Skip to main content

Barang Yang Aku Suka: Telekung Solat

Sejahteralah ke atas kamu....


Telekung solat adalah salah satu daripada 'bestfriend' wanita muslim. Satu masa dulu, aku tak pernah beli telekung. Rembat mak punya je 2 pasang. Lepas tu, duduk lenjan yang itu je sampai kusam. Basuh sebulan sekali time datang haid je. Waktu itu aku tak kisah sangat telekung tu cantik ke tidak, ropol kepuk-kepuk ke tidak, sulam tangan ke tidak, sebab aku rasa macam nak tunjuk kat sape sangat. Tapi sekarang keinsafan tu dah makin meningkat. Aku dah mula beli telekung yang cantik-cantik. Sebab nak berdepan dengan Allah kot. Nak menyembah Allah yang Maha Tinggi, tertinggi dalam hidup kita, walaupun orang lain tak nampak, tapi pandangan Allah tu la yang paling penting. Perlu la cantik sentiasa lebih-lebih lagi waktu solat.

Aku ada beli banyak telekung. Ada telekung untuk travel, ada yang tahap premium untuk majlis apa-apa ke. (Majlis apa yang kena pakai telekung tu? Haha.). Bukan niat nak menunjuk kepada orang. Cuma ingin kelihatan elok dan rapi supaya dapat menjaga nama baik suami. Kang orang tengok aku selekeh je, rosak la reputasi aku sebagai isteri solehah. 

Kali ini, aku ingin kongsikan beberapa pasang telekung yang aku suka. Harap dapat beri manfaat kepada korang semua.

 1. Telekung Siti Hawa Warna Hitam

Ini bukan telekung black metal ye, walaupun berwarna hitam. Sengaja pilih warna hitam kerana inginkan kelainan. 
 

Telekung Siti Hawa ni, aku beli secara online. Fabric yang digunakan ialah France cotton. Sulam penuh seluruh telekung. Bukan jenis kain yang 'jatuh' seperti lycra atau kain jersi.



Telekung ini, bahagian awningnya terletak ala-ala telekung Siti Khadijah. Tapi aku tak berapa suka jenis awning melekap macam ni. Sebab kepala aku akan nampak macam kepala taugeh. Cuma yang baiknya, rambut memang terlindung elok dan kemas je. Tak caya, tengok model telekung di bawah ini;

Nampak tu, muka bercahaya keimanan hokey. (Masa aku tgh edit gambar ni letak bintang-bintang kuning kat pipi, tetibe bos aku datang suruh tukar wallpaper majlis hari raya untuk display ke  PC semua staff. Tetibe bintang tu bertukar jadi taik bintang.)


2. Telekung Siti Hawa Warna Putih

Aku ni agak susah nak sukakan sesuatu benda walau benda tu memang viral seluruh dunia sekalipun. Tapi kalau dah suka, mula la nak beli sampai 10. Tapi yang telekung ni aku beli 2 je la. Satu putih, satu hitam. Yang warna putih ni, fabric sama iaitu France Cotton. Telekung warna putih ni, kainnya lembut sikit berbanding yang warna hitam. Eh, lembut banyak. Yang putih ni, memang putih-putih melati sangat tau. Lembut seperti kapas. Dah tu ye la. Memang kain kapas kan? Jangan nak propa jangan boleh tak Sunshine?!

Sama design awning nya. Jenis awning melekap kat kepala. Yang ini takde model nak pakai sebab masih berlipat. Saja taknak cemarkan telekung bersih ni dengan kekotoran kat muka i, walaupun muka i bersih sesuci hembun fagi. Ouch..


Memang cantik yang ni. Corak bunga ros. Owh, falling in lurve...😍 . Terasa cantip dan anggum apabila memakainya. Harga: RM190 (Sebab warna putih perlu lining kalau tidak, jarang.). Yang warna hitam tadi harganya RM170. (Tanpa lining.). Telekung ni aku rasa dibuat upon orders. Kalau ada orang order, baru dia buat. Boleh pilih nak lining ke tak.
 


3. Telekung Sulam Tangan Vietnam

Aku suka telekung putih sebenarnya. Walau banyak macamana sekali pun keluaran telekung berwarna-warni, aku tetap suka tahap nak couple dengan telekung putih ni.  Sebab sesuai dengan fitrah bersolat tu. Rasa macam tawadu' lebih je bila pakai telekung putih. Rasa macam dah sebelah kaki melangkah ke syurga giteww..Okay. Ini over.

Sila jangan terganggu fikiran tengok water mark aku yang mcm cap rambutan tu. Anggap je la tu misai aku.

Ni la sulam tangannnya. Di mata aku, agak cantik la. Di mata yu olls pun cantik juga kan? Kan? Hihi.

Ok, ini penting. Untuk telekung, aku paling suka awning kepala dia macam ni je. Biarlah nak kata ketinggalan tak 'up-to-date' pun, yang penting aku lagi suka muka aku yang 'ayu' dan 'lemah lembut' ni diselubungi awning yang sebegini. Walaupun lebih kurang je macam kepala taugeh, tapi yang ni taugeh keluaran bumiputera. Boleh consume tanpa ragu-ragu. keke.


Telekung Sulam Vietnam ni aku beli kat bawah ofis aku ni je. Setiap Jumaat ada jualan berbagai-bagai gerai kat kaki lima bawah ofis aku ni. Masa aku beli tu, tinggal sepasang je. Aku beli dengan harga murah je. Akak yang jual tu kata biasa dia jual RM120. Tapi sebab nak habiskan stok, dia bagi RM70 je kat aku. Yelah, aku tau kalau beli kat Vietnam, mesti lah boleh dapat dengan harga RM30 je. Dah tu, takkan la nak compare harga Vietnam. 


4. Telekung ZAWARA

Dalam banyak-banyak telekung yang pernah aku pakai, this is the best telekung ever. I can tell. 

Telekung ni awning dia macam tudung instant berawning lembut. Memang lain macam. Muka kauuuu akan nampak shantik bila pakai telekung ni. Sebab dia macam tudung. Cuma ko kena pakai anak tudung la kalau jenis dahi ko luas. Takut nampak rambut. Kalau aku, aku tak pakai pun. Aku kelepet je sekali kat tepi dia.


Fabric lace. Kain lace ni memang best gilak bila jadi telekung. Dia nipis tapi tak jarang. Walaupun dia tak serap peluh tapi memang tak panas. Biasa kalau kita solat waktu tengahari, walaupun ada kipas, tapi angin daripada kipas tu tak tembus ke badan kita sebab terhalang oleh telekung. Tapi, telekung lace ZAWARA ni, boleh rasa angin kipas semasa kita solat. Sampai ke dalam terasa berangin je. Memang genius la sape yang buat telekung ni. Genius dia sama tahap dengan pereka baju Michael Jackson yang ada ekon pada baju tu. Perghh.




 Telekung belah atas guna lace. Kain bawah telekung pula guna dull satin. Elephant sangat telekung ni.



Cuma ada sedikit kecacatan part tepi awning tu macam jahitan tebal sikit. Tapi kalau untuk aku, aku okay je. Takde rasa terganggu pun.

Kenapa tak ada Telekung Siti Khadijah? Errm... Aku pun tak tau kenapa aku belum terbuka hati nak beli. Nanti-nanti la kot. Sebab aku ni jenis yang tak suka sikit nak beli barangan viral yang femes. Aku macam 'ajet-ajet' insan unik yang rare. Keke. Boleh gitu. Padahal aku pompuan tipikal je. Yang akan gemuk bila makan banyak. Yang akan menitik air mata bila tengok drama Korea. Ceh.

Cukup sekadar ini sahaja post kali ini. Jumpa lagi lain kali. Nanti aku update barangan best yang lain pula. Thanks ye my loyal reader. (Adew kewww? Hewhewhew.)

Comments

  1. perlu beli gak ni...selalu kena tegur dengan mak sebab pakai telekung lusuh gi sembahyang raya.spesis takde kesedaran macam ni lah..haha

    ReplyDelete
  2. 3 3 jenis telekung ni cheq kenan bila tengok Lyd pakai especially telekung Zawara 1st time tengok.. cun gak..

    ReplyDelete
  3. Susah nak jumpa telekung Siti Hawa.. kat mana Sy nak DPT kan ..sbb nak Oder

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...