameen.

    -ummizubir-

    ReplyDelete
  30. sabar ye Lyd..itulah yang akak rasa setahun yg lalu selepas ketiadaan emak...rindu teramat tapi tak tahu mana nak terpa..rindu sesangat sampai hari ni.... akak pun mcm Lyd bukan semua perkara cerita pd mak sebb rasa malu nk tak mahu dia risau..tapi kami rapat sebenarnya...

    ReplyDelete
  31. mak saya dh lama x de huhuuu....al-fatihah

    ReplyDelete
  32. banyakkan bersabar yer kak Lyd...elakkan dari bersendirian

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...